Tuesday, 8 July 2014

Diari Ramadhan 1435: Minggu ke 2- World Cup yang tak macam World Cup

Salam Selasa @ 10 Ramadhan.

Scor kami setakat ini : Abang besar - 8 hari, Im -8 hari, Azri-2 hari .

Puasa tahun ini dimeriahkan lagi dengan World Cup 2014....kami memang minat tengok bola tapi yang tak bestnya...kali ni kami tak dapat pun tengok bola.

Nak tau kenapa?

Mama dan ayah dah tension dengan Astro, asyik repeat cerita jer, lalu tamatkan Astro dan bertukar la kepada Unifi.

Happy sebab internet laju giler.

Tak happy sebab Hypp TV ..chanel dia macam #**%#%!!!

Sangat-sangat membosankan dan kami rindu kepada Astro semula..wawawa.

Dan yang lagi sedih, time musim bola ni ..sepatutnya kita dapat tengok bola live dari TV1 dan TV2 ...patutnya happy la kan..rupanya si TM Unifi beruk ni...dia kata dia tak de right la apa la..gasaknya bila time live lawan bola, dia pergi letak movie melayu bodoh-bodoh kat TV1 dengan TV2 ...what the fish sangat kan.

Mama kata World Cup kali ni cipta sejarah dimana satu biji bola pun mama tak nampak dalam TV...TAPI.......ayah kami pandai..

Ayah dok search sana, search sini...akhirnya dapat juga kami tengok bola live ...secara online .

Tapi banyak la kerjanya ..nak sambung kabel itu, kabel ini dari laptop ke TV ..jadi lah dari takde kan.

Heeee..memang rasa macam nak campak jer Unifi ni...tapi internet laju la pulak.

Sejak ada Unifi ni , baru kami perasan yang kami dah jarang-jarang sangat tengok tv..seriously rancangan tv adalah BOSAN!!!

So kalau ada sapa-sapa nak pasang Unifi tu....tak payah pasang!

Ambik je pakej Streamyx yang laju dan teruskan dengan Astro.

Lepas sahur kami tak de rancangan tv nak tengok pun..jadi lepas makan kami terus tidur ....atau pun kalau abang , main game....kalau dulu ada jugak tengok riwayat Kamil ker kat Astro Ria ..atau pun cerita-cerita P. Ramlee kat Astro Mustika ker....sekarang tiada lagi.

Eh! jangan kata kami promote Astro pulak..no..no..no

Hahaha..

Apa nak berbuka ye hari ni?

Bihun tomyam dah, yong tau foo dah, bakso dah, soto dah, mee goreng dah, mee kari dah, apa lagi yek???

Mama kami pun dah takde idea nak masak apa...

#saynotobazarramadhan??

Oh tidak!! Bazar Ramadhan setahun sekali ajer...mana boleh dilepaskan kemeriahan bazar ramadhan..

Biarla orang lain tak gi bazar ramadhan...tak pe...kami mesti pergi.

Mama kami dah masak lauk utama dan hidangan utama berbuka..kami ke bazar mesti nak cari kuih-kuih dan air-air.

Tak tahan woo tengok air-air berbagai warna dan rasa....kalau beli kat bazar ramadhan stadium Paroi atau kat pasar Ampangan, jangan risau...air-air dan makanan confirm sedap dan berperisa..tak basi, tak berbau.

Mama kami dah 7 tahun duk menabur duit kat bazar ramadan Ampangan..dah ofis dia dekat sana kan...memang sedap dan berbaloi. 

Pada kami tak salah kalau berbelanja kat bazar ramadhan,..asalkan tak membazir.

Alhamdulillah kami masih dapat kawal selera gorilla kami..beli apa yang perlu aje.

Mama...nak buka apa hari ni ma????

-3 boys -

No comments: