Salam Khamis,
Semalam, Rabu 22 Januari, 2014 adalah hari pendaftaran abang ke KGV. Pendaftaran bermula pukul 8 pagi jadi kami semua tak lah kelam kabut keluar dari rumah gelap-gelap buta.
Pagi tu kami semua hantar im dan azri dulu ,pastu terus ke Unit menengah, Pejabat pendidikan Negeri...sampai kat sana pukul 7.35 pagi, pejabat pun dah buka. Ambik surat tawaran tu dan kami diarahkan untuk terus ke sekolah.
Arahan dalam surat kata pendaftaran dibuat di Dewan Seri Setia, kami sampai ke sekolah awal, pukul 7.45 pagi dah sampai, mama dengan abang je yang pergi, ayah tunggu dalam kereta je.
Sampai kat dewan, tengok dewan pun gelap gulita, kami sampai sekali dengan satu lagi budak perempuan dengan mak dia.
Tunggu kat sana sampai pukul 8, masih takde sapa yang buka dewan tu, mak bapak dah mula ramai sampai, sampai pukul 8 suku camtu, ada satu staf pejabat beritahu semua terus ke pejabat sahaja, arahan ke dewan tu arahan lama..kwang kwang kwang...
Berebut la parent-parent ni ke pejabat, takut ada yang potong que kekdahnya..alahai bukannya mendaftar pun, cuma jumpa cikgu penolong kanan, cikgu tu tengok surat dan tulis kat situ suruh jumpa guru penyelaras tingkatan 1 kat bilik guru..maka semua pergi lah ke bilik guru.
Kat bilik guru menunggu la lagi, cikgu penyelaras tu belum sampai...lama la jugak menunggu , ada lah setengah jam kot..parents pun dah ramai dan bilik guru pun penuh.
Tak lama lepas tu sampaikan cikgu penyelaras tu dan dia minta semua bagi kat dia surat tawaran dan slip keputusan UPSR..sekali lagi parent berebut-rebut bagi surat kat cikgu tu...tak mau ada yang potong que..ala semua dah dewasa ler....tau la first come first serve..
Cikgu tu bahagi-bahagikan kelas ..arahkan murid baru terus jumpa guru kelas masing-masing...sekali lagi nasib abang kurang baik...abang masuk kelas 1 Alauddin dan guru kelas abang , cikgu Zuraidah, tak nampak batang hidungnya..kena tunggu lagi.
Ok takpe , sabar ....tunggu lagi.
Tunggu punya tunggu, cikgu tu tak sampai lagi, mama dah terbakar...hihiih
Mana taknya budak-budak lain semua dah masuk kelas dan mak-mak pun dah balik..cisss
Mama geram, pergi jumpa cikgu tu dan tanya ada tak murid lain yang dapat satu kelas..takde!! rupa-rupanya dalam ramai-ramai tu , abang sorang aje yang masuk kelas 1 Alauddin tu..dan cikgu dia ntah ke mana...mama kata boleh tak masuk dalam kelas terus..dah tak larat tunggu ...so ada pengawas tu bawa lah abang dan mama ke kelas.
Kelas abang kat blok belakang, tingkat 4..sampai kat kelas..ada cikgu sedang mengajar dan tu bukan guru kelas..dan ada satu mamat terus bangun dan menyambut abang dengan mesranya..mulanya mama ingat budak tu kawan lama abang kat kgv rendah..siap menyambut dan pegang abang nak bawa gi meja.
Lepas tu siap keluar kelas beritahu mama , masa rehat pukul berapa..mama memang mati-mati ingat tu kawan abang , rupanya abang beritahu abang tak kenal langsung budak tu..budak tu ketua kelas..ok lah cam tu , tu ketua kelas yang amat berkaliber!!!
Dipendekkan cerita , hari pertama berlangung dengan baik, hari tu adalah hari ko-kurikulum sebenarnya, patutlah semua orang pakai t-shirt dengan seluar track....dan hari tu abang balik pukul 5 petang!! peh penat giler.
Hari ni pula hari pertama ke sekolah macam biasa, pagi tadi mama hantar abang dan kami keluar pukul 6.35 pagi, mama ikut jalan yang ayah ajar tu, jalan yang dapat elakkan beribu-ribu trafik light tu....peh kami sampai ke sekolah pukul 6.50 pagi..awal giler!!! tapi dah ramai budak yang dah sampai sekolah.
Maka nya esok mama kata tak yah le keluar awal sangat, keluar dalam pukul 6.45 camtu ok lah kan.
Setakat ni semua terkawal lah abang rasa, buku teks tak perlu pulangkan ke sekolah lama, boleh terus pakai jer, buku PBS pun nampaknya pakai buku yang sama, buku-buku tulis pun boleh pakai buku lama..cuma mama kata nanti kita tampal lah logo sekolah seri ampangan tu.setakat ni abang happy.
Cikgu ajar pun ok, semalam pergi makmal kemahiran hidup....makmal pun lengkap..ye lah abang harap ni lah sekolahnya yang memberi kejayaan kepada abang, insya Allah abang tak sia-sia kan harapan tokbah yang nak sangat cucu dia sekolah kat sana.
Hari ni ketua kelas yang berkaliber tu akan potostat kan jadual kelas dan bagi pada abang..nasib baik ada dia..kalau tak mesti abang rasa left-out..dah la takde sapa yang abang kenal dalam kelas ni, kawan-kawan baik abang semua dalam kelas lain-lain...ayah kata itu langkah yang baik untuk abang dapat kawan baru...lagi pun kawan-kawan sekelas abang tu tak ramai ...ada dalam 20 lebih orang je pun.
Ok lah , nanti abang sambung cerita .
-3 boys -
No comments:
Post a Comment