Diariku.....
Pejamcelik-pejamcelik dah 26 ramadhan . Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik ...walaupun hasrat mama untuk berpuasa penuh sebulan tidak kesampaian ..kecewa!
Tadi maktok call dan dengan tone risau beritahu adik bulu a.k.a grey tak nampak sejak semlm , selalunya bila maktok bangun sahur pkl 4.30 , grey akan mengiau minta masuk.. ooo beliau mmg suka tidur luar rumah , almaklum la jantan ...apa kes memerap dalam rumahkannn..
Mana hilangnya grey nih? risaunya mama , walaupun hanya seekor kucing tp kalau dah jaga , bela, belai sejak dia kecik...dah sayang macam anak....pulak tu dia lah peneman setia mama seawal jam 5.20 pagi bila mama bangun prepare brekfes dan seawal jam 4.30 pagi bila mama prepare sahur... oohhh selamatkan lah Grey, mama takut dia kena telan pak Awa je, kat dusun belakang rumah maktok tu dah berapa kali Tokbah tembak Pak Awa , besar2 pulak tu..eee ngeri!
Pak Awa- kredit Pak Google |
Tahun ni gilir mama raya rumah family belah ayah , mama kerja jumaat ni , jadi kami akan bertolak balik pagi Sabtu . Alaaa dekat jee punn 2jam dah sampai ... Alhamdulillah Allah temukan jodoh mama dengan orang dekat je . kat Melaka jer...tak dapat bayangkan kalau kami kena balik Ganu ke , Kelate ke .. ayoo . Klau Kedah, Penang ke, tahan le lagi, ada highway , kena harung jem je laa..
Alhamdulillah juga mama dan ayah tak pernah bertengkar nak balik mana bila raya , sejak mula kawin kami dah pakai sistem gilir, klu raya puasa rumah makcik , raya Haji mesti kat rumah Tokbah, dan kalau gilir raya puasa rumah Tokbah pulak, raya haji tahun tu rumah makcik pulak, gitulah dari tahun ke setahun sampai lah tahun ke 12 kami ni berkongsi hidup, berkongsi bantal dan duit semua ...
Esok mama nak stat gosok baju raya anak2 dan baju ayah, dah siap gosok senang tak le berebut nak menggosok pagi raya nanti . Nampaknya mama jadi penunggu rumah la pagi raya nanti , nak buat camne Allah dah bagi cuti , redha je laaa
Harap budak ni balik!
No comments:
Post a Comment