Azri berjaya puasa penuh selama 4 hari..yeeaaa
Abang besar dan im masih steady.
Hari pertama azri kecundang sebab tak tahan nampak keropok sayur yang kalerful tu, terus bukak bekas dan makan.
Hari pertama sahur kami hanya kami berempat saje, ayah outstation kat Kuching, kesian ayah sahur sorang-sorang jer kat hotel kat Kuching.
Pukul 4.30 petang baru ayah sampai rumah, hari pertama tu mama kami masak laksa penang, ikan tenggiri masak kicap. Pkl 5.30 petang, mama dan ayah gi bazar ramadhan paroi sebab im teringin nak minum air kathira, beli 2 bungkus, harga air dah naik , sekarang rm3 satu bungkus.
Bersesak-sesak kat bazar ramadhan hanya untuk beli air kathira 2 bungkus!!....bagus tak membazir kan.
2 Ramadhan (Jumaat)
Berkat tazkirah jumaat oleh ustazah kelas azri, azri berazam untuk puasa penuh hari tu.
Hari tu abang besar sorang je yang pergi solat jumaat, im dan azri tak nak pergi sebab takut letih , lagipun cuaca berdenting punya panas.
Jemput abang dari masjid, ada pulak yang terlupa, ajak gi speedmart beli ais krim..sabo je ler..pastu eh!! aji lupa la, puasa hari ni
Petang tu mama suruh aji tido kalau letih, tapi larat pulak tu mengadap game online berjam-jam.
Menu berbuka kami hari tu, mee kari, daging black pepper dengan air asam boi bazar ramadhan...sekali lagi bersesak-sesak kat bazar ramadhan paroi hanya untuk beli air asam boi se bungkus...terror kan?..jelas menunjukkan ayah mempunyai tahap kesabaran maksima.
3 Ramadhan (sabtu)
Hari cuti paling best sebab lepas solat subuh boleh tido balik...ambik ko..pukul 9 pagi baru rumah kami bernyawa.
Kami lepak kat rumah jer, mama dan ayah keluar beli mentol la, pastu gi mydin beli barang-barang keperluan rumah
Sempat tu gi Celcom tukar plan, plan RM38 tu dgn 3 gb data plan, semua phone line tukar plan tu..ayah kata selagi boleh berjimat,kita berjimat la.
Menu berbuka kami , ni pilihan ayah, murtabak beli untuk cicah dengan kuah kari semalam. mula tu beli murtabak kat bazar ramadhan paroi, rm3 sekeping, mama beli 3 tapi mama kata murtabak tu nipis sangat, tak cukup untuk kami berlima
Ayah dah bising, kenapa tak beli 4 keping, beratur punya la panjang, mama kata ralat , mahal sangat, no choice , ayah gi restoran mamak kat tasik jaya lama tu beli 2 keping lagi murtabak, harga RM11.
Tu dia ,,makan murtabak nilai RM20 baru cukup untuk kami sekeluarga..mama kata tak berbaloi, lain kali mama kata buat sendiri je murtabak, bukan susah sangat pon.
4 Ramadhan (Ahad)
Tak pergi langsung bazar ramadhan, tak membazir beli makanan mahal tapi tak berapa sedap, menu hari ni, mama kami masak bihun goreng basah, ayam masak kicap...cukup Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga
Air pulak, mama bancuh jer air tropika sunquick tu pastu ayah beli air soya kotak
Cukup la tak perlu berlebih-lebihan makan di bulan puasa, ayah kami kata bulan puasa bukan bulan pesta makanan, dikurniakan kesihatan yang baik pun dah cukup bersyukur.
Dan hari ni, hari ke 5 puasa, kami semua lambat sampai sekolah tadi, pak guard sekolah abang la punya salah, kami sampai gate belakang tepat pukul 7.19 , tengok2 dia dah tutup gate padahal pukul 7.20 baru tutup gate.
Dah la mama kami kena pusing semula gi gate depan, sudahnya kami semua terlambat dan semua kena ambik nama hari ni..lantakk!!
Mama kata untuk berbuka nak masak pasta, dan lauknya pulak kari ikan, simple asalkan kenyang sudah.
Harap azri dapat la puasa penuh tahun ini, makcik dah pesan kat azri untuk lawan godaan syaitan, mama pulak kata yang penting solat, puasa tu latihan sebab kami belum baligh lagi
Abang im kena marah sebab semalam miss solat zohor dan solat asar sekali, mama kata patutnya abang im tahu sendiri waktu solat, azri pun naik takut, senyap-senyap gi solat.
Ok tu je, nanti kami bercerita lagi

-3 boys -
No comments:
Post a Comment