Thursday, 2 October 2014

You must be kidding me!!

Salam Khamis @ 2 Oktober, 2014

Masuk sahaja bulan Oktober , bermakna lagi 3 bulan tamat la tahun 2014.

Macam tak percaya je...cepatnya masa berlaku.

You must be kidding me!!..itu adalah kata-kata ayah kami yang diulangnya berpuluh kali masa kami pergi makan kat satu restauran kat Pusat Bandar Senawang.

Sebabnya ...makanan kat situ tak sedap, pedas sangat dan mahal sangat tapi orang datang bertali arus nak makan kat situ.

Setiap kali ayah nampak orang masuk kedai nak makan, ayah kata you must be kidding me..hairan sebab kenapa mereka suka makan kat sini..makanan tak sedap dan mahal sangat, harga macam caj kat hotel.

Ayah kami memang seorang yang sangat cerewet tentang makan....tapi hanya tentang makan kat luar saje la tapi kalau makan kat rumah, apa je yang mama masak, ayah kami tak pernah komplen, makan aje...tu yang buat mama kami sayanggggg sangat kat ayah kami tu.

Sejak mama kerja sendiri ni, kami jarang makan kat kedai. 

Tapi sekali-sekala , mama ajak juga makan kat kedai, nak tukar selera ...tapi itu la, susah betul nak cari kedai makan yang betul-betul menepati selera ayah kami. Dulu ada kedai I One kopitiam kat lavender height tapi sekarang dah tutup...susah betul cari tempat makan.

Sekarang ni kedai yang selalu jadi pilihan kami hanyalah RK satay je...setakat ni semua sedap la. Dulu kami selalu makan kat restoran Cina Muslim kat Lavender Height tu tapi lepas tu dia tukar tuan kedai, tak sedap langsung, kami pun dah tak pergi makan kat sana dan sekarang tutup terus kedai tu.

Disebabkan itu la kami ni selalu makan kat fast food aje setiap kali kalau nak makan luar.. walau pun mama kami tak suka tapi biasanya mama folllow aje.

Hari Ahad ni raya Haji...kami akan balik rumah tokbah untuk raya haji ni..mama kami ambik kontrak masak ayam beriyani.. makjah pulak nak buat lemang..ayoo makan aje la..habis lah naik darah tinggi mama kami tu.

Ok la ...kami tak takde apa nak cerita ....kehidupan macam biasa...cuma malam tadi heboh betul pasal minyak naik 20 sen.. mama dah bising suruh abang besar belajar rajin-rajin .Mama kata nak hantar dan jemput abang ke KGV Menengah tu sangat jauh..isi minyak RM40 tahan 2 hari jer.

Jadi abang kena la belajar betul2 supaya kos minyak hantar abang ke sekolah berbaloi..hahaha.tension je abang kami. 

-3 boys -

No comments: