Wednesday, 31 October 2012

Lagi 2 minggu....


Assalamualaikum semua ,


Kami masih lagi dengan sabar hadir ke sekolah...ada 2 minggu je lagi sebelum cuti panjang..Semalam semua buku teks dah dipulangkan , buku teks baru untuk tahun depan pun dah dapat. 

Isnin depan insya Allah im akan ikut mama dan azri pergi lawatan..tadika Azri buat lawatan ke Muzium TUDM dan kilang Gardenia kat Shah Alam. Mula tu mama je pergi temankan Azri tapi im teringin sangat pergi kilang roti tu ...mama pun bayarkan sekali untuk im , mama kata nanti dia curi-curi ambik gambar kat kilang tu dan letak kat diari kami ni.

Dalam pada tak sabar nak cuti tu, im sebenarnya gabra jugak... im kan nak sunat..takut jugak pasal mama cerita abang nangis masa kena cucuk ..alaa takutt....pagi tadi mama tanya lagi betulke im nak sunat ni..kalau taknak boleh buat tahun depan , im kata im nak tahun ni jugak ...cepat selesai nanti im boleh cuti betul-betul.

Adik bongsu Azri masih lagi sekolah sampai hujung bulan November ni .... mama dah banyak kali pesan kat Azri , abang-abang dah cuti tapi Azri mesti gi sekolah jugak sampai Azri lancar membaca dalam bahasa English ...Azri dah lancar membaca bahasa melayu tapi english masih merangkak-rangkak lagi..

Masa Raya Haji hari tu Tokbah bagi duit raya jugak ....tapi duit raya layan diri , ingat KFC dan McD je ke layan diri..duit raya pun layan diri jugak tau...




Tiga ringgit sahaja tau...jangan ambik lebih tau ..Allah nampak ye...

  
Im dan Azri tengah layan diri sendiri ambik duit raya...terima kasih tokbah..lepas beli aiskrim Matcool 3 batang ni....

Hmm tahun depan abang zahin nak peksa UPSR..mama kata hujung tahun ni tak ke mana-mana ..kalau nak jalan-jalan pun gi dekat-dekat jer... mama kata abang zahin kena stat tusyen dah....mama pun dah simpan cuti ..nak cuti panjang hujung tahun ni..harap mama tu ingatlah yang mama tu ada hutang dengan kita orang....hi hi hutang rainbow cake!   

-3 boys -

No comments: