Tuesday, 5 May 2015

Apabila diuji dengan kepayahan

Salam Selasa,


Hari ini hari pertama abang besar dan azri memulakan persekolahan setelah 2 minggu cuti sakit ..kes denggi pertama dalam keluarga kami seseluruhannya.

Abang besar masuk hospital KPJ pada petang selasa 21/4/2015..sejak hari tu mama dan ayah kami berulang-alik dari hospital ke rumah jaga abang...tapi waktu malam abang tido sorang aje la kat bilik hospital tu.

Sementara tu di rumah, demam azri semakin berlanjutan , panas tak turun-turun, mama sentiasa basahkan badan azri dengan tuala lembab.

Sejak hari selasa tu palet darah abang semakin rendah , dari 54 jatuh ke 26 dan akhirnya jatuh ke angka 16 sedangkan bacaan palet normal adalah antara 150-240..jadi dah rendah sangat palet darah abang tu.

Hari khamis , 23 April, abang besar dipindahkan ke wad HDU, (High Dependency Unit)..palet dah rendah sangat jadi doktor kata kena pemantauan teliti. Kali pertama jumpa abang kat HDU, mama kata mama terkejut sebab macam-macam wayar pasang kat abang, siap sambung kat mesin yang bunyi tut..tut..tut.lagi la mama kami sangat-sangat risau.

Tapi herannya ayah kami relax aje...mama gi jumpa doktor sebab risau sangat..hihihi patut la ayah kami relax jer pasal white blood cell abang dah semakin meningkat...maknanya tidak diparas bahaya.

Esoknya , Jumaat 24 April, ayah gi kerja , mama pulak bawa azri gi check darah, sebab azri lemah dan panas tak turun-turun..mula tu gi klinik kesihatan Rasah jer..tengok-tengok orang punya la ramai.

Azri masa tu dah sakit kaki tak leh jalan, minta dokong dengan mama, mama kami kata nak putus nyawa kot mendokong azri, azri kan dah tinggi , setinggi bahu mama, berat boleh tahan pulak tu.

Punya lama tunggu, dah la kejap-kejap text abang tanya khabar dia yang sorang-sorang kat HDU tu..last-last mama decide ambik surat rujukan dari klinik panel dan bawak azri terus ke KPJ untuk check darah.

Lepas jemput im dari sekolah, bagi azri ubat demam, mama tunggu ayah balik dari ofis, ayah sampai jer terus la kami ke KPJ, ayah terus gi wad HDU tengok abang, mama dan im bawa Azri klinik Dr Wilson dan gi check darah.

Seperti yang dijangka , palet darah azri dah sangat rendah 41 jer..dan positif denggi..adoi la kena la azri duduk hospital.

Yang tak bestnya doktor decide nak masukkan azri dalam HDU sebab palet dah rendah , perlu pemantauan rapi...last-last abang besar dengan azri tukar baton la, azri masuk HDU, abang keluar HDU masuk bilik 308 Sri Selasih.

Malam tu mama kami tido hospital la..mama cerita sepanjang malam mama tak dapat tidur, berulang alik tengah-tengah malam kejap kat HDU tingkat 4 kejap kat bilik abang tingkat 3.

Bila tengah-tengah malam, mama cerita tak berani nak guna tangga, sunyi giler lagipun takut terserempak dengan hantu pocong ke, cik ponti,...mama guna lif. takut juga sebenarnya , diri betul2 kat depan pintu lif.

Malam esoknya lagi la mama letih, Azri asyik merengek-rengek aje sebab badan lemah, hati ada bengkak jadi tak selesa, makan tak boleh , asyik muntah ajer, jadi bila dah tengah-tengah malam perut jadi gastrik.

Abang besar pulak kena penyakit tak dapat tido, abang pun kena sakit gastrik juga, perut keras pastu tak selesa nak tido. kejap-kejap abang text mama panggil mama datang bilik..ada sekali tu pukul 3.30 pagi abang call mama suruh teman abang kat bilik, mama pulak mamai-mamai masuk lif terus tekan butang G..pastu terkejut pulak tu apsal lif turun sampai ke G.

Yang nurse kat HDU pun satu penyakit, pantang mama keluar kejap jenguk abang dan pantang azri merengek sikit, dia dah call dah panggil mama...ada sekali tu pukul 4.30 pagi nurse tu call hp ayah panggil suh jaga azri.

Kata nurse hospital bayar , swasta , mahal bayar tapi malas sama jer macam hospital kerajaan...*&^***##@...geram!!

Hari Ahad, palet darah abang dah semakin baik dan abang dah semakin selesa, makan pun dah mula nak ada selera. Azri pulak yang tengah teruk dah la badan rasa tak selesa , lagi wayar-wayar melekat ..mengamuk la azri.

Ada sorang nurse tu kesian kan azri, dia bagi perlepasan untuk azri jalan-jalan, tanggalkan semua wayar dan drip pastu mama bawa azri gi bilik abang bilik 308 dengan wheelchair.



Dua-dua muka keletihan.

Dapat la mama regangkan otot-otot dan bancuh air nescafe. 

Ahad malam isnin tu abang dah dapat tido lena dan tak kacau mama sepanjang malam, jadi malam tu mama teman kan azri sampai la pagi.

Hari Rabu dan Khamis pulak ayah kami out station ke Ipoh ...terpaksa lah ayah import makcik dari kampung untuk kami semua, yang penting untuk masak makanan untuk im yang mengharungi kehidupan berseorangan di luar sana..kesian im!!

Hari isnin ayah kerja jadi terpaksa import makcik untuk datang hari isnin..mama cerita mama rasa sedih sangat dan kesian pada im hari tu..ye la mama , abang dan azri ada kat hospital, ayah gi kerja, im yang sorang-sorang gi sekolah   dah la pukul 11 pagi tu hujan lebat, mama rasa risau sangat im yang berseorangan di luar sana.

Mujur pukul 1.30 makcik datang jemput im dan terus balik rumah.

Hari isnin tu mama lega sikit sebab abang dibenarkan balik rumah dan azri dapat masuk wad biasa. Tapi lama juga la ketiga-tiga kami melepak kat hospital sebab kena tunggu ayah balik dari kerja jemput abang dan tunggu bilik kosong untuk azri. 

Bilik kosong untuk azri lambat gile siap, ayah dengan abang dah sampai rumah dan dah lepak-lepak,  mama dengan azri masih tersadai kat HDU.

Lepas makan malam baru bilik azri siap


  
Dapat bilik 436, wad Sri Angkasa.

Ada satu masalah..cadar adalah cadar Frozen!!

Jadi azri tak nak baring atas katil..nasib baik ada extra selimut dari bilik HDU, mama balut tilam tu dengan selimut sampai tak nampak cadar asal, baru la azri sanggup baring atas katil tu.


Baru la rela baring atas katil tu.


Malam tu azri memang tak dapat tido semalaman..badan tak selesa..merengek aje la sepanjang malam...mama letih sangat dah la dapat roomate yang bising , bertahan aje la.

Hari selasa, palet darah azri dah semakin meningkat, naik ke 106 tapi doktor tak kasi balik, doktor suruh tunggu esok. jadi malam tu ayah datang hantar keta , parking kat KPJ supaya senang mama nak balik sebab esok ayah dah gi Ipoh. 

Esoknya ayah dah gerak ke Ipoh, tinggallah mama dan azri berdua aje kat hospital ..tak sabar-sabar tunggu nak balik.....mama dah siap-siap kemas beg dah.

Result darah siap..Alhamdulillah palet naik 189 , confirm boleh balik.

Tapi nak tunggu bil, ubat, mc itu ini, lambat juga la dapat balik ..pukul 5.30 melangkah lah mama dan azri keluar dari hospital ke parking lot dengan rasa yang amat-amat gembira.


Dapat upah sebab masuk hospital, circuit board Tony Hawk


Ni muka dah tak sabar nak balik


Ni muka sehari sebelum balik, muka dah bosan teramat bosan.

Alhamdulillah kami semua sihat-sihat dan dah boleh mula sekolah.

Hari khamis nanti ada check up dengan Dr Wilson , Abang pulak ada check up dengan Doktor Dato Marina tengah bulan nanti.

Teruknya penangan denggi.

Nak tau berapa bil? ....Bil Abang RM 8,900++, Bil Azri RM7,900++ ..nasib baik semua insuran bayor...ada gst.

Mahal tak??? kalau mahal pak menteri kata gi masuk hospital kerajaan..

-3 boys -

No comments: