Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadan 1434 H



Salam hari Selasa...

Esok puasa.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas..Amin. 

Kali ni kami amat teruja nak berpuasa , terutama si bongsu Azri , dari bulan lepas sibuk nak ikut mama ganti puasa..mama kata tunggu je bulan puasa nanti , puasa la betul-betul.

Alhamdulillah tahun lepas abang zahin berpuasa penuh sebulan, abang im pulak dapat jugak 18 hari , dan azri memang tiap-tiap hari puasa la tapi berbuka awal ikut mood.

Tahun ni macam tahun-tahun lepas , mama kata upah berpuasa RM5 sehari tapi mama kata kalau dah baligh nanti, ganjaran Allah lebih hebat . Upah puasa ni hanya untuk budak-budak bawah umur je, ala saje nak bagi semangat.

Tengah hari ni sempena lunch terakhir sebelum puasa ni, mama belanja kami makan nasi beriyani kat Syed Maju , maggi goreng untuk abang juga ..nanti sebulan lagi baru boleh lunch kat sini...

Semalam mama kami cuti , sepatutnya hari Ahad lepas sekolah kami ada sukan tahunan dan hari isnin nanti dapat cuti peristiwa, jadi mama ambik cuti pasal tak de sapa nak jaga kami dan mama nak beli baju raya kami sekali. 

Tetiba cikgu beritahu sukan tunda sampai lepas UPSR dan hari isnin ni sekolah la..tak kan nak cancel cuti pulak ..mama kami terus je cuti dan semalam lepas sekolah kami semua di bawa shopping baju raya.

Semalam dapat shopping dengan senang lenang nye..orang tak ramai, kami boleh pilih baju seluar dengan santai dan sempat bergurau-senda lagi dalam fitting room.. selesai shopping baju semua , boleh pergi Watson beli air dan coklat lagi...

Tak macam tahun lepas , shopping baju raya kat Parkson T1 tu, masa tu dah puasa dah, orang punya la ramai..jadi mama kami main ambik je baju seluar yang muat pastu nak bayar pun beratur ...kami dah mengamuk pasal lapar letih, pastu bukan nye boleh makan minum pun...tension...

Mama kata baju melayu je belum beli..tu tak kisah, balik kampung Jasin nanti boleh beli. 

Tak sabar nak puasa esok, yang bestnya kami cuti esok, boleh tidur balik lepas sahur dan boleh bangun lambat..yahoo.

Kalau sekolah nanti , dapat lah tidur-tidur ayam 20-30 minit , jadi la..

Ok , selamat berpuasa sekali lagi..
   
-3 boys -

No comments: