Wednesday 8 August 2012

Lenguhnyee....

Salam Rabu,

Hari ni hari ke 19 ramadhan, cepatnya masa berlalu .. alhamdulillah setakat hari ni abang besar belum tinggal puasa lagi.

Mama pun masih diizinkan Allah berpuasa dan mama harap dapatlah genap sebulan berpuasa . Alkisahnya bulan ni Mr P (red flag) tak menjengah.. risau jugak, ye laa mama ni bkn muda lagi, next year dah cecah 40an . Aji pun dah nak masuk 6 tahun . Tak kan laaaa. So , hari tu mama beli je test kit kat farmasi , dup dup gi check .. ehhh negative pulak habis ngapa Mr P tak datang yek ! aak gasak dia lah, yang penting puasa diteruskan dan harap sampai raya la mama puasa .. best! x yah ganti puasa... 

Apa2 pun  lepas raya mama gi klinik tengok apa2 yang patut... dah doktor Jah kata tak bahaya so kita follow je

Semalam mama dapat la buat pizza untuk abg im , waahh happy je bang im berbuka dgn pizza mama yang ala kadar tu

Pizza base tu terover pulak saiznya , dah tu je yg ada kat tesco semalam, sosnya mama cuma guna bawang merah dan putih cincang , tumis dgn minyak zaitun dara , campur dengan sebiji tomato potong dadu dan tomato puree - masak sampai pekat dan tomato tu hancur , letak garam, black pepper dan italian herbs ..siappp


pizza base dah ditepek dengan sos
Lepas tu letak la topping ikut suka, mama cuma letak burger ayam, salami , kentang goreng dan capsicum hijau - tabur mozarella cheese - bakar -siap !



Ni seblm pizza ni dimasuk kan dalam oven, gambar yang dah siap tak sempat dicaptured, ye la letak atas meja betul2 dah masuk waktu berbuka, kena serbu la . Tapiii yang tak syoknye, pizza tu terover bake la. ni semua salah mama le, sumbat pizza dlm oven pastu sibuk masak gulai ayam la pulak, topping dia ok tp base dia jadi biskut ! Mama rasa readymade base jenama Mexican ni mmg keras kot..  next time uli sendiri la base , baru puas hati,  Sori anak2 dan ayah , lenguh mulut masing2 kunyah pizza biskut ye... kesiannn....

Apa pulak menu berbuka hari ni, hari mama cadang nak beli je, penatla masak laju-laju .. biasanya kalau nak puas hati lauk-lauk tunjuk ni, beli kat bazar ramadhan paroi - cari gerai restoren rabena , confirm sedap..

Ok - hati senang, keta 5 dah sihat , thank you ayah tolong hantarkan ke bengkel ...

No comments: