Wednesday 16 August 2017

Bertemu kembali

Salam Hari Rabu,

Entry terakhir kami adalah pada bulan Februari lepas, macam tak percaya dah 6 bulan berlalu tanpa apa-apa catatan di sini, sekejap je dah nak habis tahun 2017.

Tak banyak peristiwa penting berlaku, hari-hari kami berlalu seperti biasa, mungkin sebab itu kami tak teringat nak mencatat apa-apa di sini.

Tahun ni pun tak de sapa yang ambik peperiksaan besar jadi memang kami menjalani kehidupan harian dengan santai-santai dan bergembira hehehe. Tapi lain pulak ceritanya kazen-kazen kami, tahun ni 3 orang kazen kami akan berjuang mengharungi UPSR. 

Good luck untuk arif, aqmar dan johan.

Mama-mama diaorang lah yang kalut, last weekend siap buat tutorial perdana kat rumah maktom. 

Kami gelak-gelak aje la, bagi can bergumbira sementara menunggu tahun depan untuk SPM bagi abang besar dan UPSR bagi azri. 



Ni masa birthday abg im bulan januari lepas, kebetulan makjah berkunjung ke rumah, dapat la potong kek sama-sama. makjah masa ni baru je balik ke malaysia for good, dah tak duduk kat qatar lagi. Cuba tengok azidane, happy sungguh agaknya nampak strawberry berketul-ketul atas kek. 



Ni pulak abang besar kami dengan BFF nya..terpisah untuk 3 bulan jer.. kawan baik abang ni sebenarnya dah berpindah sekolah, masuk Saser, asrama penuh. Tapi sekejap je la, mohon balik masuk kgv, tak sesuai tinggal kat asrama agaknya.

Maka hidup abang besar kami kembali ceria dengan adanya BFF di sisinya. hahaha.

Abang besar kami pun memang tak nampak kelayakan duduk kat asrama pun, baju sekolah masih mama siapkan pagi2, cuma bangun pagi jer abang dah boleh sedar sendiri. tapi mama kata nanti kalau abang ada rezeki masuk Matrikulasi, memang tak de pilihan, kena juga tinggal kat asrama , masa tu memang abang besar kena redha je la. 

Sekarang ni sekolah tinggal 2 minggu je lagi, tak lama lagi cuti seminggu yang termasuk cuti hari merdeka dan raya haji tu. Raya Haji kali ni kami akan sambut di jasin, raya puasa hari tu kami sambut di Jelebu.

Bila dah hampir cuti ni memang macam biasa mood nak ke sekolah pun macam hambar jer, mula la badan rasa letih la, lesu la. Bila la agaknya nak hiking kat Bukit Broga ni, dah lama mama ajak gi Bukit Broga tapi hari tu ayah sakit pinggang la pulak.

Lepas bukit broga, kami cadang nak pergi Tanjung Piai, tempat penghujung semenanjung Malaysia tu. insya Allah kalau cuaca baik, sampai la kami ke sana.

Kami stop dulu lah...moga-moga kami diberi kerajinan untuk terus mencatat di sini. 

Bye

-3 boys -

Wednesday 22 February 2017

Cerita Budak Sekolah

Salam hari Rabu,

Alhamdulillah dapat juga kami mencatat di diari kami hari ni.

Syukur segala yang diharapkan menjadi kenyataan. Abg Im dapat juga tawaran ke SM Kgv, satu sekolah dengan abang. Mama tak lah huru hara lagi menjemput kami dari sekolah.

Seperti yang dijangkakan , im menjadi perhatian abang-abang yang satu geng dengan abang besar. Macam-macam la diaorg tanya pasal abang besar, abang besar pulak mula tu macam malas nak layan im, kan dia kata im menyibuk je kat sekolah dia kan. Tapi lama-lama bagus juga abang besar menjaga im, sayang juga abang besar kat adik dia kan. 

Tahun ni tinggal azri seorang aje lah kat sekolah rendah. Sk Kgv ada guru besar baru..macam-macam juga perubahan guru besar baru ni buat, antaranya bubarkan rumah sukan Ungu. Sudahnya semua la kena ubah, azri terpaksa masuk rumah sukan merah. Mama kata kan membazir tu , dah kena beli t shirt sukan warna merah.

Sekolah abang besar dan im juga ada pengetua baru. Abang kata pengetua baru ni bosan. Ala kan manusia ni susah nak terima perubahan. mama kata bagi la masa kat pengetua baru tu, dia pun stress juga nak maintain rekod bagus kat sekolah sm kgv ni. Nanti lama-lama kita sesuai la dengan pengetua baru ni.

Tahun ni juga azri akan ambik Peperiksaan UPKK. kira ni tahun akhir la azri berkafa. 

Bila dah jadi senior ni ,lagi banyak masalah juga, sekarang ni setiap kata tak hadir ke kelas kafa, kena ada surat tunjuk sebab kerana tak hadir. letih juga mama asyik kena buat surat je sebab boleh dikatakan setiap minggu azri ponteng kelas kafa. sabar je la.

Sebenarnya kami tak tau nak catat apa dalam diari kami ni, kehidupan kami berjalan seperti biasa , tiada apa yang baru. 

Cuma minggu lepas yang kami tahu abang tiri Presiden Korea Utara kena bunuh kat KLIA 2 dan kerajaan Korea Utara sudah marah dan buat statement yang keras terhadap kerajaan kita ni. Kami terdengar prerbualan mama dan ayah .. takut juga sebab Korea Utara mama kata memang terkenal dengan ganasnya. mana tau tiba-tiba dia serang negara kita.

Azri dah ketakutan masa dengar cerita-cerita tu tapi ayah kata Malaysia baik dengan China, susah Korea Utara nak buat apa-apa sebab kalau dia nak datang Malaysia, dia kena melepasi perairan China dulu. lega...

Apa-apa pun mama kata kita berlindung dari Allah. sentiasa berdoa kepada Allah.

Ok Nanti kami sambung lagi

-3 boys -

Tuesday 10 January 2017

Bertemu kembali di 2017

Asalamualaikum diari kehidupan kami,

Entry terakhir,  3 bulan yang lalu!!..lamanya!!


Tahun 2016 dah pun berlalu dan kami pun dah naik satu tahap lagi. macam tak percaya abg im telah melangkah ke alam sekolah menengah. 

Abang besar sekarang di Tingkatan 4 di sekolah yang sama. Walaupun abang dapat keputusan cemerlang dalam PT3 tapi abang tak nak tukar masuk sekolah berasrama, Sekolah KGV abang ni pun memang sekolah kluster berprestasi tinggi. Insya Allah abang boleh mengekalkan kecemerlangan abang masa SPM nanti.

Abang zaim pulak masuk Tingkatan 1 di sekolah menengah harian , dekat jer dengan sekolah azri. Sungguhpun begitu surat rayuan mama dah hantar ke pejabat Pendidikan , harapannya dapat la abang im sekolah yang sama dengan abang , senang la tak kelam kabut pagi-pagi.

Si bongsu azri pula sekarang dah senior la kat sekolahnya. dah masuk Tahun 5, dilantik pula jadi ketua kelas. Sejak dipertanggungjawabkan dengan jawatan ketua kelas ni, aji terus berubah , dah tak clumsy macam dulu baju pun dah kemas, kasut tak kotor dan lebih rajin buat homework. Kerja sekolah pun dah kemas dan teratur. Good job azri.

Setakat minggu ke 2 sekolah ni , rutin kami masih teratur dan dibawah kawalan, keluar rumah pkl 6.40 pagi dan kereta gerak paling lewat 6.45 pagi. Semua orang sampai ke sekolah masing-masing dengan hati yang tenang , tiada lagi mengamuk2 sebab adik-adik lambat.. hahaha.

Cuma waktu balik, jadual nya ada huru hara sikit. setiap sekolah waktu balik berbeza-beza, sekolah abang besar pun dah tukar waktu balik, memang kelam kabut juga mama nak jemput kami balik dari sekolah ..kejap gi sekolah azri, pastu sekolah abang im pastu tunggu pulak kat sekolah abang . letih!

Ok ni cerita pasal rumah resort pulak ye.


Ini lah rumah resort dengan modelnya asyraf. Maktok renovate dan transform rumah stor yang ular pun boleh melepak dalam tu kepada rumah kecil yang cantik.



Kalau ramai-ramai balik dan tak cukup ruang nak tidur, cucu-cucu bujang akan tidur melepak di sini. 


Lengkap dengan porch, senang boleh bakar untuk bbq kat sini.

Apa motif letak gambar rumah resort sedangkan cerita pasal sekolah? gambar-gambar gagal ditransfer kan ..itu aje..hahha

Itu saje la untuk hari ni. Banyak lagi nak cerita..later la

Bye

-3 boys -