Thursday, 16 June 2016

Ramadhan ke 11 , 1437H

Salam Hari Khamis,


Sungguh cepat masa berlalu sehingga tak sedar dah berbulan-bulan kami tak menjengah ke sini.

Sungguh cepat masa berlalu sehingga tak sedar hari ni dah hari ke 11 kita semua berpuasa. Alhamdulillah kami sekeluarga sihat-sihat sahaja dan boleh menjalani ibadat puasa dengan baik.

Seperti ramadhan yang lepas, mama la yang kena fikir apa menu berbuka dan bersahur kami. Memang jem otak nak memikir menu makanan. setakat hari ni kami dah berbuka dengan mee kari, mee sup, spagetti, chicken cop, bihun goreng dan banyak lagi la.

Alhamdulillah semua tu mama masak sebab harga makanan kat pasar ramadan adalah super mahal.

Setakat hari yang ke 11 ni baru 2 kali kami pergi pasar ramadan, beli air, kuih-kuih jer dah cecah RM10..mahal tu..kalau kami beli lauk-lauk lengkap satu meja , mesti cecah RM50 punya. Satu lagi, belum tentu makanan dibeli tu sedap, frust jer bila tak sedap tapi mahal. 

Azri kali ni nak cuba puasa penuh 30 hari tapi malangnya salah makan kot azri kena  gastrik, ni dah 3 hari tak boleh puasa, doktor pun tak bagi puasa, ala kecik lagi doktor kata. Sebenarnya mama dan ayah tak pernah paksa azri atau im puasa, selalu jer ingatkan kalau letih berbuka la tapi kami sendiri yang nak teruskan puasa sampai lengkap sehari, challenge untuk diri sendiri.

Mama dan ayah masih lagi bagi upah RM5 untuk setiap hari kami dapat puasa penuh, tapi hanya untuk kami yang belum baligh ni la, untuk abang yang dah baligh memang tak de upah apa2 sebab pahala Allah bagi lagi tiada tandingannya.

Tahun ni giliran kami semua beraya kat Jasin, pada kami beraya kat mana-mana pun sama, masih seronok dan meriah cuma kalau beraya kat jelebu lagi best la sebab ramai kazen-kazen, mama pun lagi suka sebab kalau kat jelebu, mama tak penat sangat sebab ramai bibik-bibik.

Baju raya semua dah beli, lega sebab kami tak suka bershopping semasa berpuasa, perut lapar, cepat naik darah..kihkih

Ok , tu jer nak cerita ...masih tak de idea apa nak tulis di diari kami ni.

Nanti kami sambung ye


-3 boys -