Hari ni 22/4/2015 adalah hari ulangtahun perkahwinan mama dan ayah kami
Yang ke 15
Tapi dugaan yang diberikan oleh Allah, mama dan ayah tak dapat nak celebrate best-best ..sebabnya abang besar kami masuk wad sebab denggi dan azri pun demam sejak semalam.
Abang besar stat demam hari sabtu lepas..weekend tu ayah takde, ayah ikut company trip naik StarCruise...jadi hari sabtu pagi ayah dah ke KLIA nak flight ke Penang, kami tak kemana-mana sebab hari Ahad hari sukan sekolah KGV rendah
Kami tinggal berempat jer kat rumah weekend tu.
Sabtu petang tu abang stat sakit kepala, mama bagi panadol 2 biji dan terus bagi setiap 4 jam sebab badan abang dah stat panas dan kepala dah sakit.
Malam tu abang tak dapat tido...asyik bangun jer kejutkan mama....mengadu macam-macam sakit.
Pukul 1.30 pagi bangun, pastu pukul 2.30 pagi bangun lagi ....last pukul 5.00 pagi bangun lagi...mama kami dah sakit kepala, terus terlajak pukul 6.30 pagi baru terjaga.
Kelam kabut sebab pukul 8 im dan azri dah kena ada kat sekolah ..mama dah rancang nak lepak tengok sukan sampai tamat sebab im masuk perbarisan dan azri masuk lari berganti-ganti.
Dah abang nampak tak larat sangat...terpaksala mama hantar aje im dan azri dan balik semula ke rumah. pastu hantar abang gi klinik ....suhu abang tinggi sangat, dapat la antibiotik.
Hari isnin , im dan azri cuti peristiwa sempena sukan, ayah kami gi kerja macam biasa. Abang tak larat nak ke sekolah sebab masih demam.
Hari tu abang masih demam , tinggi suhu dan sendi-sendi dan kepala pun sakit-sakit..mama dah risau.
Malam tu im dan azri tido cepat sebab esok sekolah, tengah-tengah malam azri terjaga pastu menangis mengadu sakit kepala, badan pun dah panas.
Tapi mama hantar juga azri ke sekolah sebab mama nak kena teman maktok gi klinik tulang, tapi dah demam, pukul 9 pagi sekolah kgv dah call mama suruh jemput azri. Mama tak dapat la teman kan maktok hari selasa tu, dapat hantar jer pastu terus ke klinik bawa azri dan abang terus.
Kat klinik, demam abang kami masih tinggi, doktor tu terus buat surat rujukan ke hospital dan bagi azri mc 2 hari.
Petang tu ayah kami balik cepat...sama-sama la hantar abang buat ujian darah kat KPJ.....confirm la denggi, kena ka check in malam tu kat kpj.
Lagi haru malam tu mama dgn im aje kat rumah jaga azri, azri demam teruk, tiba-tiba mama perasan badan azri keluar ruam merah-merah dan besar-besar.....tengah-tengah malam tu jugak mama kami kejut im, bawak azri cari klinik 24 jam..terus check darah, palet darah azri pun dah rendah...adoi mak!! kena berjaga-jaga
Makanya hari ini, mama dan ayah kami sibuk bergilir-gilir menjaga 2 orang sakit, sorang kat hospital dan sorang lagi kat rumah.
Tak de makan-makan special, takde kek kek....kesian kan.
Yang ada berbotol-botol air badak dengan air 100plus..hihihi
Tadi azri kena paksa makan habatus sauda...harap esok keadaan abang bertambah baik dan azri juga bertambah sihat.
Ayah kata ini anniversary gift yang paling hebat mama dan ayah dapat....Allah sayang kata ayah..Aminnn