Monday, 31 March 2014

Berakhirnya cuti sekolah

Salam Isnin,

Hari ni stat sekolah semula.

Setelah seminggu bercuti, kami sekeluarga tak kemana-mana pun, duduk kat rumah having fun ajer..

Hari ni abang besar dan abang im jer gi sekolah, hero kecik demam.

Semalam kami semua pergi wedding rumah mak mertua tok auntie, panas yang teramat...pastu tetiba turun pulak hujan panas..mana la sempat berteduh, agaknya tu lah penyebab demamnya hero kecik kami si azri tu.

Patutlah semalam lemau aje pastu masa main wwf, asyik lah jerit sakit!, sakit! ..padahal abang zahin main slow-slow jer, rupanya badan azri dah sakit-sakit. Masa dalam perjalanan balik ke Seremban pun, azri bantai tidur aje..nak demam rupanya.

Hari ni kena lah bawa gi klinik. 

Ni tentang MH 370 pulak...sampai ke hari ni, tak jumpa lagi pesawat tu.

Walau pun dunia macam dah terima lah perginya semua penumpang dalam pesawat tu, kat TV pun dah asyik siar bacaan Al Fatihah setiap setengah jam, tapi masih yang tidak percaya sampai jumpa pesawat tu. 

Tak tau lah sampai bila nak jumpa kotak hitam tu.

Harap semua dipermudahkan lah.

OK..tu aje untuk hari ni, kami minta maaf dah lama tidak mencatat di diari ini..pengurus kami sibuk! 

-3 boys -

Monday, 24 March 2014

Hari ke 17, Penantian berakhir #MH370

Hari ke 17 , dan akhirnya penantian semua orang telah pun berakhir.

Tadi pukul 10 malam, mama kata Dato Najib umumkan bahawa pesawat MH370 tu berakhir di tengah lautan Hindi , di selatan Perth mama kami kata.

Kami yang follow peristiwa ni rasa amat sedih , dan tak de mood nak cerita pasal aktiviti gembira kami weekend lepas. 

Semalam hari Ahad, kami gi jalan-jalan kat PD tapi nanti lah kami cerita, sekarang ni tengah mood sedih. 

Sejak hilangnya pesawat tu, kat rumah kami dah bukak cannel berita 24 jam..mama dan ayah kami duk terpaku depan tv tunggu berita terkini, jauh disudut hati kami semua menantikan berita gembira , bahawa semua yang dalam kapal terbang tu selamat.

Minggu lepas , masa sibuk-sibuk kenduri doa selamat kat rumah maktok, Dato Najib umumkan kemungkinan kapal terbang tu dilarikan ke bahagian lautan Hindi, semua yang dengar rasa gembira, bukan lah gembira pesawat tu kena hijack ke apa, tapi gembira ada harapan untuk semua masih hidup.

Tapi lebih seminggu berlalu, takde pulak tanda-tanda pesawat tu dijumpai..tup tup keluar  pulak berita terkini yang sedih ni.

Mama kami duk bisinglah kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa boleh jauh tersasarnya kapal terbang tu..kata nak gi Beijing , apsal melencung sampai ke Lautan Hindi? hanya Allah yang tahu..

Kami dengar mama dan ayah kata Lautan Hindi ni dalamnya sampai 7km, dan ombaknya boleh sampai 10 meter tinggi, camne nak carik kalau betul dah terbenam ke dasar laut?

Alahai sedihnya!!

Mama kata terbayang-bayang muka penumpang-penumpang yang selalu keluar dalam surat khabar tu. 

Sedih sangat2...

-3 boys -

Tuesday, 18 March 2014

Hujan lebat

Jerebu tiada lagi.

Alhamdulillah hujan lebat turun sejak hari Sabtu sampai la ke hari ini. 

Dah 4 hari berturut-turut hujan turun sepanjang hari..harap penuh lah semula empangan-empangan yang ada.

Mesin dryer baju rumah kami yang dah berehat selama 3-4 bulan ni pun dah mula bekerja . sejak hari Ahad lepas, baju yang mama jemur memang tak kering, kena keringkan guna mesin dryer baru betul-betul kering.

Tinggi lah bil letrik rumah kami..

Tapi bil letrik memang sentiasa tinggi pun, dah tak boleh elak ayah kata, bila musim panas 2-3 bulan lepas, bil naik pasal air con on aje 24 jam, pastu kipas full blast. 

Ni dah musim hujan, bil naik jugak pasal pakai dryer aje all the time, pastu asyik masak air buat air panas sebab sejuk kan.

Patutlah jiran sebelah rumah kami yang kerja TNB ni kaya, sampai boleh pakai keta Mercedes ler...hish..hish..

Minggu ni minggu last sekolah, lepas tu cuti sekolah seminggu...aah lega, tak perlu lah bangun pagi-pagi lepas tu rebut-rebut nak bersiap. 

Kazen-kazen kami dah ada plan, diaorang akan bercuti di PD hujung minggu ni..tak tau la sama ada ayah bagi kami join ke tidak..ayah pun sibuk jer tu.

Kalau tak de hal, mungkin kami akan bercuti ke Ipoh lagi, teman ayah kami yang ada kerja kat Ipoh, kira bercuti sambil bekerja la..cuma time tu macam tak sesuai sikit, dah penghujung cuti sekolah , takut jalan semua jem aje.

Ni sejak ada kapal terbang hilang ni, kami dah takut nak naik kapal terbang, mama kata dia ada plan untuk kami gi jalan-jalan naik kapal,terbang ker, tapi azri kata tak payah la ma, aji takut!!

Hihi...takut-takut pun ada je beribu orang naik kapal terbang kan...apa pun semua kuasa Allah..kita ni berdoa je moga semua selamat dan moga kapal terbang MH 370 tu jumpa balik dan semua selamat.

-3 boys -

Monday, 17 March 2014

Hari ke 10. MH 370 masih belum dijumpai.

Salam semua,

Sudah hari ke 10, pesawat MAS yang hilang masih belum dijumpai dan nasib 239 penumpang masih belum diketahui.

Abang memang follow berita dan sidang akhbar yang disiarkan dalam tv, dan hari Sabtu lepas, berita yang diumumkan, pesawat ini telah dilarikan ...dilarikan ke mana masih tidak diketahui.

Kalau lah benar , maksudnya masih ada harapan untuk penumpang-penumpang ini masih hidup, boleh dikatakan ini berita agak baik la jika dibandingkan berita yang kapal terbang ini terhempas  ke dalam laut.

Kami semua berharap semua orang yang didalam kapal terbang ini selamat dan dikembalikan ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat..Ye kami harap ada happy ending kepada peristiwa ini.

Kami yakin pesawat ini akan dijumpai tak berapa lama lagi...syukur Allah telah mula menurunkan rahmatNya..sebelum ini lepas satu dugaan satu dugaan Allah beri kepada kita, kemarau, jerebu, demam denggi dan kemuncaknya kapal terbang hilang ni lah.

Dan sejak Sabtu , mungkin berkat doa dan sembahyang hajat semua rakyat Malaysia , hari Sabtu lepas, semasa kenduri doa selamat untuk uncle shahril, hujan turun dengan selebat-lebatnya . 

Lepas tu sambung ke hari Ahad, hujan turun dengan lebat pastu tak berhenti-henti hujan, sepanjang hari hujan..sampai burung-burung kami nampak macam meriah aje main lopak air kat tepi jalan.

Hari ni pun hujan lebat jugak, maka dengan turunnya hujan maka berakhirlah musim kemarau, harap hidup dan segar lah rumput-rumput tepi jalan yang dah mati semuanya tu. 

Jerebu pun dah berakhir , dah clear je langit dan sekolah-sekolah yang ditutup minggu lepas pun dah dibuka kembali.

Dan kami pasti tak lama lagi jumpa lah pesawat yang hilang tu dan selamat lah semua nya .. Amin

-3 boys -

Thursday, 13 March 2014

Hari ke 6, dimanakah MH370?

Sudah 6 hari MH370 hilang, sampai sekarang masih tak nampak muncungnya.

Dah lebih 9 negara cuba cari, mama kami kata lebih 46 kapal laut, tapi kalau Allah masih belum izinkan ianya untuk dijumpai , maka masih la belum jumpa..kita sebagai orang islam ni jangan putus asa, teruskan berdoa.

Kami yakin mesti jumpa punya, Allah tu adil...masa sahaja yang jadi penentu.

Sementara semua orang masih mencari, keadaan cuaca sekarang pulak semakin buruk. Hari ni masa  nak ke sekolah, tengok jerebu semakin tebal, keluar jer kereta nak berjalan masuk sekolah, bau asap kuat dan tekak pun sakit. '

Mama kami kata, kalau jerebu hari ni masih teruk, tak yah gi kafa..Yahooo....azri pun teruk batuk dan selsema malam tadi...Bang Im pun dah stat sakit tekak, nak telan air pun sakit . 

Boleh dikatakan seisi rumah kami ni semua selsema dan batuk sekarang ni....suara ayah pun dah sengau semacam jer.

Mama pulak semalam dah tak leh bau apa-apa , rasa pun tak leh..mama kata rugi betul tak dapat rasa piza mini yang mama buat semalam, dah ada satu piza tu terhangus sikit, bau hangus pun mama tak dapat hidu...busuk satu rumah subuh semalam, bau roti hangit!!

Walaupun mungkin kami tak gi kafa hari ni , tapi mama kata kena juga mengaji....alah mengaji bukan lama sangat pun .tak sampai setengah jam, kami bertiga dah siap mengaji.

Ok lah tu je nak cerita ...tak lama lagi 67 channel free Unifi akan expire....lepas ni kami terpaksa la survive dengan 16 channel ajer...hahaha...macam lah tengok tv sangat pun. Sebenarnya kami lebih banyak layan youtube dgn game online ajer..dah internet berkelajuan tinggi kan...apa lagi downlod aje lah.


Ini si gendut kami...Josh ...asyik kerja makan aje, perut pun dah gendut.

Nasib baik ada josh, josh le yang melayan si budak hitam ni , kadang tu suka membuli si hitam ni. Mama kata cukup lah 3 ekor kucing ada kat rumah ni....tak tahan asyik kena beli makanan kucing, lapar semedang mereka ni.nak didietkan tak sampai hati lah pulak, buat muka kebulur macam dah seminggu tak makan.

-3 boys -