Monday, 10 March 2014

Pray For MH370

Salam Isnin,

Sebagaimana yang semua maklum, negara kita sedang menghadapi satu tragedi yang menyedihkan.

Pada hari Sabtu, 8/3/2014, pesawat B777 MH 370 milik MAS penerbangan dari KL ke Beijing telah hilang dari radar..dan pesawat itu masih belum dijumpai sehingga ke saat ini ..dan nasib 239 nyawa di dalam nya masih tidak diketahui.

Entah kenapa berita ini menyebabkan abang zahin begitu beremosi..abang zahin follow semua berita kat tv, media sosial dan group chatting kawan-kawan dan semua masih misteri mana perginya MH370?

Sebenarnya abang rasa sedih bila keluar gambar-gambar penumpang tu dalam tv..ada gambar yang diambil kat airport masa nak berlepas ke Beijing..apa la perasaan keluarga ye bila mereka ni tak balik-balik..dan tak tau kat mana berada..Ahh. tak dapat abang nak bayangkan.

Lebih-lebih lagi ada berbagai andaian yang dibuat...mama cerita kat TV3 ada panggil seorang bekas pilot yang berpengalaman dan dia beritahu, kalau ada kerosakan , pesawat tu sendiri boleh hantar lapuran, dan kalau terputus hubungan sekali pun, ada lagi cara-cara berhubung yang lain.

Jadi ada banyak misteri berlaku,

Pilot tak repot langsung ada kerosakan ke apa
Pilot tak de repot mayday, mayday,mayday ..mama kata distress call
Tak ada letupan di udara, mama kata Pentagon dah sahkan dan dah 2 hari cari ,  tak jumpa satu apa pun!!

Jadi abang terfikir-fikir, mana la mereka pergi? , apa nasib mereka? 

Mama pulak kata , tak dapat bayangkan apa berlaku pada mereka, kalau dah terjunam dalam air , cemana lah keadaan mereka semua yang dah terendam dalam air lebih 24 jam? 

Ada lagi misteri , kononnya pesawat tu patah balik , tapi pilot tak repot apa-apa pun pada menara kawalan..ada juga katanya ni serangan pengganas sebab ada 2 penumpang yang pakai paspot palsu dan pemilik pospot sebenar ada lagi , tak naik kapal terbang tu dan selamat .

Hai tak tau lah mana betul.

Apa-apa pun abang sangat berharap agar pesawat tu ditemui dan kalau boleh semua nyawa tu selamat. Semua tu ada keluarga masing-masing, ada mak, ayah, anak, adik, abang.. sedih sangat abang ..tu la sebabnya abang agak beremosi bila bincang pasal kes ni. 

Mama kata apa-apa pun berdoa lah pada Allah, dah bersedialah menghadapi sebarang berita.. mama masih teringat peristiwa helicopter Nuri yang hilang kat Pahang tu, semua pilot tentera yang power-power dan semua harap mereka selamat sebab mereka semua komandor-komandor tapi takdir mengatasi segalanya.

Lepas 6 hari, mereka semua ditemui terbunuh , pesawat terhempas kat tengah-tengah hutan tebal Pahang...yang sedih tu ada di antara mereka yang dapat survive selama 3 hari tapi dah cedera dan tak de makanan minuman, tak dapat survive.. Al fatihah pada mereka semua.


-3 boys -

Friday, 7 March 2014

Rezeki besar hari ini

Salam Jumaat,

Hari yang ditunggu-tunggu sebab esok cuti.

No more special friday , lunch kat rumah je...hari ni kami makan ikan bawal sweet sour, sayur dan kuah asam pedas lauk semalam..kenyang.

Hari ni, Alhamdulillah kami dapat rezeki besar, pukul 5 tadi kami ke rumah wan ngaji, ada majlis khatam quran, dapat la sorang satu 2 beg isi jajan dan 2 bekas pulut kuning, jadi kami bawa balik 6 bekas pulut kuning, dari 6 bekas tu ada 3 bekas untuk cecah dengan sambal tumis dan 3 bekas cecah dengan rendang ayam.

Sampai ke rumah tadi , kami lepak luar jap, pastu terus kerjakan pulut kuning tu, yang tak makan im jer, azri habis sebekas dia sorang jer. Serius kenyang semua orang malam ni.

Im pulak makan pulut kuning dia lepas maghrib tadi , semua dah kekenyangan penangan pulut kuning.

Esok abang besar ada sekolah ganti, penangan pulut kuning, semua perut angin ...hahaha.

Bilik kami pun dah bau minyak angin jer. 

Mama kata pulut kuning ni tinggi kolestrol..sebab tu la kami hanya dapat merasa makan pulut kuning bila ada kenduri jer...kalau nak tunggu masak kat rumah memang tak ada la. lagi la mama kami tu dah ada tekanan darah tinggi , lagi la tak akan jumpa pulut kuning.

Ok tu aje nak cerita, cuaca masih belum baik lagi....jerebu masih teruk, bau asap je pagi petang, siang malam...tadi dalam suratkhabar ada berita masjid buat sembahyang hajat ramai-ramai, mohon untuk hujan dan mohon jauhi dari bencana alam...Ya Allah turunkan lah hujan ...takut pulak rasanya.


Gambar google.

Harap cuaca bertambah baik

Hujung ni kami balik rumah makcik, tunggu abang habis kelas ganti dulu.

-3 boys -

Tuesday, 4 March 2014

Jerebu la pulak..

Salam semua,

Semalam guru besar sekolah dah umumkan hari sukan sekolah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu nanti..nak tau kenapa?

Sebab sekarang ni dah berjerebu la pulak!!

Dah la cuaca kering berpanjangan..hujan baru je stat turun, tetiba sejak 2 hari lepas negara kita diserang jerebu...mama kami kata ada kebakaran hutan yang tak dapat dikawal di Riau ..tu la jadi jerebu tu.

Nasib baik kami ni tinggal kat seremban , tak le teruk sangat jerebu...nampak macam berkabus aje la , ada bau asap tapi masih ok lagi...dalam paper kata KL dan Penang paling teruk jerebu.

Tadi dah ada juga parent yang tak hantar anak diaorang ke kelas kafa...diaorang kata pasal jerebu, anak diaorang dah stat batuk . Tadi kami pun tak kafa, tapi bukan sebab jerebu tapi sebab mama nak hantar abang im gi cabut gigi.

Aktiviti ko-kurikulum pun dibatalkan ..esok semua orang sekolah pagi aje...abang besar kami pun takde ko-ku sebab tengah minggu periksa. 

Bagus juga bila sekolah batalkan semua aktiviti luar, sebab cuaca dah sangat membahang..panas teramat.

Kadang tu mata sampai tak boleh bukak sebab silau sangat, kesian kat kawan-kawan yang pergi-balik naik motor kan....mesti panas.  sedangkan kami yang duduk dalam kereta dan bukak aircon full pun berpeluh jugak.

Harap cuaca bertambah baik dan hujan turun macam biasa ...rumput-rumput pun jadi hijau semula...sekarang ni semua tempat dah macam kat oversea bila time musim luruh..semua rumput-rumput dan daun jadi coklat.

-3 boys -

Sunday, 2 March 2014

Alhamdulillah hujan sudah turun

Petang tadi dalam pukul 4 lebih, tetiba dengar bunyi guruh.

Taklama lepas tu dengar bunyi guruh kali ke 2, kuat bunyinye..dan......

Alhamdulillah, turun lah hujan selebat-lebatnya diserta dengan angin kuat....kelam kabut mama kami angkat kain di jemuran.

Hujan sangat lebat , angin sangat kuat sampai pintu rumah pun kena hujan.

Mama kata si Blackie, anak kucing kami Min kelam kabut tak tau nak buat apa..last-last dia nyorok tepi pasu di dalam hujan , basah kuyup dia.

Mama terpaksa selamatkan Blackie, pakai payung ..mama cerita angin kuat sampai payung hampir tercampak.

Baru perasan, ini pengalaman pertama Blackie kena hujan, kan hujan dah hampir 2 bulan lebih tak turun, umur Blackie pulak baru nak masuk 3 bulan. Masa dia baru lahir mana dia tahu hujan.

Mesti dia heran, apasal aku basah kuyup nih?

Apa-apa pun Alhamdulillah dengan rahmat yang Allah turunkan ini.

-3 boys -

Terbakar!!

Musim kemarau masih berlanjutan, takde tanda-tanda nak hujan.


Pokok-pokok dan rumput-rumput habis semua kering, rumput kapet kat rumah kami pun kering, kena siram tiap-tiap hari, kalau tak mesti mati.

Bila dah pokok dan rumput semua kering, maka mudahlah terbakar.

Dan bukit besar depan rumah kami pun telah terbakar pada hari Rabu lepas , 26/2/2014.

Hari tu kebetulan Makngah datang rumah, makngah hantar keta MyV baiki ekon. Mama cerita , mama keluar nak angkat baju, tengok-tengok bukit besar depan rumah dah ada asap tebal, ada bunyi api tengah membakar , meletus-letus camtu.

Mulanya tak nampak pun apinya, semua orang kat tempat tu pun relak jer macam tak de apa-apa pun, mama pun keluar beli kuih dengan ayah, pastu masak air buat minum petang . 

Tetiba , tengok-tengok api dah menjulang kat puncak bukit tu..pastu bunyi meletus-letus semakin kuat dan orang-orang kat situ dah stat sibuk. 


Ni kat bukit depan rumah, belakang rumah doktor tu, dan belakang rumah doktor tu ada rumah Pakcik Khalid...ayah kata api tu turun laju giler dan menghala ke rumah pakcik tu.


Masa ni uncle Azman, ayah dan jiran-jiran lain semua dah berkumpul dekat rumah pakcik Khalid tu , siram air dekat belukar tu supaya api tak makan, ayah kata panik juga bila tengok api turun laju je.

Masa ni bomba pun dah datang dah, api yang tadinya tak nampak tetiba dah menjulang-julang.



Api marak sangat masa ni, terasa bahang sampai depan rumah kami.

Masa ni bomba dah stat pancutkan air, kuat betul air tu, kejap jer padam api tu. 

Alhamdulillah , api semua padam dan takde apa-apa buruk berlaku, rumah pakcik khalid pun selamat.

Yang tak selamat, lengan ayah habis kena gigit nyamuk masa masuk dalam semak siram air...hihihi. 

Lama juga lah pakcik-pakcik bomba tu kat situ, agaknya bomba dah pastikan api betul-betul padam , baru lah kereta bomba tu balik.

Sepanjang malam la rumah kami bau asap..kat laman penuh dengan debu-debu. 

Habis gondol dah bukit tu.

Sebenarnya banyak bukit-bukit macam tu dah gondol terbakar, bila kami jalan-jalan ke seremban, mesti ada bukit-bukit sepanjang jalan dah gondol.

Minggu lepas dalam perjalanan balik dari rumah makcik, kat highway pun terbakar kiri-kanan. sepanjang jalan tu ada jer asap tebal...kesian pakcik bomba kan..penat betul diaorang.

Sekarang ni ayah kata masa untuk jimatkan air, kalau basuh muka, gosok gigi atau ambik wuduk, ayah suruh kami buka air kecik jer. Ayah pun dah tak basuh kereta dah, lap jer dengan air basah. 

Harap hujan turun la.. Ya Allah , turunkan hujan . 

-3 boys -