Wednesday, 23 March 2022

Catatan Azri aKa Si Bongsu

Setelah 10 tahun blog Diary of the 3 Boys ni diadakan, ini merupakan blog pertama yang ditulis
oleh Azri/aji aKa si bongsu. Disebabkan kami tak upload sebarang cerita dari tahun 2019 hingga ke 2022.

Jadi harini aji nak ceritakan apa aktiviti kami sepanjang 2020. Selepas exam awal tahun , dapatla cuti seminggu, woo best woo, tetapi macam semua orang tahu pada tahun 2020 kita dilanda wabak covid 19, jadi kita seluruh Malaysia diarahkan untuk duduk dirumah atau dikenali sebagai pkp la ceritanya. Jadi masa tu memang best la dapat tambah cuti 2 minggu,  banyaknya aktiviti yang kitaorang boleh buat , dapat main game puas puas haha. 

Macam macam aktiviti yang kitaorang buat, main game la, buka movie kat tv la, mama kami pun masak sedap sedap, maklumla cuti panjang banyak lagi idea yng muncul. tetapi setelah lama kita bercuti dan pkp pun sambung lagi sampai lah ke bulan 7.

Sekolah pun dah dibenarkan buka, best la dapat jumpa kengkawan balik. Walaupun kene jaga sop tapi apa diorang peduli masa tu duduk je rapat rapat, macam takde covid HAHAHA. Tapi alhamdulillah la aji sekeluarga masih dikurniakan kesihatan yang baik .

Lama jugak ek sekolah, rindu pulak dekat pkp, haiya. Itulah time pkp nak sekolah bukak , time sekolah nak pkp , apoolaa. Jelesnya tengok abang dah habis sekolah, duduk rumah goyang kaki je, tapi kene jugak pergi jemut kami berdua hihihi. Jauh jugak antara sekolah aji dengan im, kesian abang dapat jugak mama rehat dari jemput kami semua. 

 



Ni la dia anak rimau yang menemani kami sepanjang PKP  

Ok , tu je untuk kali ini

Jumpa lagi


-3 boys -

Friday, 18 March 2022

3 Boys dah besar

Salam semua

Tanpa disedari dah lebih dua tahun kami tak up date diari kehidupan kami ni. Kami pun tak perasan yang kami ni dah bujang-bujang, tengok lah kat kotak sebelah tu, berapa dah umur abang besar kami dan umur si bongsu kami . Dah boleh kawen! 

Tahun ni baim SPM , patutnya SPM tahun  2021 tapi angkara covid , kena lah ambik SPM tahun 2022. Baim pun dah umur 18 tahun dah. 

Minggu lepas memang minggu penuh cabaran untuk kami, mula-mula ayah deman , batuk dan selsema.
Ayah pun kuarantin diri dalam bilik walaupun  test covid negatif
Demi kesihatan Baim mama kami pun berpindah bilik, tak nak ambil risiko berjangkit dengan ayah
Kesihatan baim priority utama sekarang ni, yang penting baim dapat teruskan SPM nya tanpa halangan. 

Tapi esoknya azri pulak demam , OK now pisahkan azri dengan Baim, mama siapkan bilik abang besar untuk baim pindah masuk , tukar cadar, sanitize betul2 dan mama pindah masuk balik bilik utama.
Tapi esoknya mama pulak kena batuk , selsema siap pakej demam. test masih negatif . 

Tapi tu la, dalam berjaga-jaga , pakai mask all the time dalam rumah, akhirnya baim pulak batuk2 dan demam . Namun begitu Alhamdulillah baim dapat jugak jalani paper Fizik nya dengan baik. test covid dulu sebelum pergi sekolah , itu syarat sekolah kalau calon SPM nya bergejala. 

Sekarang baim ada lagi 3 paper lagi to go, paper yang susah-susah pulak tu, Baim masih lagi batuk-batuk dan selsema , kesian baim, semoga baim cepat sihat  cepat dapat habiskan 3 je paper lagi. 



Sorry la tak de gambar yang dah di upload , ada lah gambar calon SPM kita ni masa raya tahun 2020.

Abang besar kat mana sekarang ni?
Abang besar kami dah pun tahun 2 kat UIA Kuantan. sedar tak sedar dengan PKP itu, PKP ini, 2 tahun  berlalu macam tu je.

Sedar tak sedar kami ni dah berulang alik kuantan seremban hantar ambik abang . 
Mama dengan ayah dah berapa kali hantar abang balik UIA balik hari je, means tak tido kat sana. 



Ni dia abang besar kami, dah mirip macam abang afiq je rupa nya 
Dan tak dilupa, si bongsu 


Pak Khatib yang membacakan khutbah raya 

Ini lah kami 3 boys yang semakin membesar dan melangkah ke alam dewasa
Tahun ni hanya si bongsu ni aje yang bersekolah 
Rehat sikit la mama dan ayah, tak lah terkocoh-kocoh pagi-pagi sebab sekolah azri dekat je. 
Baim pun nanti ada rezeki sambung belajar ke Asasi , nanti tinggal bertiga aje la kat rumah , oo ada kucing hitam kami teman . Si olly . 

Jumpa lagi. chowww 
-3 boys -

Wednesday, 5 September 2018

La lupaaaa

yang kami ni ada blog diari untuk dicatatkan...dah bulan 9, catatan diari baru 2 jer 😂 

Salam Rabu semua,

Ye banyak betul catatan kehidupan yang kami belum catat disini, untuk rujukan dan kenangan kami masa depan juga 

Tahun 2018 ni dah boleh dikira complete dah ..mama kata kalau dah raya puasa, dah raya haji dan dah sambut hari merdeka , kira dah complete la tahun tu, looking forward untuk tahun depan la. TAPI kan bagi abang besar dan si bongsu azri yang keduanya adalah calon SPM dan calon UPSR, tahun 2018 ni belum complete lagi,masih banyak onak dan duri untuk ditempuhi. 

Jangan buang masa jom kita flashback apa berlaku tahun ni..secara ringkas je la..nama pun diari kehidupan bukan novel kehidupan. 

RAYA KAMI 

Raya tahun ni kat Jasin kampung ayah. disambut dengan  sederhana , mama kami pun sambut ala kadar je sebab masih kesedihan dan terasa kehilangan tok bah. mama pada awalnya tak mo beli baju raya , nak pakai baju raya 2 tahun lepas yang kaler grey tu tapi mama kesian pulak dengan kami, tak nak spoil kan kegembiraan kami beraya.



Kami di Eid 2018

Yang baju melayu peach tu bukan adik kami ye...hahaha  tu cucu saudara ayah 

Tema hitam grey ni tema pilihan kami sejak tahun lepas lagi, tak sangka ramai rupanya yang berhitam kelabu macam kami. bila gi beraya rumah orang, ada jer yang bertema kaler yang sama. 

Geng yang raya kat jelebu adalah geng maklong dan maktom sekeluarga . Maklong ada sent gambar raya ramai-ramai kat jelebu tapi terasa lain gambar raya family mama...maktok je yang sorang-sorang kat tengah, selalu maktok diapit oleh tokbah ..sayu juga tengok gambar raya kat jelebu tahun ni. 

Raya Haji pulak kami semua di jelebu, maktok ada buat korban 3 bahagian tahun ni. 

Raya mate kami adalah makjah and the gang. makjah gigih bakar lemang 20 batang tapi buluhnya kecik2 jer. rendang maktok masak, mama masak ayam masak merah , kuah kacang dan nasi tomato. 

Tak yah letak gambar la sebab kami ulang tayang baju yang sama jer.

Ok habis dah cerita raya..next

BIBIK MAKTOK LARI

Buat sekian kalinya bibik maktok lari lagi. ni bibik ke 4 lari kot...adoiii

Bila bibik ni dah lari , bermakna maktok tinggal berseorangan dirumah, risau dengan keadaan tu semua adik beradik mama nak maktok tinggal kat rumah masing-masing , jadi maktok gilir-gilir lah tinggal di rumah maktom 2 minggu, pastu rumah kami 3 minggu pastu rumah maktom semula pastu rumah makjah

Tapi maktok sedih tinggalkan rumah jelebu ..terasa macam tinggalkan tok bah sorang-sorang kat sana. hari tu maklong cerita maktok nangis sedih jadi pelarian katanya .terapung sana terapung sini.  apa la maktok ni ..ada ke?

Kami suka je maktok duk rumah kami sebab maktok rajin potong buah..hahaha..nak tunggu mama, buah sampai lebam lembik tak de sapa nak potong .

Sekarang ni maktok ada kat rumah makjah , minggu depan maktok duduk dengan kami pulak, mama suka sebab mama ada teman dan kawan berbual masa masak. mama kata maklong tengah usaha carikan pembantu baru. ye lah bukan apa, maktok lebih suka tinggal di rumah sendiri lagipun maktok ada geng surau, pagi2 ada kelas mengaji, malam ada kelas agama dengan ustaz..tak lah boring. dulu masa bik erna ada, maktok bawa bik erna sekali ke surau. tak tau apa salahnya lari pulak si bik erna ni.

Harap semuanya baik-baik saja untuk kami semua dan permudahkan urusan dapat pembantu untuk maktok. tu lah mama kami kata ...nak jaga anak ramai2 memang senang bagi seorang ibu tu tapi nak jaga ibu seorang, memang payah sangat bagi seorang anak. mama selalu pesan kat kami nanti bila mama dan ayah dah tua, jaga mama dan ayah baik2. 

Sekian dulu. next story pasal dental surgery azri pulak   


-3 boys -

Wednesday, 30 May 2018

Menuju pertengahan ramadan

Assalamualaikum semua, 

Hari ni dah 14 Ramadan, esok 15 ramadah terawih nanti dah kena baca doa qunut.

Ramadan kami macam biasa , kami berbuka secara bersederhana, hanya beli air dan kuih sejenis sahaja dari pasar ramadan, lauk pun mama masak sejenis jugak sebab masak banyak-banyak jenis pun, kami bukan nya makan pun, masa sahur tak lalu nak makan banyak2..loya tekak.

Tapinya, sama macam tahun-tahun lepas, masa sahur kami mesti ada coklat-coklat , wajib!..untuk tenaga katanya..jadi stok coklat dalam peti sejuk memang tak putus lah.

Mama kami tak berapa ceria ramadan tahun ni, mama kata mama asyik teringatkan tokbah , sedih juga mengenangkan maktok yang kesunyian di kampung, berbuka berdua je dengan bibik. maktok kata tahun lepas tokbah sentiasa menemani maktok berbuka.. tahun lepas tokbah dah tak berupaya berpuasa...tapi masih gagahkan diri turun ke dapur temankan maktok berbuka. Maktok kata kalau maktok puasa sunat pun setiap kali berbuka tokbah akan temankan..hanya sekadar duduk semeja dan minum air je dah menyeronokkan buat maktok.

Tapi puasa kali ni maktok dah tak de orang teman berbuka, maktok kata maktok sunyi tapi alhamdulillah setiap hujung minggu akan ada adik beradik mama yang balik menemani maktok, tambahan pula dua orang kazen kami dah bersekolah kat MRSM Jelebu jadi setiap weekend memang maktom atau maklit akan balik temankan maktok. 

Tahun ni giliran kami beraya kat Jasin, ayah dah cakap dengan makcik yang kami booking siap-siap bilik tido kami tu jadi tak perlulah ayah booking hotel nanti. Dah dua tahun berturut-turut kami balik beraya ke jasin tapi tido hotel sebab bilik kat rumah makcik semua fully booked...seriously tak de rasa macam raya sungguh sebab malam je kena balik hotel pastu pagi keluar balik jasin beraya...tak syok la camtu.

Ok tinggalkan bab balik raya...lama lagi tu.

Kami sekarang ni sedang musim exam, seksanya rasa ada exam dalam keadaan berpuasa, kering tekak dan letih lesu jadinya. Azri dah setel semua examnya...tinggal abang besar dan abang im nak habiskan paper yang ada.

Minggu ni insya Allah abang im habis exam pastu minggu depan abang besar pulak tamat exam.. yess pastu cuti sekolah 2 minggu. mama kata cuti sekolah nanti baru nak buat kuih raya back to back..hahaha.


oh, kami tak sempat nak cerita, kami dah ada kucing baru, baka kacukan persian dengan Maine Coon...Mojie nama dia ni. ni gambar lama, mojie dah besar dah sekarang ni, hampir setahun la umurnya . Dah namanya kucing jantan, dia dah stat menanda kawasannya..jadi dia ni memang dilarang keras masuk dalam rumah, mimpi la dia dapat baring-baring mcm ni..hehe

Ok la sampai sini dulu, ada masa kami bercerita lagi. 

Cerita pasal rumah kami syurga kami ni lah...make over rumah ...jumpa lagi ya

-3 boys -

Wednesday, 25 April 2018

Kehilangan

Salam Rabu , 25 April, 2018


Bertemu kembali di catatan kehidupan kami tiga adik beradik lelaki ni. Sungguh cepat masa berlalu sampai tak perasan tahun 2018 dah hampir mencecah ke bulan Mei. 

Tak lama lagi bulan Ramadhan akan bertandang namun bagi kami puasa dan hari raya tahun ni tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. tahun kami kami akan beraya tanpa tokbah ..😭 ye kami kehilangan tok bah yang kami sayangi , tok bah telah pun pergi menghadap Penciptanya pada 21 Februari, 2018 jam 2.55 pagi. 




Mama dan tokbah, gambar tahun lepas masa mama teman tokbah renew lesen senapang tokbah. Masa ni tokbah dah mula tak sihat...takde selera makan.

Tokbah mula dialisis buah pinggang pada awal 2016 , kira dah lebih setahun tok bah cuci buah pinggang, guna capd, cuci air buat kat rumah jer 4 kali sehari, maktok la nursenya yang uruskan cuci air tokbah ni.

Mama kata kesihatan tokbah semakin bulan semakin merosot, bermula bulan 10 tahun lepas, tokbah dah stat tak de selera makan, susah nak telan ubat dan malam pun tak tidur nyenyak. 

Kesihatan tokbah jelas merosot masa kami sekeluarga menumpang tinggal di rumah Bukit Kelana, ayah renovate rumah masa tu. Kebetulan pula maid jahat maktok lari dan menyamun duit tokbah. jadinya maktok dan tokbah pun tinggal lah bersama kami kat rumah bukit kelana. 

Masa tu memang tokbah tak berapa sihat dan semakin pelupa.. makan pun sikit sangat, dua tiga sudu jer pastu tak mo dah..mama risau sebab tokbah semakin kurus. setiap pagi mama bangun tido pukul 5 suku pagi mesti nampak tokbah duduk kat hujung meja dalam gelap. tau lah mama yang tokbah ni memang tak dapat tido.

Seminggu sebelum sekolah buka..rumah kami pun siap renovate , kami pun pindah semula ke rumah kami, maktok pulak dah dapat maid baru dan balik la tinggal kat rumah jelebu. 18/1/2018 , mama hantar tokbah check up kat HTJ ditemani maktok. ye rutin biasa mama kami sejak 4 tahun lalu. Maktok beritahu doktor yang tokbah ni lemah je , tak nak makan, tak dapat tido. Doktor suruh tokbah masuk wad, untuk pemerhatian lebih lanjut katanya .

Tokbah pun masuk wad dan ditemani maktok malamnya . esoknya jumaat mama jaga tokbah sampai hari sabtu. keadaan tokbah elok-elok saje.. makan sikit jer, kena suapkan selalu, ubat kena minta nurse tumbuk halus , malam pun tak tido. Sabtu tu 20/1/2018 maklong pulak take turn jaga. Tiba-tiba masa tokbah cuci air maklong kata tokbah tergigil-gigil dan mencungap-cungap..cepat-cepat hantar ke wad dan bagi bantuan pernafasan. doktor kata tokbah kena serangan jantung masa tu...Allahu Akbar, kesian tokbah.

4 hari seterusnya tokbah cuci air pakai mesin APD je lah..pasang masa malam, esok baru bukak. 10 jam...kesian tokbah, memanh kena pakai lampin pakai buang je all the time. Sebenarnya kejadian hari sabtu tu bukan hanya serangan jantung je...doktor beritahu tokbah ada jangkitan kuman dalam darah...patut lah tokbah lemah sangat...kena la antibiotik melalui drip untuk 14 hari...14 hari tu!

2 minggu berikutnya keadaan tokbah bertambah baik, kalau dulu kena pakai oksigen, sekarang tak perlu pakai , makan pun dah bertambah, mama dan adik beradik mama memang take turn jaga tokbah kat wad, untuk jaga belah malam pulak maklit ada guna khidmat nurse lelaki untuk jaga tokbah....sampai doktor dengan nurse kat wad ingat abang nurse tu cucu tokbah. Abang nurse tu pulak bila orang tanya dia , ni cucu pakcik ke?, dia mengiyakan aje.. hahaha.

Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya..dikala tokbah semakin sihat, dan di kala doktor dah plan untuk discaj tokbah dari wad, tiba-tiba malam ahad 4/2/2018. tokbah sekali lagi macam mengigil2, kali ni lebih teruk, macam kena sawan, telan air pun tak boleh.

Isnin pagi 5/2/2018, lepas hantar kami ke sekolah, mama bergegas ke hospital menjenguk maktok dan tokbah dan bawakan sarapan, alangkah terkejutnya mama lihat keadaan tokbah ..macam orang hilang ingatan dan mulut tak berhenti-henti macam mengunyah..mama kata tokbah asyik mengerang sakit dan memegang perut, mama agak mungkin tokbah sakit perut, angin tak lepas...tokbah pun ada masalah prostat , susah untuk buang air.

Doktor pun kelam kabut juga sebab tak sangka tiba-tiba jadi macam ni..doktok syak mungkin jangkitan kuman dalam darah tokbah tu semakin serius , mungkin jangkitan kuman yang baru sebab jangkitan kuman yang dulu tu nampaknya semakin berkurangan dan    antibiotiknya berkesan.

Pagi tu doktor terus masukkan antibiotik yang paling kuat..kesian tokbah, mama kata doktor cucuk jarum kat serata badan tokbah, kat leher pun ada. mama cerita lepas doktor masukkan ubat semua tu, tokbah macam nak duduk, tangan pegang perut macam perut tu sakit sangat. mama pun bantu tokbah duduk dan urut-urut belakang tokbah....tapi pastu tokbah baring semula. 

Tapi lepas tu tokbah tarik badan maktok , nak duduk semula , mama bantu tokbah duduk tapi kejap jer...tokbah baring semula. Mama berdiri je sebelah katil tokbah tu , gosok-gosok perut biar tokbah rasa lega sikit . Dalam pada tu nurse pun datang bawa peralatan nak masuk tiub kat saluran kencing, jadi mama pun capai henbeg dan berjalan ke arah maktok, kira menjauhi katil tokbah. Tiba-tiba keadaan katil tokbah jadi kelam-kabut, doktor dan nurse tiba-tiba silih berganti pergi ke katil tokbah..lepas tu mama dengar doktor tu panggil-panggil tokbah, ' pakcik, pakcik , dengar tak? bangun pakcik'. mama kehairanan , pastu mama nampak kaki tokbah yang tadinya resah bergerak-gerak dan tak bergerak lagi. stay jer macam tu.

Mama hairan lah kenapa tiba-tiba jadi macam tu, yang buat mama lagi risau , mama terdengar doktor cakap ' CPR, CPR...2 minit, 2 minit' pastu dengar doktor kata 'intubate, intubate' masa tu maktok dah nangis-nangis dah, mama masa tu lebih pada terperanjat dan kehairanan tapi bila doktor kata tokbah kena stroke dan terpaksa diintubate..mama kami dah menangis dah...tak sangka sampai jadi macam ni. 

Malam tu tokbah dipindahkan ke wad CCU tapi tak lama...esoknya hari selasa 6/2/2018, tokbah terus dipindahkan ke wad ICU. Sejak dari hari tu kami memang tak dapat nak tengok tokbah, hanya dapat tau dari mama je. mama kata doktor dah offkan sedation tapi tokbah tak sedar-sedar . doktor terpaksa buat dialisis darah pada tokbah tapi buat pada kadar paling perlahan sebab jantung tokbah dah teruk.

Doktor kata pagi isnin tu tokbah kena stroke yang teruk, x ray tunjuk kat otak tokbah banyak kesan-kesan stroke....mungkin tu sebabnya tokbah tak sedar-sedar walaupun dah off kan sedation. Ya Allah harapnya tokbah tak lah rasa sakit.  

Tokbah berada dalam ICU tu selama 2 minggu, memanh tiap-tiap hari mama akan bawakan maktok visit tokbah, bacakan yassin untuk tokbah. Maklong, Makjah, Maklit dan Maktom silih berganti ambik cuti bawakan maktok visit tokbah, Namun keadaan tokbah masih tk berubah malah semakin tenat.

Hari Isnin 20/2/2018...ayah jemput kami semua dari sekolah dan terus bawa kami ke ICU...ayah kata tokbah dah semakin tenat. Buat pertama kalinya sejak tokbah masuk ICU, abang besar dan abang im dapat tengok tokbah..sedih sangat tengok keadaan tokbah. kesian kat azri la tak dapat masuk langsung tengok tokbah sebab belum umur 12 tahun.

Hari tu memang ramai yang balik tengok tokbah tapi petang tu semua balik rumah masing-masing , ye la tengah-tengah minggu kan, semua sibuk dengan kerja dan sekolah.

Tengah malam tu pukul 2.15 pagi , mama kami dikejutkan dengan panggilan dari ICU..mama diberitahu tekanan darah tokbah semakin rendah ..bacaan diberi , memang sangat-sangat rendah ..mama kata mama dengar bunyi mesin tu kuat sangat. pastu doktor tu kata tokbah dah nazak ni...mama kata saya datang sekarang.

Mama terus bangun, masih mamai-mamai , tukar baju dan call maktok. Maktok pulak memang terkejut sangat sampai mama tak berpeluang nak beritahu hal sebenar, maktok asyik cakap ' abah kenapa, abah kenapa; pastu mama suh maktok siap jer kita ke hospital tengok abah sekarang.

Ayah kejutkan kami dan minta kami jaga rumah. ayah dan mama gi ambik maktok dan terus ke hospital. 

Mama kata semasa berjalan ke lif , hp mama berdering lagi, tepat pukul 2.52 pagi ,  wad ICU call, mama jawap terus kata 'saya ada kat bawah, saya naik sekarang" mama kata mama takut sangat sampai tak sempat nurse tu nak kata apa2. 

Sampai jer, mak guard kata tunggu dulu,mama memang nak rempuh je pintu wad ICU tu, pastu sorang doktor keluar, dia cakap tokbah dah takde, baru je beberapa minit tadi, beberapa ketika selepas panggilan telefon yang ke dua tu ..tepat jam 2.55 pagi, 21/2/2018, tokbah kami telah pulang ke rahmatullah. AL Fatihah tokbah yang kami sayangi.

Dengan lemah maktok dan mama melangkah ke katil tokbah, mama nampak tokbah tak lagi mencungap-cungap, dah tenang jer, tiub pernafasan masih dalam mulut, muka tokbah nampak pucat , mata pun terbuka.. mesin-mesin pun dah senyap dengan tiada apa-apa bacaan. Mama kata mama terus panggil tokbah dan menangis semahu-mahunya . maktok pulak raup muka tokbah tutupkan mata dan berkata.."abang, kenapa awak tak tunggu kita, kan awak dah janji nak tunggu kita, kita tak sempat jumpa awak' . Memang mama dan maktok tak sempat mengadap tokbah di akhir nafas tokbah ..semoga kalimah syahadah yang dibisik di telinga tokbah tak berhenti-henti tu dapat menemani tokbah di alam sana. Mama kata terbit rasa terkilan namun Allah lebih mengetahui segala-galanya..Allah knows best..mungkin maktok trauma tengok tokbah di akhir nafasnya.

Kini dah 2 bulan tokbah pergi, kami semua masih sangat-sangat merindui tokbah...mama masih terkenang-kenang saat2 menjaga tokbah di wad. Seminggu lepas pemergian tokbah, mama masih teringta-ingat macam nak masak cepat-cepat pastu nak gi hospital tengok tokbah. 

Ya Allah rindunya pada tokbah.



Happy moment..masa birthday abang tahun lepas.

Al Fatihah untuk tokbah, kami semua kan sentiasa merindui tokbah.

-3 boys -

Wednesday, 16 August 2017

Bertemu kembali

Salam Hari Rabu,

Entry terakhir kami adalah pada bulan Februari lepas, macam tak percaya dah 6 bulan berlalu tanpa apa-apa catatan di sini, sekejap je dah nak habis tahun 2017.

Tak banyak peristiwa penting berlaku, hari-hari kami berlalu seperti biasa, mungkin sebab itu kami tak teringat nak mencatat apa-apa di sini.

Tahun ni pun tak de sapa yang ambik peperiksaan besar jadi memang kami menjalani kehidupan harian dengan santai-santai dan bergembira hehehe. Tapi lain pulak ceritanya kazen-kazen kami, tahun ni 3 orang kazen kami akan berjuang mengharungi UPSR. 

Good luck untuk arif, aqmar dan johan.

Mama-mama diaorang lah yang kalut, last weekend siap buat tutorial perdana kat rumah maktom. 

Kami gelak-gelak aje la, bagi can bergumbira sementara menunggu tahun depan untuk SPM bagi abang besar dan UPSR bagi azri. 



Ni masa birthday abg im bulan januari lepas, kebetulan makjah berkunjung ke rumah, dapat la potong kek sama-sama. makjah masa ni baru je balik ke malaysia for good, dah tak duduk kat qatar lagi. Cuba tengok azidane, happy sungguh agaknya nampak strawberry berketul-ketul atas kek. 



Ni pulak abang besar kami dengan BFF nya..terpisah untuk 3 bulan jer.. kawan baik abang ni sebenarnya dah berpindah sekolah, masuk Saser, asrama penuh. Tapi sekejap je la, mohon balik masuk kgv, tak sesuai tinggal kat asrama agaknya.

Maka hidup abang besar kami kembali ceria dengan adanya BFF di sisinya. hahaha.

Abang besar kami pun memang tak nampak kelayakan duduk kat asrama pun, baju sekolah masih mama siapkan pagi2, cuma bangun pagi jer abang dah boleh sedar sendiri. tapi mama kata nanti kalau abang ada rezeki masuk Matrikulasi, memang tak de pilihan, kena juga tinggal kat asrama , masa tu memang abang besar kena redha je la. 

Sekarang ni sekolah tinggal 2 minggu je lagi, tak lama lagi cuti seminggu yang termasuk cuti hari merdeka dan raya haji tu. Raya Haji kali ni kami akan sambut di jasin, raya puasa hari tu kami sambut di Jelebu.

Bila dah hampir cuti ni memang macam biasa mood nak ke sekolah pun macam hambar jer, mula la badan rasa letih la, lesu la. Bila la agaknya nak hiking kat Bukit Broga ni, dah lama mama ajak gi Bukit Broga tapi hari tu ayah sakit pinggang la pulak.

Lepas bukit broga, kami cadang nak pergi Tanjung Piai, tempat penghujung semenanjung Malaysia tu. insya Allah kalau cuaca baik, sampai la kami ke sana.

Kami stop dulu lah...moga-moga kami diberi kerajinan untuk terus mencatat di sini. 

Bye

-3 boys -

Wednesday, 22 February 2017

Cerita Budak Sekolah

Salam hari Rabu,

Alhamdulillah dapat juga kami mencatat di diari kami hari ni.

Syukur segala yang diharapkan menjadi kenyataan. Abg Im dapat juga tawaran ke SM Kgv, satu sekolah dengan abang. Mama tak lah huru hara lagi menjemput kami dari sekolah.

Seperti yang dijangkakan , im menjadi perhatian abang-abang yang satu geng dengan abang besar. Macam-macam la diaorg tanya pasal abang besar, abang besar pulak mula tu macam malas nak layan im, kan dia kata im menyibuk je kat sekolah dia kan. Tapi lama-lama bagus juga abang besar menjaga im, sayang juga abang besar kat adik dia kan. 

Tahun ni tinggal azri seorang aje lah kat sekolah rendah. Sk Kgv ada guru besar baru..macam-macam juga perubahan guru besar baru ni buat, antaranya bubarkan rumah sukan Ungu. Sudahnya semua la kena ubah, azri terpaksa masuk rumah sukan merah. Mama kata kan membazir tu , dah kena beli t shirt sukan warna merah.

Sekolah abang besar dan im juga ada pengetua baru. Abang kata pengetua baru ni bosan. Ala kan manusia ni susah nak terima perubahan. mama kata bagi la masa kat pengetua baru tu, dia pun stress juga nak maintain rekod bagus kat sekolah sm kgv ni. Nanti lama-lama kita sesuai la dengan pengetua baru ni.

Tahun ni juga azri akan ambik Peperiksaan UPKK. kira ni tahun akhir la azri berkafa. 

Bila dah jadi senior ni ,lagi banyak masalah juga, sekarang ni setiap kata tak hadir ke kelas kafa, kena ada surat tunjuk sebab kerana tak hadir. letih juga mama asyik kena buat surat je sebab boleh dikatakan setiap minggu azri ponteng kelas kafa. sabar je la.

Sebenarnya kami tak tau nak catat apa dalam diari kami ni, kehidupan kami berjalan seperti biasa , tiada apa yang baru. 

Cuma minggu lepas yang kami tahu abang tiri Presiden Korea Utara kena bunuh kat KLIA 2 dan kerajaan Korea Utara sudah marah dan buat statement yang keras terhadap kerajaan kita ni. Kami terdengar prerbualan mama dan ayah .. takut juga sebab Korea Utara mama kata memang terkenal dengan ganasnya. mana tau tiba-tiba dia serang negara kita.

Azri dah ketakutan masa dengar cerita-cerita tu tapi ayah kata Malaysia baik dengan China, susah Korea Utara nak buat apa-apa sebab kalau dia nak datang Malaysia, dia kena melepasi perairan China dulu. lega...

Apa-apa pun mama kata kita berlindung dari Allah. sentiasa berdoa kepada Allah.

Ok Nanti kami sambung lagi

-3 boys -

Tuesday, 10 January 2017

Bertemu kembali di 2017

Asalamualaikum diari kehidupan kami,

Entry terakhir,  3 bulan yang lalu!!..lamanya!!


Tahun 2016 dah pun berlalu dan kami pun dah naik satu tahap lagi. macam tak percaya abg im telah melangkah ke alam sekolah menengah. 

Abang besar sekarang di Tingkatan 4 di sekolah yang sama. Walaupun abang dapat keputusan cemerlang dalam PT3 tapi abang tak nak tukar masuk sekolah berasrama, Sekolah KGV abang ni pun memang sekolah kluster berprestasi tinggi. Insya Allah abang boleh mengekalkan kecemerlangan abang masa SPM nanti.

Abang zaim pulak masuk Tingkatan 1 di sekolah menengah harian , dekat jer dengan sekolah azri. Sungguhpun begitu surat rayuan mama dah hantar ke pejabat Pendidikan , harapannya dapat la abang im sekolah yang sama dengan abang , senang la tak kelam kabut pagi-pagi.

Si bongsu azri pula sekarang dah senior la kat sekolahnya. dah masuk Tahun 5, dilantik pula jadi ketua kelas. Sejak dipertanggungjawabkan dengan jawatan ketua kelas ni, aji terus berubah , dah tak clumsy macam dulu baju pun dah kemas, kasut tak kotor dan lebih rajin buat homework. Kerja sekolah pun dah kemas dan teratur. Good job azri.

Setakat minggu ke 2 sekolah ni , rutin kami masih teratur dan dibawah kawalan, keluar rumah pkl 6.40 pagi dan kereta gerak paling lewat 6.45 pagi. Semua orang sampai ke sekolah masing-masing dengan hati yang tenang , tiada lagi mengamuk2 sebab adik-adik lambat.. hahaha.

Cuma waktu balik, jadual nya ada huru hara sikit. setiap sekolah waktu balik berbeza-beza, sekolah abang besar pun dah tukar waktu balik, memang kelam kabut juga mama nak jemput kami balik dari sekolah ..kejap gi sekolah azri, pastu sekolah abang im pastu tunggu pulak kat sekolah abang . letih!

Ok ni cerita pasal rumah resort pulak ye.


Ini lah rumah resort dengan modelnya asyraf. Maktok renovate dan transform rumah stor yang ular pun boleh melepak dalam tu kepada rumah kecil yang cantik.



Kalau ramai-ramai balik dan tak cukup ruang nak tidur, cucu-cucu bujang akan tidur melepak di sini. 


Lengkap dengan porch, senang boleh bakar untuk bbq kat sini.

Apa motif letak gambar rumah resort sedangkan cerita pasal sekolah? gambar-gambar gagal ditransfer kan ..itu aje..hahha

Itu saje la untuk hari ni. Banyak lagi nak cerita..later la

Bye

-3 boys -

Friday, 23 September 2016

Menghampiri PT3 2016

Salam Hari Jumaat,

PT3 semakin hampir 
Lagi 2 minggu je lagi, mama kami semakin risau
Result trial abang besar hanya ada B dan C aje, bayang A tak de. macam mana nak capai angan-angan mama yang mahukan abang besar dapat strait A ni? 

Takpe , mama dan ayah kami berfikiran positif, bagi kami peluang untuk buat ikut kadar kemampuan kami, ada orang yang memang bijak pandai, mampu dapat strait A, ada juga yang kurang bijak dan ada juga yang sederhana macam kami ni, kami  buat sebaiik mungkin, orang putih kata " at our level best" ..Insya Allah , kalau dah rezeki kami, kejayaan pasti milik kami.

Minggu ni sekolah abang buat kem kerohanian...malam ni abang tido kat sekolah , siap bawa sleeping bag la tadi.

Mujur juga abang pernah sertai jambori pengakap jadi dah ada pengalaman, nak packing untuk sleep over kat sekolah jadi mudah, semua dah ada, patch halau nyamuk pun ada.

Memang pack aktiviti 2 hari ni, malam ni aktiviti berlanjutan sampai pukul 12 tengah malam pastu sambung seawal 4.30 pagi untuk qiamulai...pengalaman pertama dalam hidup berqiamulai.

Mama kata ustaz mama pernah cakap , sekali seumur hidup kita mesti lah buat solat tasbih ni, sekali seumur hidup pun jadi lah tapi kalau ada peluang buat banyak-banyak kali, lagi la bagus.

Ok kita tinggalkan abang di sekolah nya..semoga abang enjoy program tu dan dapat mengutip banyak pengalaman.

Sebenarnya banyak up date diari kehidupan kami yang tak sempat dicatatkan disini.

Meh la kami cerita secara ringkas , supaya kami ingat la kisah-kisah hidup kami ni kan.

Sambutan Hari Merdeka 2016


Kali ni mama dan ayah gigih nak bawa kami tengok perbarisan, azri pun belum pernah tengok lagi.

Keluar pagi-pagi sebelum pukul 7, sampai bandar seremban tengok dah tak de parking, terus parking depan sekolah abang, menapak le ke padang MPS

Tengok-tengok....mak aii dah stat!!..dah takde tempat duduk!

Menyelit la kami berlima kat celah-celah orang kat bukit , duduk lah atas rumput jer , tengok skrin besar sambil sarapan..tak syok tak dpt tengok live , tengok kat skrin sangat tak best.

Sudahnya kami tak enjoy langsung perbarisan kali ni, sakit bontot ada lah duduk atas tanah curam tu, war dance pun tak best, tak gagah macam tahun lepas, macam lembik jer war dance kali ni. mungkin sebab campur semua polis, tentera dan bomba.

So ni kira last la kami tengok perbarisan....tahun depan no more, baik layan movie ..kahkah..tak patriotik langsung.

Raya Haji 2016


Raya di jelebu, maktok ada buat korban satu bahagian kali ni, Raya haji tahun ni bersambung dengan cuti sekolah seminggu, raya jatuh pada hari isnin.

Kami semua balik ke jelebu petang sabtu tu, macam biasa la mama kami terlibat dalam banyak aktiviti

 1. aktiviti buat halwa maskat

halwa maskat????? pebenda tu ?..cer google...google..
Mama kata ni kuih super klasik, resepi dari toknek Muar

Image result for halwa maskat

Start kacau pagi2 ahad tu. maktok dan maklong puasa pulak tu, jadi mama la tolong kacau2...kacau api kena kecik jer.

Ada la 3-4 jam mengacau

Hampir tengah hari baru siap...gambar nanti letak, belum transfer lagi.

Dah lunch baru mama kami merendang pulak, rendang daging campur paru , masak 3 kilo jer , tak banyak

Mak tok dan maklong dah letih, puasa kan,   mama sorang aje la masak rendang.

2. Baca yassin dan BBQ kat rumah resort

BBQ ni projek maktom 

Sambil mama merendang, maktom sibuk memerap ayam-ayam dan bahan -bahan lain untuk bbq

Sampai waktu asar , rendang pun kering, hampir siap, lepas jer asar, maktok dan maklong dah panggil semua orang gi rumah resort untuk baca yassin.

Oh ye, kami belum cerita kan pasal rumah resort ni?

Ok, dulu rumah resort ni hanya la stor, pastu bocor teruk
Maktok nak baiki , dapat pulak idea baiki cantik-cantik dan jadikan rumah resort, siap dengan dapur dan bilik air.

Lepas baca yassin , kami pun berbbq la kat rumah resort sambil buat majlis hari jadi abang afiq, abang amir, johan dan asyraf , merangkap juga majlis berbuka puasa untuk maktok da maklong.

Macam-macam menu ada..bbq, laksa, kuih-kuih dan macam-macam lagi..kenyang sangat  

Nanti kami cerita lebih lanjut la, ni high light jer...*poyo

Dah habis semua aktiviti ni, esok nya raya lah

Kamiu semua solat raya kat surau Petaling...mama rancang lepas solat raya nak gi bersihkan kubur maksu..sekali masa kutbah raya, hujan turun mencurah-curah.

Tak dapat la gi kubur..sobs..sobs

3. Kemas dan prepare bilik cuci air tok abah

Tok abah dah ada masalah buah pinggang, dah kena dialisis

Tok abah ada masalah jantung jadi tak le buat cuci darah , kena cuci air, tebuk perut masuk tiub  untuk cuci air. doktor suruh siapkan satu bilik yang sangat bersih untuk cuci air ni.

Bilik kami la jadi pilihan utama sebab dah pasang aircon.

Stat kemas lepas round ke 2 makan-makan lepas solat raya.

Kami keluarkan semua barang-barang dalam bilik tu, tinggalkan katil dengan cermin solek jer,

Maklong beli tikar getah dan terus la bentang tikar getah . kena letak tikar getah sebab bilik tu nanti kena di mop setiap hari dan cadar kena tukar setiap minggu.

Nasib baik kami ada ramai askar-askar kuat untuk angkat-angkat..heronya abang afiq dan uncle nahar...ayah kami dah tak leh angkat berat-berat, sakit lutut dan sakit belakang. 

Nanti kami letak gambar bilik cuci air.

Melalut betul cerita kami ni kan...patut nya cerita pasal PT3, ni ke lain pulak ceritanya.

Lantak lah asalkan ada cerita dalam diari kami ni.

Nanti kami sambung lagi





-3 boys -

Tuesday, 6 September 2016

UPSR 2016

Salam Hari Selasa,

Minggu ni minggu im menghadapi UPSR 2016

Hari ni kertas bahasa Inggeris pemahaman dan penulisan, semalam kertas Bahasa Melayu pemahaman dan penulisan.

Im cerita kertas semalam ok la dia boleh buat, im cerita lagi ada kawan dia tertido masa peksa pastu ada ketua pengawas peperiksaan tu kejutkan, nasib baik kawan ini sempat buat semua soalan.

Kesian kat budak tu, mungkin dia tido lewat buat revision.

Mama dan ayah selalu pesan kena buat persediaan awal untuk exam supaya hari sebelum exam tu boleh santai-santai jer.

Mama cerita dulu mama pernah buat kesilapan yang sama, tertido masa kertas BM SPM ..tersedar lagi 15 minit nak tamat..kelam-kabut siapkan dan akhirnya mama dapat B kertas BM tu...rugi kan.

Ada juga kawan mama masa universiti dulu , study gila-gila sehari sebelum exam, tido pukul 3 pagi pastu pagi tu masa exam, dapat jer kertas soalan terus otak tersangkut, blank, tak tau jawab apa...gagal terus kertas tu, lagi rugi.

Alhamdulillah , im dah buat juga persediaan awal, cikgu-cikgu pun banyak membantu, sekolah pun banyak buat program-program yang bantu im buat persediaan awal. 

Jadinya untuk elakkan stress and tension , mama dan ayah bawa kami semua tengok wayang petang Ahad tu ..kami tengok cerita Pete's Dragon.

Image result for pete's dragon

Image result for pete's dragon

Gambar google ni

Ok la cerita ni, rating pun tinggi jugak.

Cerita dragon yang baik, dragon yang ni tak bersisik macam dragon jahat cerita Hobbits tu tapi dia berbulu tebal macam anjing.

Baguslah cerita nya, kami enjoy cuma mama ada tertido kejap di hujung2 cerita..tu biasa!!

Esoknya iaitu semalam , im ke sekolah dengan gembira dan lapang dada, dan menghadapi kertas BM1 dan BM2 dengan tenang.

Semoga hari ini, esok dan sehingga tamat upsr ni, im dapat menjawab soalan dengan tenang dan dapat result yang cemerlang.

Abang besar pulak minggu ni minggu trial PT3, hari ni paper BI dan Sains.  Paper sains ni abang takut skit sebab hari tu dapat D jer.. harap nya abang mendapat keputusan yang baik-baik saje.

Habis jer UPSR nanti , stat la cuti sekolah seminggu.

Hari isnin dan selasa cuti sekolah tu nanti cuti raya haji...kami balik jelebu raya haji nanti.

Weekend tu nanti kami ada terdengar macam mama dan ayah nak bawa kami ke Kuantan, rumah resort makjah, saje tenang-tenangkan fikiran dan meraikan im dah habis exam.

Harapnya begitu la cuma mama kata kita tak leh bersuka-suka sangat sebab abang besar punya bab belum tamat. Exam PT3 abang lagi besar 

Tak sabar rasanya nak tunggu kami semua selesai exam.

Daa 
-3 boys -