Yesss ....hari yang ditunggu-tunggu kerana beg tak berat dan esok cuti.
Tadi masa kat sekolah cikgu dah beritahu program sepanjang tahun untuk Tahun 6....Oh no, no, no, abang akan jadi sangat sibuk ..
Tiap-tiap hari akan ada kelas tambahan selama sejam ...hari Isnin sampai khamis nanti abang balik pukul 2.30 pm ....mesti perut lapar nasik nanti . Hari Jumaat pulak kelas tambahan stat pukul 2.40 petang..oh no...
Setiap Sabtu pulak stat pukul 8.30 pagi sampai pukul 12.30 tengah hari akan ada kelas tambahan untuk sains dan matematik dan setiap malam selasa dan khamis pulak abang ada kelas tusyen dari pukul 8.00 malam sampai pukul 10.00 malam...homework lagi...koma ler camni.
Macam nak pengsan pun ada bila fikir pasal jadual abang ni....tadi bincang dengan mama dan ayah ..mama kata kalau dah setiap sabtu ada extra class untuk math dan sains ...takyah le ambik tusyen sains dan matematik tu... So stat bulan 2 nanti mama kata abang cuma ambik tusyen untuk bm dan english jer maknanya hanya tusyen malam selasa je la...
Kalau camtu lega lah sikit ..ada la masa petang-petang nak buat homework ke ...ayah pun kata walaupun tahun ni abang peksa UPSR .....penting tapi tak boleh korbankan hak abang untuk bersuka ria .. abang perlu juga rehatkan otak ....tengok youtube ker, fb ke, game ke .
Mama pun kata nak buat cemana...tahun ni abang peksa besar maka kami sekeluarga pun kena lah berkorban ...sabtu pagi takleh lah nak gi mana-mana ....dah tak leh lah nak makan-makan kat kedai mamak ke..apa-apa aktiviti riang-ria kena lah buat lepas makan hari sabtu...... termasuk balik kampung ..
Nak tak nak memang lah abang kena korban sikit..mama kata sampai bulan 9 jer..tahan la sikit ..lepas tu dah honeymoon year dah....kalau dapat result bagus , 5A ke....dah boleh masuk sekolah bagus ...hadiah lumayan pun menanti katanya....
Sebenarnya abang tak tahan homework cikgu bagi banyak sangat....menyampah betul, tapi mama kata homework tu jugak satu kaedah revision ..takpe lah abang cuba lah...
Abang harap dapatlah abang kotakan azam abang tahun ni....dan abang harap juga im dan azri janganle nakal-nakal dan bagi abang tension...
-3 boys -
No comments:
Post a Comment