Rasanya masih belum terlambat nak bercerita tentang syawal ..hari ni pun baru 17 syawal, mood hari raya masih on lagi.
Hari raya kami tahun ini giliran di kampung ayah, kampung chin chin, rumah makcik kami. Awal puasa lagi makcik dah beritahu kemungkinan besar makngah dan 2 anaknya akan berhari raya bersama-sama dikampung, ok la tu kami pun seronok, ramai-ramai meriahlah.
Ayah pun seronok , tak kisah dengan syarat bilik untuk kami sekeluarga available, makcik kata jangan la risau, bilik tu memang bilik ayah kami sejak kecil, mesti lah bilik tu available untuk kami sekeluarga.
Jeng....jeng..jeng.. 3 hari sebelum raya kami dikejutkan dengan berita semua anak-anak makngah dan cucu-cucu beliau akan beraya bersama-sama nanti dan dikhabar kan mereka akan memenuhi setiap ruang yang ada di rumah makcik....termasuk bilik eklusif ayah!!
Tiada pilihan terpaksalah ayah kami cari hotel, mula tu mama kami bising juga, sepatutnya diaorang la yang kena cari hotel, tu kan memang rumah ayah dan mama kena ada untuk tolong makcik masak.
Ayah takmo bising-bising , cari la hotel, dah last minute semua hotel kat jasin penuh, tiada pilihan lagi terpaksa cari hotel kat melaka la gamaknya. Nasib baik ayah teringat Makteh kami kan kerja kat hotel, maka dapatlah kami apartment hotel satu bilik dengan harga staf...RM150 satu malam.
Ayah terus book 3 malam , memang tak de ruang untuk kami bermalam di kampung, redha aje la duit terbang beratus-ratus.
Kami pun pujuk hati , kira ada kelainan la raya tahun ni, pagi raya nanti boleh rasa pengalaman solat raya kat Masjid Besar, selama ni solat raya kat masjid kecik chin chin tu dan surau Rumah Murah Petaling jer. * dalam hati merajuk sebenarnya kihkih.
Hari selasa 30 Ramadhan tu kami balik ke kampung singgah hotel dulu untuk check in, Hotel ni namanya Best Western..hotel baru jadi apartment nya sungguh selesa dan cantik.
Apartment satu bilik dengan sofa bed, sungguh selesa untuk kami berlima.
Pintu kat belakang sofa bed tu pintu sliding bilik tido, luas lengkap dengan dapur cuma tak leh masak la.Hari selasa 30 Ramadhan tu kami balik ke kampung singgah hotel dulu untuk check in, Hotel ni namanya Best Western..hotel baru jadi apartment nya sungguh selesa dan cantik.
Apartment satu bilik dengan sofa bed, sungguh selesa untuk kami berlima.
Petang tu kami gi ke rumah makcik, rumah makcik memang fullhouse, penuh disetiap ruang. Makcik pun dah siap masak rendang ketupat semua, rehat la mama kami tahun ini, tak payah tolong makcik masak. Kami hanya bawa lemang beli jer 5 batang.
Lepas berbuka, kami main la bunga api, habiskan stok bunga api yang lama2 yang makjah beli 3 tahun lepas, kuat jugak la lagi bunyi meletup nya. Puas main bunga api, kami pun balik la ke hotel , sangat gembira sebab dah tak perlu bangun sahur lagi.
Di pagi raya, dalam lif nak gi masjid, apartment kami kat tingkat 5
Lobi hotel, lengang pagi tu.
Masjid MITC Melaka, satu pengalaman baru kami bersolat di sini, walaupun jemaah punya ramai tapi selesa sangat, kapet tebal, kipas dan air con full blast, bacaan imamnya pun sedap, cara penyampaian kutbah nya pun best.
Selesai solat raya, ayah ajak kami semua makan kat McD, mama tak nak sebab mama pakai telekung, pelik pulak bertelekung makan kat Mc D, kalau kat Mekah tu takpe la. Orait ,tapau McD balik hotel.
Adoi la , tak pernah dibuat dek orang makan Mc D pagi-pagi raya, raya aidil fitri pulak tu, kalau raya haji tu ok la jugak...kihkih.
Tapi ni makan alas perut jer, lepas makan, siap-siap, kami ambik gambar famili dulu.
Selamat Hari Raya semua!!
Pastu kami semua gerak balik kampung chin chin, sampai jer terus serbu dapur makan lemang, ketupat, rendang dan kuah kacang, lemang tu ayah beli 5 batang ..sedap.
Sudah kenyang, mari lah kita bergambar beramai-ramai..ada 4 keluarga di sini, keluarga makcik..berdua jer dengan ayahcik, keluarga kami berlima, keluaga makngah dengan 4 anak2 dan 5 cucu dan keluarga arwah ayah lang.
Bergambar ramai di rumah makcik, alamak azri buat spoil gambar lah.
Free style katanya, azri tetap dengan gaya menspoilkan gambar,..hahaha.
Bergambar ramai di rumah ayah long la pulak....tengok lah azri, masih dengan gaya yang sama.
Lepas tu kami lepak rumah makcik jer sampai malam, ramai juga tetamu yang datang dan ada lagi acara bergambar beramai-ramai selepas tu. Seronok jumpa kazen-kazen yang dah lama tak jumpa.
Selesai sudah hari pertama raya, kami pun balik ke hotel.
Nanti kami sambung ye