Ingat tak peristiwa kami ter-miss The Miz @ Paradigm Mall tu?
Well , kekecewaan dan air mata abang besar yang tumpah tu telah mendapat liputan luas..dan meraih simpati banyak pihak.
Maktom dengan baik hati menawarkan diri untuk mengubat kekecewaan kami dengan hasrat nak belanja kami tiket untuk tengok WWE Live in Malaysia!!!..up to three tickets maktom tawarkan..Yahoooooo!!!!
OK ..tak kan 3 je yang pergi kan, jadi ayah pun beli 2 tiket lagi ..maktom belanja RM600 dan ayah belanja RM400..semua RM1 ribu!! mak aii mahalnya..itu pun tiket yang kedua murah, agak jauh dari Ring.
Once in a lifetime chance katanye.
Setelah menunggu dengan lama, kini tiba masanya , malam ni kami akan ke sana.
Stadium Tertutup Bukit Jalil, Mu tunggu kami datang!!
Walaupun kami tak dapat pergi untuk show esok , yang merupakan kemuncaknya , tapi kami dah cukup bergembira dan bersyukur..dapat juga peluang tengok secara live, Big Show, John Cenna, The Miz, dan ramai lagi walaupun kami dapat tengok mereka ni sebesar batang mancis sahaja....hahaha.
Tak sabarnya nak tunggu petang nanti cuma masalah nya dengan Azri la...biasalah kan kalau dah hampir time bersunat tu, datang la masalah nak buang air kecil aje....macam azri, sampai je satu-satu tempat tu, sibuk nak buang air kecil pastu bila gi kencing, yang keluar sikit aje.
Jadi bagaimanakah hari ni, yang shownya 2-3 jam, stat pukul 7 petang nanti. pakaikan pampers kah?
Mama dah warning azri, nanti masa show orang sangat ramai dan toilet susah nak cari, so pilihannya tahan kencing atau kencing aje dalam seluar, uhh marah betul azri.
Tapi kami yakin, keterujaan itu akan membuat kami semua termasuk azri sampai lupa nak kencing, nak makan dan nak apa semua.
Harap semua berjalan lancar.
Nanti kami cerita ye pengalaman kami..harap tiada masalah timbul..kami sekeluarga memang tak pernah pergi tempat yang pastinya amat sesak tu, tahu aje ayah kami kami, mana suka tempat orang ramai-ramai, mama la yang lagi risau, sibuk semua benda nak fikir, kalau lapar cemana?, kalau nak kencing cemana? adoilaaa
No comments:
Post a Comment