Wednesday, 25 April 2018

Kehilangan

Salam Rabu , 25 April, 2018


Bertemu kembali di catatan kehidupan kami tiga adik beradik lelaki ni. Sungguh cepat masa berlalu sampai tak perasan tahun 2018 dah hampir mencecah ke bulan Mei. 

Tak lama lagi bulan Ramadhan akan bertandang namun bagi kami puasa dan hari raya tahun ni tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. tahun kami kami akan beraya tanpa tokbah ..😭 ye kami kehilangan tok bah yang kami sayangi , tok bah telah pun pergi menghadap Penciptanya pada 21 Februari, 2018 jam 2.55 pagi. 




Mama dan tokbah, gambar tahun lepas masa mama teman tokbah renew lesen senapang tokbah. Masa ni tokbah dah mula tak sihat...takde selera makan.

Tokbah mula dialisis buah pinggang pada awal 2016 , kira dah lebih setahun tok bah cuci buah pinggang, guna capd, cuci air buat kat rumah jer 4 kali sehari, maktok la nursenya yang uruskan cuci air tokbah ni.

Mama kata kesihatan tokbah semakin bulan semakin merosot, bermula bulan 10 tahun lepas, tokbah dah stat tak de selera makan, susah nak telan ubat dan malam pun tak tidur nyenyak. 

Kesihatan tokbah jelas merosot masa kami sekeluarga menumpang tinggal di rumah Bukit Kelana, ayah renovate rumah masa tu. Kebetulan pula maid jahat maktok lari dan menyamun duit tokbah. jadinya maktok dan tokbah pun tinggal lah bersama kami kat rumah bukit kelana. 

Masa tu memang tokbah tak berapa sihat dan semakin pelupa.. makan pun sikit sangat, dua tiga sudu jer pastu tak mo dah..mama risau sebab tokbah semakin kurus. setiap pagi mama bangun tido pukul 5 suku pagi mesti nampak tokbah duduk kat hujung meja dalam gelap. tau lah mama yang tokbah ni memang tak dapat tido.

Seminggu sebelum sekolah buka..rumah kami pun siap renovate , kami pun pindah semula ke rumah kami, maktok pulak dah dapat maid baru dan balik la tinggal kat rumah jelebu. 18/1/2018 , mama hantar tokbah check up kat HTJ ditemani maktok. ye rutin biasa mama kami sejak 4 tahun lalu. Maktok beritahu doktor yang tokbah ni lemah je , tak nak makan, tak dapat tido. Doktor suruh tokbah masuk wad, untuk pemerhatian lebih lanjut katanya .

Tokbah pun masuk wad dan ditemani maktok malamnya . esoknya jumaat mama jaga tokbah sampai hari sabtu. keadaan tokbah elok-elok saje.. makan sikit jer, kena suapkan selalu, ubat kena minta nurse tumbuk halus , malam pun tak tido. Sabtu tu 20/1/2018 maklong pulak take turn jaga. Tiba-tiba masa tokbah cuci air maklong kata tokbah tergigil-gigil dan mencungap-cungap..cepat-cepat hantar ke wad dan bagi bantuan pernafasan. doktor kata tokbah kena serangan jantung masa tu...Allahu Akbar, kesian tokbah.

4 hari seterusnya tokbah cuci air pakai mesin APD je lah..pasang masa malam, esok baru bukak. 10 jam...kesian tokbah, memanh kena pakai lampin pakai buang je all the time. Sebenarnya kejadian hari sabtu tu bukan hanya serangan jantung je...doktor beritahu tokbah ada jangkitan kuman dalam darah...patut lah tokbah lemah sangat...kena la antibiotik melalui drip untuk 14 hari...14 hari tu!

2 minggu berikutnya keadaan tokbah bertambah baik, kalau dulu kena pakai oksigen, sekarang tak perlu pakai , makan pun dah bertambah, mama dan adik beradik mama memang take turn jaga tokbah kat wad, untuk jaga belah malam pulak maklit ada guna khidmat nurse lelaki untuk jaga tokbah....sampai doktor dengan nurse kat wad ingat abang nurse tu cucu tokbah. Abang nurse tu pulak bila orang tanya dia , ni cucu pakcik ke?, dia mengiyakan aje.. hahaha.

Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya..dikala tokbah semakin sihat, dan di kala doktor dah plan untuk discaj tokbah dari wad, tiba-tiba malam ahad 4/2/2018. tokbah sekali lagi macam mengigil2, kali ni lebih teruk, macam kena sawan, telan air pun tak boleh.

Isnin pagi 5/2/2018, lepas hantar kami ke sekolah, mama bergegas ke hospital menjenguk maktok dan tokbah dan bawakan sarapan, alangkah terkejutnya mama lihat keadaan tokbah ..macam orang hilang ingatan dan mulut tak berhenti-henti macam mengunyah..mama kata tokbah asyik mengerang sakit dan memegang perut, mama agak mungkin tokbah sakit perut, angin tak lepas...tokbah pun ada masalah prostat , susah untuk buang air.

Doktor pun kelam kabut juga sebab tak sangka tiba-tiba jadi macam ni..doktok syak mungkin jangkitan kuman dalam darah tokbah tu semakin serius , mungkin jangkitan kuman yang baru sebab jangkitan kuman yang dulu tu nampaknya semakin berkurangan dan    antibiotiknya berkesan.

Pagi tu doktor terus masukkan antibiotik yang paling kuat..kesian tokbah, mama kata doktor cucuk jarum kat serata badan tokbah, kat leher pun ada. mama cerita lepas doktor masukkan ubat semua tu, tokbah macam nak duduk, tangan pegang perut macam perut tu sakit sangat. mama pun bantu tokbah duduk dan urut-urut belakang tokbah....tapi pastu tokbah baring semula. 

Tapi lepas tu tokbah tarik badan maktok , nak duduk semula , mama bantu tokbah duduk tapi kejap jer...tokbah baring semula. Mama berdiri je sebelah katil tokbah tu , gosok-gosok perut biar tokbah rasa lega sikit . Dalam pada tu nurse pun datang bawa peralatan nak masuk tiub kat saluran kencing, jadi mama pun capai henbeg dan berjalan ke arah maktok, kira menjauhi katil tokbah. Tiba-tiba keadaan katil tokbah jadi kelam-kabut, doktor dan nurse tiba-tiba silih berganti pergi ke katil tokbah..lepas tu mama dengar doktor tu panggil-panggil tokbah, ' pakcik, pakcik , dengar tak? bangun pakcik'. mama kehairanan , pastu mama nampak kaki tokbah yang tadinya resah bergerak-gerak dan tak bergerak lagi. stay jer macam tu.

Mama hairan lah kenapa tiba-tiba jadi macam tu, yang buat mama lagi risau , mama terdengar doktor cakap ' CPR, CPR...2 minit, 2 minit' pastu dengar doktor kata 'intubate, intubate' masa tu maktok dah nangis-nangis dah, mama masa tu lebih pada terperanjat dan kehairanan tapi bila doktor kata tokbah kena stroke dan terpaksa diintubate..mama kami dah menangis dah...tak sangka sampai jadi macam ni. 

Malam tu tokbah dipindahkan ke wad CCU tapi tak lama...esoknya hari selasa 6/2/2018, tokbah terus dipindahkan ke wad ICU. Sejak dari hari tu kami memang tak dapat nak tengok tokbah, hanya dapat tau dari mama je. mama kata doktor dah offkan sedation tapi tokbah tak sedar-sedar . doktor terpaksa buat dialisis darah pada tokbah tapi buat pada kadar paling perlahan sebab jantung tokbah dah teruk.

Doktor kata pagi isnin tu tokbah kena stroke yang teruk, x ray tunjuk kat otak tokbah banyak kesan-kesan stroke....mungkin tu sebabnya tokbah tak sedar-sedar walaupun dah off kan sedation. Ya Allah harapnya tokbah tak lah rasa sakit.  

Tokbah berada dalam ICU tu selama 2 minggu, memanh tiap-tiap hari mama akan bawakan maktok visit tokbah, bacakan yassin untuk tokbah. Maklong, Makjah, Maklit dan Maktom silih berganti ambik cuti bawakan maktok visit tokbah, Namun keadaan tokbah masih tk berubah malah semakin tenat.

Hari Isnin 20/2/2018...ayah jemput kami semua dari sekolah dan terus bawa kami ke ICU...ayah kata tokbah dah semakin tenat. Buat pertama kalinya sejak tokbah masuk ICU, abang besar dan abang im dapat tengok tokbah..sedih sangat tengok keadaan tokbah. kesian kat azri la tak dapat masuk langsung tengok tokbah sebab belum umur 12 tahun.

Hari tu memang ramai yang balik tengok tokbah tapi petang tu semua balik rumah masing-masing , ye la tengah-tengah minggu kan, semua sibuk dengan kerja dan sekolah.

Tengah malam tu pukul 2.15 pagi , mama kami dikejutkan dengan panggilan dari ICU..mama diberitahu tekanan darah tokbah semakin rendah ..bacaan diberi , memang sangat-sangat rendah ..mama kata mama dengar bunyi mesin tu kuat sangat. pastu doktor tu kata tokbah dah nazak ni...mama kata saya datang sekarang.

Mama terus bangun, masih mamai-mamai , tukar baju dan call maktok. Maktok pulak memang terkejut sangat sampai mama tak berpeluang nak beritahu hal sebenar, maktok asyik cakap ' abah kenapa, abah kenapa; pastu mama suh maktok siap jer kita ke hospital tengok abah sekarang.

Ayah kejutkan kami dan minta kami jaga rumah. ayah dan mama gi ambik maktok dan terus ke hospital. 

Mama kata semasa berjalan ke lif , hp mama berdering lagi, tepat pukul 2.52 pagi ,  wad ICU call, mama jawap terus kata 'saya ada kat bawah, saya naik sekarang" mama kata mama takut sangat sampai tak sempat nurse tu nak kata apa2. 

Sampai jer, mak guard kata tunggu dulu,mama memang nak rempuh je pintu wad ICU tu, pastu sorang doktor keluar, dia cakap tokbah dah takde, baru je beberapa minit tadi, beberapa ketika selepas panggilan telefon yang ke dua tu ..tepat jam 2.55 pagi, 21/2/2018, tokbah kami telah pulang ke rahmatullah. AL Fatihah tokbah yang kami sayangi.

Dengan lemah maktok dan mama melangkah ke katil tokbah, mama nampak tokbah tak lagi mencungap-cungap, dah tenang jer, tiub pernafasan masih dalam mulut, muka tokbah nampak pucat , mata pun terbuka.. mesin-mesin pun dah senyap dengan tiada apa-apa bacaan. Mama kata mama terus panggil tokbah dan menangis semahu-mahunya . maktok pulak raup muka tokbah tutupkan mata dan berkata.."abang, kenapa awak tak tunggu kita, kan awak dah janji nak tunggu kita, kita tak sempat jumpa awak' . Memang mama dan maktok tak sempat mengadap tokbah di akhir nafas tokbah ..semoga kalimah syahadah yang dibisik di telinga tokbah tak berhenti-henti tu dapat menemani tokbah di alam sana. Mama kata terbit rasa terkilan namun Allah lebih mengetahui segala-galanya..Allah knows best..mungkin maktok trauma tengok tokbah di akhir nafasnya.

Kini dah 2 bulan tokbah pergi, kami semua masih sangat-sangat merindui tokbah...mama masih terkenang-kenang saat2 menjaga tokbah di wad. Seminggu lepas pemergian tokbah, mama masih teringta-ingat macam nak masak cepat-cepat pastu nak gi hospital tengok tokbah. 

Ya Allah rindunya pada tokbah.



Happy moment..masa birthday abang tahun lepas.

Al Fatihah untuk tokbah, kami semua kan sentiasa merindui tokbah.

-3 boys -