Semalam hari pertama sesi persekolahan...pakaian , kasut , stokin serba baru!
Se-awal 6 pagi mama dah kejut abang, sambil-sambil kejut mama keluarkan semua baju-baju, stoking semua yang nak dipakai dan letak atas katil kat bilik tengah..lepas abang zahin bangun dan mandi, mama kejut im dan azri pulak...
Azri bangun-bangun je mulut dia terus kecoh ntah apa-apa .....kami semua bersiap awal dan pukul 6.40 pagi semua dah ready ..turun bawah dan minum pagi...pagi tu mama buat chicken salami dengan roti jer....tu la yang best pasal kami dah muak makan mee goreng , bihun goreng semua tu...
Siap sarapan...sila ambil beg masing-masing, pakai kasut dan sila masuk dalam kereta..
Mama ikut sekali hantar , kami keluar tepat pukul 7 pagi, cuaca baik tapi masih gelap lagi...jalan clear tapi lepas je trafik light masuk ke Golf Heights...jem yang amat ..kereta dah berbaris..alamak camne ni..semua kan nak cepat pasal nak rebut tempat duduk dalam kelas kat depan..dah le masing-masing kerabunan....ayah pun ikut long-cut.....last-last dapat jugak parking dan kami keluar dari kereta dengan seribu debaran...
Mama temankan azri masuk dalam kelas , ayah pulak temankan im, abang zahin being super senior kena lah masuk kelas sendirian berhad....budak-budak tahun 6 dapat kelas special semuanya kat ground floor..tak yah menapak panjat tangga.
Sampai kat kelas im, budak-budak dah ramai...im dapat tempat duduk belakang sekali... ayoyo..camne ni , im dah le rabun tapi ada kawan im tu dia nampak je im terus dia pindah duduk sebelah im , padahal dia dah dapat tempat duduk kat tengah....bagus la jugak...ada geng untuk gossipan...hiks..
Azri pulak, masuk je dalam kelas, cikgu Meksah dah siap-siap tentukan tempat duduk azri betul-betul kat depan papan putih tu...puhh nasib baik..azri pun dah kerabunan jugak cuma mama dan ayah belum buatkan spek untuk azri....
Tak lama lepas tu, cikgu suruh semua beratur dan ramai-ramai berjalan ke dewan .... cikgu ajar nyanyi lagu Negaraku , rukun negara lah, lagu sekolah lah dan macam-macam lagi le..
Beratur ramai-ramai sebelum ke dewan..mama bye bye azri kat situ jer pastu mama dan ayah pun balik.. ramai juga mak bapak yang tunggu anak diaorang sampai waktu balik ...apa raa ikut macam azri ni steady jer...
Pendek kata sekolah hari ni amat menyeronokkan..kami belum mula belajar lagi...cikgu sibuk bahagi-bahagikan buku teks dan bayar yuran...kami duduk berbual je dengan kawan-kawan..sedar-sedar loceng balik dah berbunyi... apa lagi jom balikkk.......tamatlah hari pertama persekolahan ....
Hari kedua , bangun pagi pun awal....semuanya lancar jer...kami sarapan bihun goreng, makan sikit je lah...dah muak kot..hari ni mama kami kerja dan malam ni abang zahin stat tusyen... haa dah tak leh main-main lagi, nak periksa kan...
-3 boys -
No comments:
Post a Comment