Monday, 3 June 2013

Sunyinye bila takde kawan bergaduh ni...

Salam Hari Isnin, 

Minggu terakhir cuti sekolah...kami menggunakan sepenuh masa yang berharga ni untuk berada di samping keluarga ....bahagia rasanya duduk di rumah berehat-rehatkan....* dalam hati menangis kerana tak bercuti ke mana-mana..

Tak pe lah..demi abang besar tercinta kami sanggup tak bercuti kemana-mana ..mama kami janji bila abang habis peksa nanti, beritahu je la kami nak ke mana , mama dan ayah akan bawakan...ha..janji mesti ditepati bukan janji dicapati tau!!!

Sempena tamatnya kelas tambahan yang memenatkan , abang kami minta untuk sleep-over kat rumah maklong..maka selepas tamatnya majlis perkahwinan uncle boy semalam...dengan rasminya abang besar diserahkan kepada maklong.

Kami balik ke rumah dalam keadaan sunyi jer.

Tetiba tak de orang nak buli im dan azri.

Tetiba takde orang bergendang, berdram dalam keta 

Sampai jer rumah , terasa sunyi sangat ...itu la mama kata ..bila berjumpa bergaduh , bila berjauhan rindu-rinduan pulak ..

Petang semalam lepas Asar kami balik ke Jelebu la pulak...hantar maktok 

Rumah maktok dan tokbah lagi sunyi ..kesian maktok dan tokbah ..mesti rasa sangat sunyi sejak maksu takde.

Lepas maghrib kami balik ke seremban, ayah beli roti cheese nan dan ayam tandori 2 set...makan panas-panas ..best!

Malam tadi ayah temankan kami tido...azro tido kat bawah dan im conquer katil tu seluas-luasnya ...ayah temankan kejap jer..ala bukannya takut pun , yang penakut sebenarnya abang besar kami tu.

Hari ni dapatla kami main laptop sepuasnya ..tapi tu la bila abang besar takde ...tak pulak rasa macam nak main laptop tu...kami lebih suka tengok kartun je .laptop terbiar je.

Tapi bila abang besar ada dan dia pakai laptop ..time tu kami berebut-rebut nak pakai laptop sampai menangis-nangis .apasal ek? tak paham sungguh ..

Hari Rabu nanti kami semua akan jalan-jalan ke KL jap..gi rumah maklong dan ambik abang ....mana boleh abang berlama-lama sleep over rumah orang, mama kami tak tahan rindu !

Ok tu jer..Daaa      

-3 boys -

No comments: