Monday, 17 June 2013

Aktiviti hujung minggu kami...

Salam hari Isnin, 

Hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu..kami suka hujung minggu ...boleh bangun lambat dan biasanya mama dan ayah bawa kami gi jalan-jalan atau makan sedap-sedap.

Hujung minggu lepas kami tak balik kampung , habiskan masa kat Seremban je...

Hari Sabtu...lepas hantar abang ke kelas tambahan ..kami semua gi jogging kat taman depan hotel Allson tu.

Kat taman tu, kami berjogging sambil main frisbie...orang tak ramai la tapi yang sedihnya taman tu dah semak sangat-sangat..ada tempat-tempat yang lalang dah tinggi separuh orang dewasa ...takut juga nak lari jauh-jauh dari ayah..buatnye keluar ular ke ...tak pun orang jahat ke..

Lepas penat jogging dan main frisbie, kami main buai pulak ...nak sejukkan badan sebelum balik , tengah-tengah main buai, datang satu abang tu, badan dia besar tembam macam abang Adam, terkeseng-keseng main buai dan pandang-pandang kami macam nak berkawan jer.

Ayah tegur abang tu , tanya sekolah mana ? 

Rupa-rupanya abang tu dari Kuala Selangor, tahun 5, datang situ awal pagi tadi , dalam pukul 5 pagi, untuk teman mak dia yang ada ceramah kat kolej yang sebelah taman ni. Ayah abang tu tengok dia dari jauh jer..berani jugak abang tu.

Tak lama lepas tu kami balik ....masa siap-siap nak balik tu , tetiba datang satu keta putih besar , ada uncle cina tu tanya kat ayah mana arah nak gi Agape Church ..ala gereja besar tepi jalan tu la.. Uncle tu blur betul ...dah bagi direction pun tak tau lagi , terus mama kata suruh dia ikut je la kita , kita bawak dia ke sana .

Masa dalam keta , mama boleh gurau-gurau pulak ..mama kata jom kita bawak dia gi masjid negeri ...kah kah kah ..pastu bila cina tu marah ..kata la eh kan kata nak ke masjid tadi , eh masjid ke church ? mengarut je mama ni!!   

Uncle cina tu pun sampai church, kami pun balik la rumah...berlepakan sahaja la.

Petang tu kami tak kemana ..melepak di rumah memang terbaikkk....

Malam tu..lepas makan malam, kami transform rumah jadi cinema , tutup semua lampu , pasang ekon, lambak kan kusyen dan layan Star Trek downlod...awsem.

Ahad....lepas sarapan, ayah ajak kami ke MBO ...tengok cerita ni...

  



Kami kata ..AWESOME!!!!.Recommended!!!.....must watch ....memang best , aksi berterusan...sampai im dan azri terpaku di kerusi masing-masing .

Dan yang paling best, superman ni tak pakai spender kat luar !!

Baru lah bagus camni...dah baru kami tahu..yang lambang S tu makna "hope" dalam bahasa bangsa Krypton ...laa ingatkan "super"..

Mama kami kata superman ni yang paling hensem dari superman-superman yang lain tapi ayah kata superman dulu lagi hensem .

Jom tengok sapa lagi hensem ..

  

Superman ni ke ? 

Atau

 

Superman 2006? ..Kami kata superman 2006 lagi hensem tapiiiiii......

 
Superman 2006 pakai spender merah kat luar!!   aparaa.

hi hi hi 

Ooo lupa..semua gambar adalah cilok google...

Begitu lah aktiviti hujung minggu kami...

Hari ni kami sibuk dengan latihan sukan ...sukan sekolah akan diadakan seminggu sebelum,puasa ..ehh takk 3 hari sebelum puasa...

OK tu jer... baiii
-3 boys -

No comments: