Kita kat Malaysia ni memang mengalami summer sepanjang tahun, berangan la nak winter, spring , fall bagai.
Tapi summer kat Malaysia ni unik, summer yang berbagai jenis, ada wet summer, hot summer, dry summer and super hot and dry summer...sorry cakap omputih pulak sebab tak tau nak sebut dlm bahasa melayu.
Sekarang ni sedang super hot and dry summer, kecoh dengan heat stroke sana sini, terbaharu minggu lepas ada 3 pendaki maut semasa mendaki gunung, khabarnya kena heat stroke, ada yg kena heart attack tapi kepanasan melampau boleh trigger simptom untuk serangan jantung.
Kami kat sekolah pun terkesan jugak dengan cuaca panas, sekarang ni semua aktiviti luar kelas dibatalkan. kelas PJ dah tak de, masa PJ kami duduk dalam kelas belajar teori sahaja.
Sekolah abang pun sama , semua aktiviti petang dibatalkan . Pengetua pun tak mahu ambik apa-apa risiko agaknya , dah ada kes kematian jadi sebarang kemungkinan semua dielakkan.
Jadi sekarang ni abang besar memang balik pukul 2.40 setiap hari.
Kelas kafa masih berjalan macam biasa....mama memang pesan kat kami supaya minum air banyak-banyak, setiap hari mama bagi botol air yang penuh dengan air kosong dan kami kena habiskan air kosong tu.
Tapi cuaca panas ni ada juga hikmahnya...memberi rezeki kepada seseorang tu, gerai ice blended tumbuh macam cendawan. sana sini ada gerai ice blended , tak pun gerai air yang letak ais banyak-banyak tu.
Tapi masalahnya diaorang ni jual air-air ni bukannya murah-murah...ada yang sampai RM5 satu bekas, walaupun size cawannya satu trak tapi ais jer yang penuh....sedut 3-4 kali habis dah.
Tu jer la nak cerita.
Kami pun lupa kami ada blog...hihi
Oh ye, kolam mandi kat sekolah abang dah kosong, cikgu dah buang semua air kat dalam kolam tu, memang dalam giler kolam tu.....bahaya juga kalau ada sapa-sapa jatuh pulak dalam kolam tu..air takde, jatuh terus terhempas kat simen...hish moga dijauhkan.
Mama kami sekarang sibuk nak jual coklat, hari tu pergi kursus buat coklat kat Lembaga Koko. Nanti coklat siap, kami tayang-tayang di sini.
Chow..
-3 boys -