Friday, 19 July 2013

Ramadhan ke 10, sakit gusi la pulak

Salam Jumaat @ 10 Ramadhan ..


Hari Rabu im berjaya menghabiskan puasa penuh sehari walaupun bibir kering berdarah dan gusi yang sangat bengkak. 

Masa berbuka semalam, im makan slow-slow je pasal gusi bengkak , ayah check , ayah kata gigi geraham bongsu im nak keluar , ayah kata gigi geraham bongsu ni memang lambat keluar , ada yang dah dewasa baru nak tumbuh.  

Rupanya tumbuh gigi ni rasanya sakit gile!!..gusi im bengkak sampai pipi pun bengkak sekali...ayah suluh dan tunjuk pada im , gusi tu bengkak dengan ada bentuk gigi dalam tu tapi gigi belum keluar.

Pagi semalam lepas sahur, im gosok gigi , tetiba darah keluar banyak sangat dari gusi bengkak tu , ayah kata gusi tu nak pecah sebab nak keluarkan gigi .. ayoo sangat seksa .. dah le bibir kering berdarah, gusi lagi..

Sahur semalam pun im makan sikit sangat ..pasal gusi sakit , mama kata hari tak yah puasa la...im rasa rugi lah RM5 untuk hari ni...tapi takpe lah.

Masa mama jemput balik dari sekolah tadi, im dah lega dah, bibir dah tak sakit, gusi bengkak pun dah tak darah lagi...ingat nak terus je puasa tapi rasa lapar la pulak...azri pulak sakit perut , nampak je mama terus nangis , sakit perut .

Nasib baik dalam kereta mama ada roti, mama dah beli siap-siap untuk buka puasa...mama bagi ubat angin kat azri pastu bagi azri makan roti . Bila nampak azri makan roti, semakin menjadi lah lapar perut im, maka im pun tumpang sekaki buka puasa dalam kereta mama. 

Semalam , hanya mama dan abang zahin je yang berbuka, mama masak ikan siakap stim pastu beli yong tau foo..sedap.. ayah kami balik lambat semalam, kesian ayah , berbuka dalam train komuter jer..dah dekat pukul 8 baru sampai rumah..

Hmm hari ni dah pun 10 Ramadhan..cepatnya masa berlalu kan... hari ni ayah kami kerja dari rumah je , maka dapat lah kami semua sama-sama gi solat jumaat ..azri sebelum gi solat tadi sempat juga azri makan dan minum...azri memang tak tahan puasa....rasanya tahun depan kot baru boleh puasa penuh sehari.  Im dulu masa umur macam azri ni dapat juga puasa penuh 10-12 hari.   

Esok kami balik rumah makcik , insya allah balik lepas kelas tambahan abang.. Abang kata nak makan lontong ..

Eh! sebelum terlupa .semalam kucing kami si Min sakit..sepanjang hari monyok jer.


   
Tengok lah muka pun sedih jer..mama syak ada bisul kat perut belah kanan pasal bila mama tekan-tekan kat situ , Min marah-marah dan cakar siap..Malam tagi ingat nak bawak gi klinik, tapi call klinik tak berangkat pulak..doktor gi sembahyang terawih agaknya..

Tapi pagi tadi nampak dah ceria ...mama kata tengok sehari dua ni, kalau kat perut tu bengkak...kena bawak ke klinik ...mama kami sayang Min ni, min ni pandai tengok jam...bila masa bulan puasa ni, pukul 4.30 pagi dia dah stand by depan pintu bilik mama..bila bulan tak puasa , pukul 5 suku pagi dia dah stand by..lepas tu turun sama-sama dengan mama teman ke dapur.. bagus Min ni.

Ok tu je lah...malam ni rasanya macam nak gi terawih ..
 
-3 boys -

Wednesday, 17 July 2013

Diari Ramadan kami: Ramadan ke 8

Salam Rabu @ 8 Ramadan


Alhamdulillah sudah lebih  seminggu kita berpuasa, maknanya ada 3 minggu lagi sebelum kita beraya.

Setakat hari ni kami masih belum gi sembahyang terawih lagi...letih sesangat..Azri tu , tengok-tengok dah pengsan je depan tv * alasan..

Minggu ni adalah minggu peperiksaan percubaan UPSR untuk abang zahin. abang zahin cerita , peperiksaan tu memang macam periksa betul-betul, buat kat dewan besar pastu tak dibenarkan berbual ..pandang kawan pun tak boleh , tu yang buat suspen tu .

Semalam berbuka dengan pasta, otak-otak dan air teh bunga..kami memang tak boleh berbuka dengan nasi, berat sangat ..kuih-kuih manis mesti ada, tak lupa juga kurma..kurma kegemaran kami adalah kurma mariyami

Gambar google

Kurma macam ni best..rasa dia liat-liat pastu manis ..tapi mama kami kata harga dia sangat mahal.. semalam mama beli satu bekas kecik tu harga dia RM10..semalam berbuka , kami makan dah tinggal separuh .

Hari tu mama kami ada buat homemade sneakers ..jumpa dari website mana ntah.. tapi tak jadi.. bab yang karamel tu ada fail sikit - karamel dia cair ..tapi tak kisah la asal sedap 



Gambar yang di bawah , sebelum di potong dan di atas selepas dipotong - disebabkan ada kacang besar-besar, bila nak potong , yang lapisan coklat dia jadi hancur dan patah-patah .

Ni gambar sebenar dari google, benda alah yang mama kami buat tu..tapi tak jadi ..tak kisah lah asal rasa sedap...dapat juga makan -makan masa sahur .

Hari ni tak tahu lagi nak berbuka apa..nanti fikir 

-3 boys-














Monday, 15 July 2013

Kejayaan berpuasa kami setakat ini...

Salam Isnin @ 6 Ramadan 

Kami rasa berpuasa semasa hari sekolah lebih mudah berbanding dengan berpuasa semasa hari cuti sekolah.

Buktinya im tidak berupaya berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad lepas ...tak tahan dugaan lapar dan dahaga dan ditambah pula dengan batuk dan selsema.

Berbalik pada cerita berpuasa hujung minggu kami..hari Jumaat lepas, tokbah masuk hospital dan kami bergegas balik ke jelebu ..sampai dah dekat pukul 7, tak sempat tengok tokbah kat hospital , balik rumah untuk buka puasa dulu. 

Sampai je rumah tokbah, rasa sedih pulak pasal tokbah takde kat pintu sambut kami balik..biasanya setiap kali balik mesti tokbah sambut pastu mesti ada bunyi radio siaran klasik nasional. sunyi je rasa bila tokbah duk kat hospital ni.

Lepas berbuka mama, ayah dan maktok je yang pergi hospital, ayah tak bagi kami pergi , lagipun dah malam . Kami lepak je main game dan tengok fb je.. 

Tak lama lepas tu mama, ayah dan maktok pun balik ...lega rasanya bila maktok beritahu keadaan tokbah tak serius, kalau sihat , esok dah boleh balik dah ..tokbah tak kena serangan jantung tetapi kena vertigo... Alhamdulillah.

Esoknya ayah dan abang zahin balik ke Seremban, abang ada kelas tambahan..tinggal im dan azri je ..tengah hari tu kami ikut mama dan maktok ke hospital lawat tokbah


Wad lelaki, hospital jelebu ni dah lama ,  bangunan semua bangunan lama, tapi dah cat baru , nampak lawa la.


Pandangan dari pintu masuk, pesakit tak ramai, lampu pun nurse malas nak bukak ...senang pergi hospital daerah ni , tak de pak guard jaga. 

Sampai je kat katil tokbah , ada doktor tengah check, mama suruh kami salam doktor tu, kami malu-malu...pastu mama kata doktor tu bukan orang lain, doktor tu kazen kami jugak , kira cucu saudara tokbah... waa senang la...doktor tu kata hari ni boleh balik!! waa senyum jer tokbah ..tapi petang nanti baru boleh balik.

Tak kisah lah asalkan boleh balik ...tokbah pun halau kami semua balik....masa nak ke kereta baru kami perasan benda nih.. yuck !! geli !!

  
Tak senonoh betul....letak lah "tempat berkumur" ke ..ni.....Haish tak selera ..nasib  baik puasa...

Masa keluar dari wad , kami nampak bilik kosong, tulis situ 'kelas dua' . mama cerita bila malam-malam dalam wad kelas dua tu spooky je ..nasib baik tokbah tak masuk kat situ ..menakutkan ..

Patut lah menakutkan , kami jenguk ikut tingkap, nampak ni......



 Scary kan....hi hi hi

Anyway petang tu tokbah dah balik ke rumah  dengan riang, boleh la tidur nyenyak dan makan dengan selesa. kesian tokbah , tak dapat puasa 2, 3 hari ni , banyak ubat kena makan ..

OK ..rekod puasa kami, abang , puasa penuh sampai hari ni, upah terkumpul RM25, im dapat 3 hari, upah terkumpul RM15, manakala azri 0..hihi cuma hari ni dapat tahan sampai pukul 3 petang.. ok lah tu..
 
-3 boys -

Friday, 12 July 2013

Hari ni jumaat tapi takde special friday..

Salam Jumaat @ 3 Ramadhan

Masa mama jemput kami balik dari sekolah tadi, ada je suara minta penampar tanya , hari ni kita nak makan kat ne? woi puasa laa.....eh lupe!!! 

Takde la special friday lagi, kena tunggu lepas raya nanti lah nampaknya. 

Kami masuk je dalam kereta , azri dah mengadu kata lapar sesangat, im pun cakap lapar jugak dan abang besar pun taknak kalah..ngadu lapar la jugak. 

Mama kami terus bawak kami balik rumah, goreng nasi goreng , nugget dan bagi azri makan, offer jugak kat im, kalau lapar tak tahan berbuka je la..tapi untuk abang..bolayan!! lapar macamana pun kena tahan jugak sampai waktu berbuka. 

Im pulak bila dah tukar baju dan tengok tv tadi, terus hilang rasa lapar ..tak jadi nak berbuka.

Mama beritahu tadi tokbah masuk hospital, mama kata tokbah kena macam serangan jantung la...kesian tokbah , hari ni kami balik jelebu teman maktok berbuka dan sahur , kesian maktok sorang-sorang je , mana nak jaga tokbah lagi, nak masak lagi ..kalau ada maksu, boleh jugak buat teman-teman.   

Kami dah pun pack baju-baju nak bawa balik jelebu ni. Biasanya kami keluarkan je baju-baju dan letak atas katil, nanti mama akan check baju-baju semua cukup ke tidak pastu baru masuk dalam beg.

Ha untuk rekod kami , puasa hari ke 2 , im dan abang puasa penuh sehari , azri pulak sampai pukul 1 lebih , puasa ke 3 hari ni azri bertahan sampai pukul 12.30 je, im dan abang pulak insya Allah , bertahan sampai waktu berbuka ni.

Kami mesti rekodkan bilangan hari kami berpuasa ni, nanti senang mama kami nak sediakan ganjaran RM5 sehari tu . best tu..boleh beli game..hi hi tapi sebenarnya upah puasa semua mama masukkan dalam bank . 

Kami tengah tunggu mama balik ni, jap lagi nak balik jelebu, tak sabar nak jenguk tokbah kat hospital.. Semoga Tokbah sihat dan dapat bershopping di Giant macam biasa ..tokbah selalu belikan kami jajan, nugget, telur sepapan dan macam-macam lagi..tiap kali balik jelebu mesti kami tak lupa buka almari Giant tokbah , macam-macam benda ada dalam , ambik je apa nak , dah giant kecik namanya , semua ada...bak kat tokbah. 
 
-3 boys -

Thursday, 11 July 2013

Ramadan kedua kami

Salam 2 Ramadan @ Khamis 

Hari kedua ramadan dan kami masih bertahan.

Hari pertama puasa semalam adalah hari yang memenatkan dan meletihkan. Semalam sekolah kan cuti maka kami duduk kat rumah sepanjang hari.

Abang dan im berjaya puasa penuh sehari , azri pulak hanya berjaya bertahan sampai pukul 10.30 pagi jer.

Sebenarnya duduk di rumah sangat meletihkan berbanding kalau hari sekolah. Semalam sangat letih sampai nak main game kat laptop pun tak bermaya. 

Sahur pertama kami semalam dihidangkan nasi, gulai lemak ikan dengan nugget. Kami sekeluarga memang jenis yang bangun sahur tiap-tiap hari dan kami akan bersahur dengan nasi , cuma lauknya yang simple-simple jer 

Macam pagi tadi, im makan nasi 2 suap jer tapi makan "fried egg with sunny side up" 2 bijik ..kenyang sampai sekarang, masih bertahan. 

Hari kedua puasa ni, im dan abang masih bertahan dan insya Allah dapat puasa penuh sehari ni. Azri pulak dah kalah pukul 1 lebih tadi ..

Harap esok azri boleh bertahan lama lagi.

Hari ni nak berbuka dengan spagetti, abang pulak teringin nak murtabak...yang tu kena beli kat bazar la ..spagetti mama nak masak balik nanti ..

Ok tu jer..harap malam nanti kami bertenaga nak gi terawih 
-3 boys -