Sudah masuk bulan disember, bulan terakhir bagi tahun 2013, juga sudah masuk minggu ketiga cuti sekolah.
Hari jumaat lepas, maktok tak sihat dan dimasukkan ke wad kat hospital jelebu.
Sebenarnya , hujung minggu tu kami semua memang bercadang nak balik jelebu, dah lama tak tidur kat sana, lagipun hujung minggu depan ni kami balik melaka lagi, Kakcik kazen kami kawen.
Hari jumaat tu , mama kami macam biasa la pergi kedai beli ayam, azri nak ayam goreng , balik dari kedai, mama terus call maktok, nak minta maktok sediakan ic untuk mama fotostat..mama kami tengah uruskan nak renovate rumah JB Maktok..
Maktok angkat je phone, terus dengar suara maktok macam sesak nafas, cakap pun tercungap-cungap..lepas letak telefon, mama kata jom balik jelebu, maktok sakit, kami ni terpinga-pinga la....tengah syok main game kan...mama zus zas, simpan ayam, sumbat telekung dalam beg, sumbat josh dalam bakul , perambat kami masuk dalam kereta dan zassss terus balik jelebu.
Sampai rumah maktok tengok semua pintu pagar dah terbukak, masuk rumah senyap sunyi, keta Gen 2 tak de, ha ni mesti dah gi hospital, mama pun gi la panggil bibik, panggil punya panggil tak menyahut, kami agak mesti semua pergi hospital kot, ayoo teruk ke maktok, mama kata dah jom kita gi hospital, kami masuk balik dalam keta, josh mama keluarkan lah.
Kami gerak jer , tetiba nampak bibik tengah mencangkul apa ntah, mama punya lah marah..eh robot ni, tak tau ke maktok sakit , asyik kerja jer tak tau apa berlaku sekeliling, mama stop panggil bibik, jerit kat dia , " dah, berhenti kerja, gi masak nasi, ibu ke hospital tu" sudah masak buk kata bibik, mama kata " ha pergi goreng ayam ke apa" pastu terus la ke hospital.
Sampai hospital, nampak tokbah sorang-sorang je duduk menunggu kat bahagian kecemasan, kesian tok abah.. mama pun masuk tengok maktok, mama kata maktok tengah cungap-cungap sambil neb, maktok masuk zon merah..kesian maktok, mesti keadaan maktok dah teruk.
pastu mama suruh tok abah balik, biar mama je tunggu maktok, kami pun balik la naik Gen 2 dengan tok abah, sampai rumah kami lepak-lepak aje la, main game , dapat main i pad mini maktok.
Sambil main tu ada dengar bunyi bibik masak, tak lama lepas tu bibik panggil makan kami pun makan la , bibik goreng kan ayam dan ada lauk-lauk semalam bibik panaskan.
Dah dekat pukul 3 lebih baru mama kami balik, mama kata maktok masuk wad, mama pun solat pastu makan dengan tokbah, pastu terus packing barang-barang maktok dan gi hospital semua, mama kata sapa nak ikut, hihih sorang pun tak nak ikut...haha sabar je la...
Pukul 5 lebih mama balik, terus buat minum petang , solat dan kami pun balik lah, kami kena cepat pasal mama kami tu kan rabun, mana nampak sangat kalau bawak keta malam-malam..dekat nak pukul 6 kami pun balik la, salam-salam tokbah, dan terus ke wad semula, mama hantar lauk untuk maktok.
Sampai wad, kami semua masuk lah, salam maktok, mama pun teman maktok gi tandas semua, pukul 6 setengah baru dapat gerak balik, mama kami dah takut dah, pasal dah lambat, nanti gelap tak nampak bawak kereta.
Dah la dah lambat , kena pulak ikut belakang lori sayur , sudahnya masa kat bukit tangga memang dah gelap dah, tapi nasib baik langit tak gelap lagi, mama kata kalau langit dah pitch black, confirm mama tak nampak.
Kami semua selamat sampai rumah pukul 7 lebih, dah lewat maghrib pun, ayah pun belum sampai...pukul 8 lebih baru ayah sampai .
Malam tu ayah belanja kami makan malam . selamat mama tak yah masak.
Esoknya kami semua balik jelebu semula..dan sekarang maktok masih di wad, belum keluar lagi, doktor kata maktok kena lelah bersama dengan jangkitan paru-paru.
Esok, insya Allah kami balik jelebu lagi..harap maktok dah keluar wad, tokbah pun tengah tak sihat . hari Ahad lepas, mama kami bertungkus lumus kat dapur masak banyak lauk untuk tokbah makan, tau je la tokbah mana nak makan kalau bibik masak.
Doakan maktok sihat ye.
-3 boys -
No comments:
Post a Comment