Tuesday, 23 December 2014

Berbagai cerita dalam satu

Ya Allah!! kami lupa kami ada diari untuk ditulis.


Semasa blog ini dibuat, kononnya untuk mencatat pengalaman-pengalaman kami meniti kedewasaan..sudahnya ..ke laut!!

Orait...warm up sikit..ambik feel nak menulis.

Cerita terakhir dari ini pada 5/12/2014 yang lalu..hari ni dah 23hb...macam-macam cerita dan hal berlaku.

Cerita pertama: makjah satu family pindah qatar.


Flight ke Qatar pkl 8.30 malam hari jumaat 7/12..kami semua ke airpot nak goodbye kat makjah dan nak ambik keta hitam makjah, mama kami ditugaskan utk jaga keta hitam makjah.

Kebetulan maktom pun nak ke airpot petang tu sebab nak jemput uncle jay yang ada seminar kat London jadi kami semua tumpanglah keta vox tuaran maktom. Mula-mula tu maktom ingat keta vox tu tak muat nak tumpangkan kami semua sekali dengan beg-beg maktom yang banyak tu tapi ayah kami memang pakar menyusun barang dalam but jadi muat la kami semua dengan barang-barang semua ...tak perlu la maktom tinggalkan beg-beg dia kat rumah kami.

Kami sampai airpot pukul 5.30 petang, makjah dan family tengah check in kat kaunter K..makjah naik Qatar Airways..tak lama lepas tu maklit sekeluarga pun sampai pastu kami semua lepak-lepak kat KFC sebab kat sana ada tempat game untuk budak-budak.





Lepak-lepak dulu sebelum beli makanan..makjah siap buat cup kek satu kotak....nak habiskan stok bahan-bahan mentah kat rumah . 

Kami lepak kat sini dan makan-makan sampai waktu maghrib pastu bergilir gi solat.

Yang budak-budak kecik tak letih-letih main gelongsor, buai dan ntah apa-apa lagi la yang kat situ. 

Makjah pulak tak lama lepas tu dah nak masuk kat gate , takut terlambat lagi pun makjah bawa 150 kilo barang.....takut ada masalah kastam pulak nanti.

Ayah pulak awal-awal lagi minta kunci kereta dari uncle sharil dan tanya tempat parking ...kalau lupa nak ambik kunci nampak gaya kami sekeluarga balik naik teksi dan keta hitam parking la kat airpot tu selama 1 tahun 6 bulan!!

Kami pun ambik la keta hitam makjah..makjah beritahu mama dalam but keta hitam tu ada barang-barang dapur...ambik la dan setelkan lah..orait rezeki , mama pun happy.

Lepas bai bai dengan semua orang , kami pun bertolak balik....sampai seremban hampir pukul 10 macam tu dan mama kami pun kosongkan but .. Mak aiii banyak betul barang-barang dapur makjah bagi..terus pening kepala mama kami nak setelkan.




Ada 7 beg semuanya ..macam-macam ada..yang beras, tepung, gula, serbuk koko , makanan dalam tin, bahan-bahan buat kek, dan macam-macam lagi....Alhamdulillah rezeki.

Sepanjang malam mama kemas dapur....sambung pulak esoknya baru la siap teratur dapur.

Cerita ke 2 : Im bedah telinga

Im dilahirkan dengan lubang kecik kat telinga kiri, lubang tu kecik sangat, besar kepala jarum peniti jer...mama ingatkan lubang tu tak de apa-apa. 

Awal tahun ni lubang kecik tu keluarkan nanah dan bengkak, ayah bawak im jumpa doktor klinik Anjung Karisma dan doktor tu beritahu lubang kecik tu sebenarnya ada akar masuk ke dalam..kena operation untuk tahu sedalam mana akar tu dan cabut keluar akar tu..kalau dibiarkan senang dapat jangkitan yang boleh rosakkan gegendang telinga.

Tak lama lepas tu im kena bisul pulak kat lubang kecik tu .bengkak bernanah..ni tak boleh biar ni. ayah pun bawa im jumpa doktor pakar ENT kat seremban, Dr Cheng nama dia. 

Doktor ni kata im ada periacular sinus dan hanya boleh disembuhkan dengan pembedahan

gambar google
Camni la rupa telinga im...sebijik...nampak tak lubang cenonet tu?



Doktor tu terangkan prosedur operation tu....mula-mula doktor akan cucuk cecair biru dalam lubang tu, nak tengok berapa dalam lubang tu ..pastu doktor akan potong dan keluarkan semua akar tu dan jahit semula....ngeri tak??

Doktor kata kos pembedahan semua dalam RM4 ribu lebih kalau buat kat KPJ atau Hosp Colombia..ayah pun call ofis ayah tanya pasal insuran...rupanya insuran x cover sebab penyakit ini berlaku dari lahir.

Nasib baik makjah ada kawan yang juga pakar ENT hosp seremban, auntie syafa ..makjah pun call auntie syafa dan set appointment.

Lepas jumpa doktor kawan makjah tu....doktor syafa kata nanti dia akan set kan tarikh pembedahan dan akhirnya doktor tu setkan im akan dibedah pada 19/12/2014. Doktor tu kata pembedahan tu kejap je dan im tak payah masuk wad, tapi masuk daycare jer.

Ayoo berdebar-debarnya im. 

Sebelum bedah kena cek dengan doktor dulu, im tak boleh demam, selsema atau batuk dan kena puasa mula pukul 2 pagi.

Hari Rabu 17/12/2014, mama bawa im check doktor dan disebabkan im kena bius penuh nanti, im kena jumpa doktor bius dulu...doktor bius pun bagi approval maka tunggu aje la akan dibedah.

Pagi jumaat 17/12 tu, pagi-pagi lagi mama dah siapkan nasi lemak untuk breakfast dan lunch abang besar dan azri..mama, ayah dan im akan pergi ke hospital, ayah pulak ada appointment kat shah alam pukul 11.30 pagi.

Kami sampai awal kat Pusat Rawatan Harian..sampai dalam pukul 7.25 pagi dan terus daftar. lepas daftar kami disuruh masuk terus dalam wad pembedahan.

Masuk wad pembedahan , satu nurse terus bawa im ke katil dan im disuruh tukar seluar, pakai gaun putih dan serkup kepala kaler biru...im dah ketakutan sampai menggigil satu badan.

Masa tukar baju dalam tandas, susah nak sarung seluar dengan pakai gaun tu sebab badan im menggigil macam kereta 5 ayah yang rosak coil tu...punya takut sampai masa berjalan balik ke katil, im tak boleh tengok katil-katil kosong yang lain...takut sampai tutup mata

 
Tunggu giliran, im no 2 kena bedah, sebelum im ada satu adik umur 3 tahun...disebabkan adik tu lagi kecik dari im dan dia relax jer, im pun maintain berani.

Wad ni cantik, bersih dan baru, lagi cantik dari KPJ atau colombia, tandas pun macam tandas hotel. 

Kami lepak-lepak pastu dalam pkl 9 lebih sikit, ayah pun bertolak ke shah alam...im pun dah stat rasa lapar

Tengah syok syok duduk tetiba nurse panggil nama im dan suruh im gi tandas dan bersedia dengan katil sorong ..terus im gigil balik.

Pukul 10 pagi im ditolak dalam bilik pembedahan dan mama dibenarkan teman im dalam OT sampai im tertidur..dalam OT lagi la im gigil, macam-macam mesin ada.

Im disuruh sedut gas ...im sedut 2 kali jer terus tak sedar apa.

  
Ni dewan bedah

Tak lama lepas tu im tersedar sendiri, mengantuk gile sampai susah nak buka mata. buka jer mata tengok mama dah ada kat sebelah im senyum-senyum...mama tanya sakit ke...im kata im tak rasa apa pun.


Im dalam wad..masih mengantuk..mama ajak borak pun tak layan. masa ni doktor tak bagi makan dan minum , takut im muntah.


Bila im dah ada rasa pening, dah boleh makan dah....lapar sangat sampai licin bubur tu im makan..ayam tu im makan sikit jer, mama kata nanti takut gatal


Telinga yang dah dibedah, doktor kata akar tu tak panjang sangat.. tapi panjang juga yang dipotong , lebih 1 cm panjang.

Alhamdulilah, sampai hari ni memang im dah rasa sakit....ubat antibiotik pun dah habis makan untuk 5 hari ni...balutan putih tu mama buka dan sapu gel kat tempat jahitan.

Hari jumaat nanti im kena pergi klinik ENT semula untuk bukak jahitan....panjang-panjang benang kat situ.

Ok sampai sini aje la cerita kami.

Nanti kami cerita lagi

-3 boys -

Friday, 5 December 2014

Bulan terakhir 2014

Salam Hari Jumaat, 5 Disember, 2014

Sedar tak sedar tahun 2014 dah hampir penamatnya.

Kami dah semakin malas menulis diari .

Rasa macam tak ada apa yang special untuk diceritakan..semua sama ikut rutin harian.

Abang besar balik dari jambori hari ahad lepas ..sampai dah agak lewat ..pukul 6 petang. Ayah sorang je yang ambik abang dari stadium paroi...hari hujan takut azri bentan pulak kena hujan.

Abang keluar aje dari kereta, mama kami terkejut sebab ingat ayah tersilap bawa balik anak india..punya la hitam birat..ye la abang kata 7 hari berjemur tengah panas dan buat macam-macam aktiviti. Masa malam aje hujan , siang panas terik.

Macam-macam cerita abang bawa balik...seronok im dan azri dengar tapi im tak masuk pengakap, im masuk bulan sabit merah. Bulan sabit merah mana ada prkhemahan macam tu, kutip derma ada la.

Azri pulak dah boleh pakai seluar hari isnin hari tu. Tapi masih takut-takut lagi, dok tarik je seluar tu.

Hari ni luka azri tu dah kering sepenuhnya, kuping-kuping dah tanggal tapi benang jahitan msih ada tapi tak sakit.

Esok dah boleh pakai seluar kecik..hihihi spender la tu.

Kami dah stat mengaji hari Rabu lepas, tapi semalam abang besar demam la pulak, tak la kami gi mengaji.

Dah ..tak da apa nak cerita lagi.

Cuma makjah sekeluarga akan berpindah ke Doha , Qatar, flight hari Ahad ni..semoga perjalanan mereka sekeluarga dilindungi dan selamat sampai ke Qatar.

Kucing-kucing makjah semua dah hantar ke jelebu.

Kereta hitam makjah nanti mama akan bawa balik dan letak kat jelebu. 

Ok Bai 

-3 boys -

Friday, 28 November 2014

Tak sabar tunggu abang balik

Salam Jumaat,

Hari ni hari ke 6 azri bersunat, masih belum berani pakai seluar.

Hari ni juga hari ke 5 abang pergi jamboree, lagi 2 hari lagi abang besar balik, tak sabar tunggu abang balik , rindu kat abang walaupun abang besar kuat menyakat kami.

Abang bertolak ke Telok Batik hari isnin hari tu, mama dan ayah hantarkan.

Ikut jadual , semua kena berkumpul kat stadium paroi pukul 7 pagi dan bas akan bertolak pukul 8 pagi..tapi rupa-rupanya masa tiba di sana, pegawai jambori beritahu kena tunggu semua 5 bas sampai untuk berkonvoi ke Telok Batik.

Peserta dari Negeri Sembilan ada hampir 200 orang dari berbagai sekolah dari PD, Rembau, Jempol pun ada.

Sudahnya pukul 9.40 baru bas bergerak.

Mak dan ayah pun dah tak tahan lapar, gerak balik dulu dalam pukul 9 lebih, bai- bai kat abang..dan balik sarapan dengan makcik.

Pukul 9.50 abang sms kata dah sampai highway. 

Pukul 5 petang, abang sms beritahu dah sampai tapi lepas tu terus terputus hubungan..mama hantar wassap tak berjawab, hantar sms pun tak berjawab, call pun tak berjawab

Nak lagi best,  petang tu sampai ke malam hujan lebat.

Mama dah tak senang duduk, risau mengenangkan abang tidur dalam khemah dalam hujan lebat pulak tu, basah ke dalam khemah?, selesa tak agaknya.?

Mama kata malam tu mama asyik teringatkan abang ajer.

Esoknya dalam pukul 1 tengah hari, mama try call abang dan abang jawab call tu..wah happy betul mama kami, abang kata tempat mandi disediakan tapi kena mandi ramai-ramai, nasib baik ada bawa swimming short.

Khemah ok, tak basah, nyamuk tak de tapi malam-malam panas berkuap.. tapi boleh la tidur. Tandas pun banyak disediakan.

Lega rasanya dah dapat berita dari abang.

Hari Rabu waktu maghrib, abang call mama guna hp senior dia, abang kata hp abang tak de line, abang kata semua ok, sihat tak lelah..happy je dengar suara abang..lega mama kami.

Semalam hari khamis, ayah kata abang call ayah masa ayah dalam train...tak berapa dengar tapi yang pasti abang kata abang dah buat persembahan tarian tu cuma tunggu result jer..lain-lain semua ok.duit belanja ada lagi rm70 lebih.

gambar google

Agaknya camni la rupa tapak perkhemahan abang kat telok batik tu. 

Hari Ahad nanti abang besar kami balik, tak sabar rasanya , rindu dah kami kat abang besar kami yang kuat membuli dan menyakat tu.

Ni cerita budak bersunat.

Azri ni jenis penakut, memang dia tak kasi pegang, usik langsung tempat sunat tu..habis bila lepas buang air, renjis-renjis air jer, nasib baik la berbalut , tak la sakit terkena kain atau terkena air.

Hari Rabu lepas mama bawa ke klinik , nak buka balutan dan cuci luka.

Masa kat klinik, ada ramai jugak budak nak bersunat, datang semula ketakutan si azri ni, padahal mama kata azri dah lepas dah benda besar, ni tinggal nak buka balut dan cuci aje.

Punya takut, masa panggil nama masuk dalam bilik nak buka balutan , dah menangis dah..susah betul nak suruh dia baring.

Baring aje dah menangis-nangis. buka je balutan , menjerit-jerit sakit...kesian azri.

Hari ni azri dah ok..malam tidur pun dah mengereng dah, bangun tidur pun dah boleh turun sendiri.


Dah dapat Neft Mega.

Pakai kain batik mama sebab kain batik kecik sikit, tukar-tukar dengan kain pelikat kecik yang mama beli kat Bandung tu.

Nak mula komplen jemu makan ikan..dah request nak makan Kfc bila luka dah elok nanti.

-3 boys -

Tuesday, 25 November 2014

Si bongsu masuk jawi

As salamualaikum semua,

Sekarang dah cuti sekolah.

Bila musim cuti sekolah, ramai lah yang berkhatan, termasuklah adik bongsu kami Azri.

Mama booking azri khatan kat Klinik Penawar Ampangan..dekat jer dengan rumah, dapat tarikh khatan hari Ahad, 23/11/2014..disuruh datang pagi dalam pukul 8.

Permintaan Azri nak makcik dan ayahcik datang bagi moral support, maka petang sabtu lepas Asar, makcik dan ayahcik pun sampai dan kami pun makan malam beramai-ramai dengan seronoknya.

Pagi Ahad tu mama kami bangun pagi-pagi dan masak sarapan kegemaran Azri iaitu nasi lemak..lepas sarapan beramai-ramai, mama, ayah dan azri pun bertolak lah ke klinik dengan penuh debaran.

Abang besar dan abang im duk kat rumah aje lah...makcik dan ayakcik ada temankan.



Muka gabra dan redha dalam terpaksa.

Seminggu sebelum khatan ni, tetiba azri mengumumkan bahawa dia nak senapang Nerf Mega macam dalam gambar ni.


Ayah kami hairan lah sebab tak de dalam perjanjian azri dapat upah apa-apa lepas khatan..abang besar dengan abang im pun tak dapat apa-apa untuk khatan...mana ada upah untuk orang berkhatan kan

Hari-hari azri menyebut lepas sunat nak beli pistol nerf..ayah buat diam ajer.

Ok, berbalik kepada hari berkhatan..dalam kereta azri senyap sunyi ..takut tapi bila mama kata kalau berani dan tak nangis nanti mama dna ayah belikan nerf mega, baru la ceria.


Haa macam ni la good boy!!

Sampai klinik hampir pukul 9, memang dah terlambat pun....tengok-tengok dah ramai budak-budak bersunat dah datang, kira azri dapat no. 9..second last.

Merasa la menunggu lebih 3 jam kat klinik.dari tenang terus jadi gabra.

Mama pulak lagi jadi kelam kabut bila makcik call beritahu ayah lang nak datang..ni dah pukul 12 tengah hari, nanti nak balik masak lagi, nak packing untuk abang gi jamboree lagi...hahaha.


Ayah pun naik marah, sepatutnya klinik tu kena call la kami bila lagi sejam nak sunat ke..macam klinik yang sunatkan abang im dulu..tak payah abang im tunggu lama..setengah jam jer..tak le jadi tak tentu arah.

Apa-apa pun proses khatan berjalan lancar, azri tak nangis.. budak berani.

Cuma ada la nangis sikit masa cucuk dan masuk ubat bius tu..bila doktor tanya rasa macam mana..azri jawap rasa macam korek telinga, tergelah doktor tu, doktor tu kata first time dengar budak bersunat kata rasa macam korek telinga.

Hampir 30 minit siap lah sunat  dan balut pastu kami pun balik.

Sampai rumah hampir pukul 1 tengah hari, mama pun kelam kabut stat masak dengan makcik..sambil tu buatkan  milo untuk azri..macam robot mama kami.

Lunch hari tu meriah la , ayah lang , kak Lisa dengan abang ham pun ada..makan ramai-ramai.

Azri paling special la.. makan bersuap.

Bila lagi peluang nak manja-manja kan.


Azri tak nak baring dengan kain tergantung macam budak-budak lain bersunat, azri lebih selesa duduk bersandar macam ni sambil main game .

Hari ni hari ke tiga, jalan pun dah laju.

Kami tinggal bertiga je hari ni, ayah dah pergi kerja dan abang pun dah pergi jamboree.

Rindu kat abang besar.

Malam tadi masa tengah tidur, ikatan kain terbuka..azri boleh bangun sendiri dan berjalan ke bilik ayah suruh ayah ikatkan gantungan kain tu. Mama kata kenapa kejutkan ayah, kenapa tak kejutkan mama yang tidur sebelah azri tu. Azri kata ingatkan abang besar yang kat sebelah azri.

Azri lupa pulak abang mana ada kat rumah, abang dah ke Teluk Batik tido dalam khemah malam tu.

Tak sabar nak berjalan dan pakai seluar macam biasa

-3 boys -

Monday, 17 November 2014

Minggu terakhir persekolahan

As salam semua,

Minggu ni adalah minggu terakhir persekolahan...like seriously!!!!

Dah nak habis dah tahun 2014 ni rupanya dan tak lama lagi masuklah ke tahun 2015.

Abang besar kami akan melangkah ke Tingkatan 2, Im ke Tahun 5 dan si bongsu Azri akan melangkah ke Tahun 3.

Dah bujang-bujang kami ni kan. 

Dah yang paling best...azri akan masuk jawi tahun ni.

Mama dah book klinik dan hari Ahad minggu depan, azri akan bersunat.

Macam biasa makcik dan ayahcik akan datang memeriahkan suasana disamping memberi semangat kepada azri. Mama kami pun akan bercuti la seminggu untuk menjaga azri dalam pantang.

Kali ni mama pastikan cara sunat yang moden, pakai laser.

Dah serik pakai cara lama masa im dulu, ayah sampai naik pitam tengok darah banyak keluar pastu kena jahit lagi...nak jaga luka  yang berjahit tu pun leceh la jugak.

Kalau pakai laser macam masa abang besar dulu, senang sikit.....darah tak banyak dan luka cepat kering.

Mama memang jaga pantang la..nampak gaya azri makan ikan aje la seminggu tu...tak dapat la makan kicap...habis la kurang selera mat kicap tu.

Abang besar kami akan sertai Perak International Jamboree 2014 nanti.mama kata nanti buat kat Telok Batik. 

Abang akan berada kat sana selama 7 hari 6 malam..alahai rindu la pulak kami kat abang nanti....kami ni mana pernah berpisah lama-lama dengan abang besar kami tu...jangan kata dengan abang besar kami, kami bertiga memang tak pernah berenggang lama-lama..rinduuuu


Mama pun sebenarnya agak risau nak lepaskan abang besar kami jauh-jauh..anak manja katanya.

Tapi ayah kami kata kena bagi abang besar kami tough sikit..manja sangat nanti spoiled. Bagi kuat sikit badan abang tu supaya tak la selalu kena lelah.

Weekend lepas sibuk lah kami ni gi barang-barang keperluan abang..setakat ni mama masih belum beli kasut sukan, seluar track dengan tempah nametag abang.hmm barang-barang makanan pun belum beli lagi ni.

Abang akan bertolak hari isnin nanti ..berkumpul kat Stadium Paroi..masa tu nanti azri dah tak leh gerak kemana-mana..baru lepas sunat kan.

Apa-apa pun kami berharap abang kami selamat pergi dan selamat kembali..nanti kami tumpang ceritakan pengalaman abang berjamboree kat diari kami ni nanti.

Eh jangan lupa jugak doakan azri tak buat hal masa bersunat nanti..setakat hari ni nampaknya macam azri dah pasrah yang dia akan bersunat..dah ready katanya tapi tak tau la kot masa kejadian nanti , berubah fikiran pulak..hihihi harap tidak lah.

Cuti sekolah panjang nanti memang kami tak de plan nak jalan-jalan... cuaca pun tak bagus.

Hujan tiap-tiap hari, nak gi Cameron, ada tanah runtuh..takut la pulak.

Mama kata kita buat trip ke perpustakaan aje la cuti sekolah nanti..plannya nak pergi selang sehari...dan library visit pulak selang sehari tu baca buku-buku cerita aje dan berselang dengan baca buku teks untuk tahun depan.

Harapnya plan  ni jadi la kenyataan.

Mama dan ayah kata nak jalan-jalan nanti tahun depan lah....bila cuaca dah baik ..mungkin nak ajak ayahcik dan makcik gi Cameroon.

Mama pulak dah lama nak bawak kami naik flight...teruja juga kami walaupun azri paling kuat membantah...takut jadi macam MH 17 kata nya..hai  macam-macam .

Ok tu je ..setakat kali ni..

Harap nya rajin lah kami memcatat di diari ini.

-3 boys -