Friday, 28 November 2014

Tak sabar tunggu abang balik

Salam Jumaat,

Hari ni hari ke 6 azri bersunat, masih belum berani pakai seluar.

Hari ni juga hari ke 5 abang pergi jamboree, lagi 2 hari lagi abang besar balik, tak sabar tunggu abang balik , rindu kat abang walaupun abang besar kuat menyakat kami.

Abang bertolak ke Telok Batik hari isnin hari tu, mama dan ayah hantarkan.

Ikut jadual , semua kena berkumpul kat stadium paroi pukul 7 pagi dan bas akan bertolak pukul 8 pagi..tapi rupa-rupanya masa tiba di sana, pegawai jambori beritahu kena tunggu semua 5 bas sampai untuk berkonvoi ke Telok Batik.

Peserta dari Negeri Sembilan ada hampir 200 orang dari berbagai sekolah dari PD, Rembau, Jempol pun ada.

Sudahnya pukul 9.40 baru bas bergerak.

Mak dan ayah pun dah tak tahan lapar, gerak balik dulu dalam pukul 9 lebih, bai- bai kat abang..dan balik sarapan dengan makcik.

Pukul 9.50 abang sms kata dah sampai highway. 

Pukul 5 petang, abang sms beritahu dah sampai tapi lepas tu terus terputus hubungan..mama hantar wassap tak berjawab, hantar sms pun tak berjawab, call pun tak berjawab

Nak lagi best,  petang tu sampai ke malam hujan lebat.

Mama dah tak senang duduk, risau mengenangkan abang tidur dalam khemah dalam hujan lebat pulak tu, basah ke dalam khemah?, selesa tak agaknya.?

Mama kata malam tu mama asyik teringatkan abang ajer.

Esoknya dalam pukul 1 tengah hari, mama try call abang dan abang jawab call tu..wah happy betul mama kami, abang kata tempat mandi disediakan tapi kena mandi ramai-ramai, nasib baik ada bawa swimming short.

Khemah ok, tak basah, nyamuk tak de tapi malam-malam panas berkuap.. tapi boleh la tidur. Tandas pun banyak disediakan.

Lega rasanya dah dapat berita dari abang.

Hari Rabu waktu maghrib, abang call mama guna hp senior dia, abang kata hp abang tak de line, abang kata semua ok, sihat tak lelah..happy je dengar suara abang..lega mama kami.

Semalam hari khamis, ayah kata abang call ayah masa ayah dalam train...tak berapa dengar tapi yang pasti abang kata abang dah buat persembahan tarian tu cuma tunggu result jer..lain-lain semua ok.duit belanja ada lagi rm70 lebih.

gambar google

Agaknya camni la rupa tapak perkhemahan abang kat telok batik tu. 

Hari Ahad nanti abang besar kami balik, tak sabar rasanya , rindu dah kami kat abang besar kami yang kuat membuli dan menyakat tu.

Ni cerita budak bersunat.

Azri ni jenis penakut, memang dia tak kasi pegang, usik langsung tempat sunat tu..habis bila lepas buang air, renjis-renjis air jer, nasib baik la berbalut , tak la sakit terkena kain atau terkena air.

Hari Rabu lepas mama bawa ke klinik , nak buka balutan dan cuci luka.

Masa kat klinik, ada ramai jugak budak nak bersunat, datang semula ketakutan si azri ni, padahal mama kata azri dah lepas dah benda besar, ni tinggal nak buka balut dan cuci aje.

Punya takut, masa panggil nama masuk dalam bilik nak buka balutan , dah menangis dah..susah betul nak suruh dia baring.

Baring aje dah menangis-nangis. buka je balutan , menjerit-jerit sakit...kesian azri.

Hari ni azri dah ok..malam tidur pun dah mengereng dah, bangun tidur pun dah boleh turun sendiri.


Dah dapat Neft Mega.

Pakai kain batik mama sebab kain batik kecik sikit, tukar-tukar dengan kain pelikat kecik yang mama beli kat Bandung tu.

Nak mula komplen jemu makan ikan..dah request nak makan Kfc bila luka dah elok nanti.

-3 boys -

Tuesday, 25 November 2014

Si bongsu masuk jawi

As salamualaikum semua,

Sekarang dah cuti sekolah.

Bila musim cuti sekolah, ramai lah yang berkhatan, termasuklah adik bongsu kami Azri.

Mama booking azri khatan kat Klinik Penawar Ampangan..dekat jer dengan rumah, dapat tarikh khatan hari Ahad, 23/11/2014..disuruh datang pagi dalam pukul 8.

Permintaan Azri nak makcik dan ayahcik datang bagi moral support, maka petang sabtu lepas Asar, makcik dan ayahcik pun sampai dan kami pun makan malam beramai-ramai dengan seronoknya.

Pagi Ahad tu mama kami bangun pagi-pagi dan masak sarapan kegemaran Azri iaitu nasi lemak..lepas sarapan beramai-ramai, mama, ayah dan azri pun bertolak lah ke klinik dengan penuh debaran.

Abang besar dan abang im duk kat rumah aje lah...makcik dan ayakcik ada temankan.



Muka gabra dan redha dalam terpaksa.

Seminggu sebelum khatan ni, tetiba azri mengumumkan bahawa dia nak senapang Nerf Mega macam dalam gambar ni.


Ayah kami hairan lah sebab tak de dalam perjanjian azri dapat upah apa-apa lepas khatan..abang besar dengan abang im pun tak dapat apa-apa untuk khatan...mana ada upah untuk orang berkhatan kan

Hari-hari azri menyebut lepas sunat nak beli pistol nerf..ayah buat diam ajer.

Ok, berbalik kepada hari berkhatan..dalam kereta azri senyap sunyi ..takut tapi bila mama kata kalau berani dan tak nangis nanti mama dna ayah belikan nerf mega, baru la ceria.


Haa macam ni la good boy!!

Sampai klinik hampir pukul 9, memang dah terlambat pun....tengok-tengok dah ramai budak-budak bersunat dah datang, kira azri dapat no. 9..second last.

Merasa la menunggu lebih 3 jam kat klinik.dari tenang terus jadi gabra.

Mama pulak lagi jadi kelam kabut bila makcik call beritahu ayah lang nak datang..ni dah pukul 12 tengah hari, nanti nak balik masak lagi, nak packing untuk abang gi jamboree lagi...hahaha.


Ayah pun naik marah, sepatutnya klinik tu kena call la kami bila lagi sejam nak sunat ke..macam klinik yang sunatkan abang im dulu..tak payah abang im tunggu lama..setengah jam jer..tak le jadi tak tentu arah.

Apa-apa pun proses khatan berjalan lancar, azri tak nangis.. budak berani.

Cuma ada la nangis sikit masa cucuk dan masuk ubat bius tu..bila doktor tanya rasa macam mana..azri jawap rasa macam korek telinga, tergelah doktor tu, doktor tu kata first time dengar budak bersunat kata rasa macam korek telinga.

Hampir 30 minit siap lah sunat  dan balut pastu kami pun balik.

Sampai rumah hampir pukul 1 tengah hari, mama pun kelam kabut stat masak dengan makcik..sambil tu buatkan  milo untuk azri..macam robot mama kami.

Lunch hari tu meriah la , ayah lang , kak Lisa dengan abang ham pun ada..makan ramai-ramai.

Azri paling special la.. makan bersuap.

Bila lagi peluang nak manja-manja kan.


Azri tak nak baring dengan kain tergantung macam budak-budak lain bersunat, azri lebih selesa duduk bersandar macam ni sambil main game .

Hari ni hari ke tiga, jalan pun dah laju.

Kami tinggal bertiga je hari ni, ayah dah pergi kerja dan abang pun dah pergi jamboree.

Rindu kat abang besar.

Malam tadi masa tengah tidur, ikatan kain terbuka..azri boleh bangun sendiri dan berjalan ke bilik ayah suruh ayah ikatkan gantungan kain tu. Mama kata kenapa kejutkan ayah, kenapa tak kejutkan mama yang tidur sebelah azri tu. Azri kata ingatkan abang besar yang kat sebelah azri.

Azri lupa pulak abang mana ada kat rumah, abang dah ke Teluk Batik tido dalam khemah malam tu.

Tak sabar nak berjalan dan pakai seluar macam biasa

-3 boys -

Monday, 17 November 2014

Minggu terakhir persekolahan

As salam semua,

Minggu ni adalah minggu terakhir persekolahan...like seriously!!!!

Dah nak habis dah tahun 2014 ni rupanya dan tak lama lagi masuklah ke tahun 2015.

Abang besar kami akan melangkah ke Tingkatan 2, Im ke Tahun 5 dan si bongsu Azri akan melangkah ke Tahun 3.

Dah bujang-bujang kami ni kan. 

Dah yang paling best...azri akan masuk jawi tahun ni.

Mama dah book klinik dan hari Ahad minggu depan, azri akan bersunat.

Macam biasa makcik dan ayahcik akan datang memeriahkan suasana disamping memberi semangat kepada azri. Mama kami pun akan bercuti la seminggu untuk menjaga azri dalam pantang.

Kali ni mama pastikan cara sunat yang moden, pakai laser.

Dah serik pakai cara lama masa im dulu, ayah sampai naik pitam tengok darah banyak keluar pastu kena jahit lagi...nak jaga luka  yang berjahit tu pun leceh la jugak.

Kalau pakai laser macam masa abang besar dulu, senang sikit.....darah tak banyak dan luka cepat kering.

Mama memang jaga pantang la..nampak gaya azri makan ikan aje la seminggu tu...tak dapat la makan kicap...habis la kurang selera mat kicap tu.

Abang besar kami akan sertai Perak International Jamboree 2014 nanti.mama kata nanti buat kat Telok Batik. 

Abang akan berada kat sana selama 7 hari 6 malam..alahai rindu la pulak kami kat abang nanti....kami ni mana pernah berpisah lama-lama dengan abang besar kami tu...jangan kata dengan abang besar kami, kami bertiga memang tak pernah berenggang lama-lama..rinduuuu


Mama pun sebenarnya agak risau nak lepaskan abang besar kami jauh-jauh..anak manja katanya.

Tapi ayah kami kata kena bagi abang besar kami tough sikit..manja sangat nanti spoiled. Bagi kuat sikit badan abang tu supaya tak la selalu kena lelah.

Weekend lepas sibuk lah kami ni gi barang-barang keperluan abang..setakat ni mama masih belum beli kasut sukan, seluar track dengan tempah nametag abang.hmm barang-barang makanan pun belum beli lagi ni.

Abang akan bertolak hari isnin nanti ..berkumpul kat Stadium Paroi..masa tu nanti azri dah tak leh gerak kemana-mana..baru lepas sunat kan.

Apa-apa pun kami berharap abang kami selamat pergi dan selamat kembali..nanti kami tumpang ceritakan pengalaman abang berjamboree kat diari kami ni nanti.

Eh jangan lupa jugak doakan azri tak buat hal masa bersunat nanti..setakat hari ni nampaknya macam azri dah pasrah yang dia akan bersunat..dah ready katanya tapi tak tau la kot masa kejadian nanti , berubah fikiran pulak..hihihi harap tidak lah.

Cuti sekolah panjang nanti memang kami tak de plan nak jalan-jalan... cuaca pun tak bagus.

Hujan tiap-tiap hari, nak gi Cameron, ada tanah runtuh..takut la pulak.

Mama kata kita buat trip ke perpustakaan aje la cuti sekolah nanti..plannya nak pergi selang sehari...dan library visit pulak selang sehari tu baca buku-buku cerita aje dan berselang dengan baca buku teks untuk tahun depan.

Harapnya plan  ni jadi la kenyataan.

Mama dan ayah kata nak jalan-jalan nanti tahun depan lah....bila cuaca dah baik ..mungkin nak ajak ayahcik dan makcik gi Cameroon.

Mama pulak dah lama nak bawak kami naik flight...teruja juga kami walaupun azri paling kuat membantah...takut jadi macam MH 17 kata nya..hai  macam-macam .

Ok tu je ..setakat kali ni..

Harap nya rajin lah kami memcatat di diari ini.

-3 boys -

Wednesday, 5 November 2014

Pergi kenduri kahwin makan McD

Kenapa makan McD?

Bukan sebab lauk kenduri tak sedap..nahi..nahi....

Bukan sebab kami sesat tak jumpa rumah kenduri pastu terus detour cari McD..tak...tak....

Bukan sebab lauk kenduri dah habis ..tak, tak....lauk kenduri sangat sedap dan kami dapat tapau lagi.

Ceritanya gini, hari jumaat lepas, wan ngaji kami buat majlis khatam quran, kami dapat sorang satu satu bungkus pulut kuning dengan sambal tumis..marveles....feberet kami tu.

Malam tu azri dan im makan pulut tu aje, tak makan yang lain.

Esoknya mama buat breakfast nasi lemak, lepas makan im mengadu sakit perut...gi la buang air besar.

Lepas siap semua, kami pun bertolak la ke KL, nak ke jemputan majlis kawin anak kawan ayah.

Bertolak hampir pukul 12 camtu, ayah guna waze, nak elak jem sebab malam nanti ada final bola JDT lawan Pahang...ayah ikut Lekas.

Baru je gerak, hujan pun turun selebat-lebatnya dan im pun rasa sakit perut sangat macam kena gastrik, ayah stop kat 7E nak beli 7up atau sprite tapi abang besar berangan, dia belikan revive. Mama bagi im makan Maalox Plus dan minum revive tu.

Tak lama lepas tu im muntah ..sikit aje la, pastu lega.

Sampai je area Cheras, hujan sehujan-hujannya dan jem sejem-jemnya ..masa jem-jem ni lah, im termuntah dengan sangat banyak, 2 kali pulak tu, kali pertama keluar segala isi dalam perut , dan kali kedua keluar air jer, macam paip pecah.

Panik mama , dah la tak de bawa kain buruk ke apa, kena lap dengan tisu aje..habis carpet kereta.

Pastu bau muntah pun menerawang, azri dah tak tahan , pandang luar aje dia.

Dalam pukul 2 lebih, kami pun sampai la area rumah kawan ayah tu, kena parking kat padang, jauh sikit dari rumah kenduri tu.

Masa berjalan ke rumah kenduri, im muntah lagi, melambak la muntahnya.

Dan macam mana nak gi rumah orang kawin ni, nanti muntah depan orang ramai, parah pulak.

Langsung mama suruh ayah je pergi, bawa abang besar dan azri dan mama suruh makan sekali , mama dan im makan kemudian pun takpe, bagi im lega dulu.

Kami kan sehati sejiwa, sorang tak de, tak cukup koram, mana best...abang besar dan azri pun tak lalu nak makan, jadinya kami salam-salam, bagi hadiah pastu balik..tuan rumah bagi juga doorgift..coklat ferero roche dengan tapau lauk kenduri. 

Lepas tu kami pun balik, sambil cari klinik.

Takde pulak nampak klinik, jalan pun jem.

Hampir pukul 3 baru la kami keluar tol sungai Besi, ayo lapar sangat-sangat la, seekor kerbau pun boleh habis makan bila lapar macam ni.

Tapi memandangkan perut im belum stabil, takut  im muntah lagi, ayah bawa gi Mc D jer, order kan im bubur ayam McD.

Dah lama betul kami tak makan bubur ayam McD, sedap gile rupanya...sampai mama kena beli lagi satu bekas large bubur ayam tu.

Ayah kata ni la first time gi rumah orang kawin tapi makan McD, apa-apa pun kesian kat im..sakit perut pastu muntah-muntah lagi..lemah terus im.

Kami sampai jer rumah, im dah lega dah, dah boleh main game.

Mama dan ayah pulak gigih membasuh kereta luar dan dalam..siap sembur perfume lagi bagi wangi. 

Adoi habislah sepanjang hari meredah jem, meredah hujan hanya untuk bagi hadiah dan makan McD aje... hish.

Im pulak terus tobat, tak nak makan pulut lagi..hahaha..salahkan pulut kuning la pulak


-3 boys -