Tuesday, 5 May 2015

Apabila diuji dengan kepayahan

Salam Selasa,


Hari ini hari pertama abang besar dan azri memulakan persekolahan setelah 2 minggu cuti sakit ..kes denggi pertama dalam keluarga kami seseluruhannya.

Abang besar masuk hospital KPJ pada petang selasa 21/4/2015..sejak hari tu mama dan ayah kami berulang-alik dari hospital ke rumah jaga abang...tapi waktu malam abang tido sorang aje la kat bilik hospital tu.

Sementara tu di rumah, demam azri semakin berlanjutan , panas tak turun-turun, mama sentiasa basahkan badan azri dengan tuala lembab.

Sejak hari selasa tu palet darah abang semakin rendah , dari 54 jatuh ke 26 dan akhirnya jatuh ke angka 16 sedangkan bacaan palet normal adalah antara 150-240..jadi dah rendah sangat palet darah abang tu.

Hari khamis , 23 April, abang besar dipindahkan ke wad HDU, (High Dependency Unit)..palet dah rendah sangat jadi doktor kata kena pemantauan teliti. Kali pertama jumpa abang kat HDU, mama kata mama terkejut sebab macam-macam wayar pasang kat abang, siap sambung kat mesin yang bunyi tut..tut..tut.lagi la mama kami sangat-sangat risau.

Tapi herannya ayah kami relax aje...mama gi jumpa doktor sebab risau sangat..hihihi patut la ayah kami relax jer pasal white blood cell abang dah semakin meningkat...maknanya tidak diparas bahaya.

Esoknya , Jumaat 24 April, ayah gi kerja , mama pulak bawa azri gi check darah, sebab azri lemah dan panas tak turun-turun..mula tu gi klinik kesihatan Rasah jer..tengok-tengok orang punya la ramai.

Azri masa tu dah sakit kaki tak leh jalan, minta dokong dengan mama, mama kami kata nak putus nyawa kot mendokong azri, azri kan dah tinggi , setinggi bahu mama, berat boleh tahan pulak tu.

Punya lama tunggu, dah la kejap-kejap text abang tanya khabar dia yang sorang-sorang kat HDU tu..last-last mama decide ambik surat rujukan dari klinik panel dan bawak azri terus ke KPJ untuk check darah.

Lepas jemput im dari sekolah, bagi azri ubat demam, mama tunggu ayah balik dari ofis, ayah sampai jer terus la kami ke KPJ, ayah terus gi wad HDU tengok abang, mama dan im bawa Azri klinik Dr Wilson dan gi check darah.

Seperti yang dijangka , palet darah azri dah sangat rendah 41 jer..dan positif denggi..adoi la kena la azri duduk hospital.

Yang tak bestnya doktor decide nak masukkan azri dalam HDU sebab palet dah rendah , perlu pemantauan rapi...last-last abang besar dengan azri tukar baton la, azri masuk HDU, abang keluar HDU masuk bilik 308 Sri Selasih.

Malam tu mama kami tido hospital la..mama cerita sepanjang malam mama tak dapat tidur, berulang alik tengah-tengah malam kejap kat HDU tingkat 4 kejap kat bilik abang tingkat 3.

Bila tengah-tengah malam, mama cerita tak berani nak guna tangga, sunyi giler lagipun takut terserempak dengan hantu pocong ke, cik ponti,...mama guna lif. takut juga sebenarnya , diri betul2 kat depan pintu lif.

Malam esoknya lagi la mama letih, Azri asyik merengek-rengek aje sebab badan lemah, hati ada bengkak jadi tak selesa, makan tak boleh , asyik muntah ajer, jadi bila dah tengah-tengah malam perut jadi gastrik.

Abang besar pulak kena penyakit tak dapat tido, abang pun kena sakit gastrik juga, perut keras pastu tak selesa nak tido. kejap-kejap abang text mama panggil mama datang bilik..ada sekali tu pukul 3.30 pagi abang call mama suruh teman abang kat bilik, mama pulak mamai-mamai masuk lif terus tekan butang G..pastu terkejut pulak tu apsal lif turun sampai ke G.

Yang nurse kat HDU pun satu penyakit, pantang mama keluar kejap jenguk abang dan pantang azri merengek sikit, dia dah call dah panggil mama...ada sekali tu pukul 4.30 pagi nurse tu call hp ayah panggil suh jaga azri.

Kata nurse hospital bayar , swasta , mahal bayar tapi malas sama jer macam hospital kerajaan...*&^***##@...geram!!

Hari Ahad, palet darah abang dah semakin baik dan abang dah semakin selesa, makan pun dah mula nak ada selera. Azri pulak yang tengah teruk dah la badan rasa tak selesa , lagi wayar-wayar melekat ..mengamuk la azri.

Ada sorang nurse tu kesian kan azri, dia bagi perlepasan untuk azri jalan-jalan, tanggalkan semua wayar dan drip pastu mama bawa azri gi bilik abang bilik 308 dengan wheelchair.



Dua-dua muka keletihan.

Dapat la mama regangkan otot-otot dan bancuh air nescafe. 

Ahad malam isnin tu abang dah dapat tido lena dan tak kacau mama sepanjang malam, jadi malam tu mama teman kan azri sampai la pagi.

Hari Rabu dan Khamis pulak ayah kami out station ke Ipoh ...terpaksa lah ayah import makcik dari kampung untuk kami semua, yang penting untuk masak makanan untuk im yang mengharungi kehidupan berseorangan di luar sana..kesian im!!

Hari isnin ayah kerja jadi terpaksa import makcik untuk datang hari isnin..mama cerita mama rasa sedih sangat dan kesian pada im hari tu..ye la mama , abang dan azri ada kat hospital, ayah gi kerja, im yang sorang-sorang gi sekolah   dah la pukul 11 pagi tu hujan lebat, mama rasa risau sangat im yang berseorangan di luar sana.

Mujur pukul 1.30 makcik datang jemput im dan terus balik rumah.

Hari isnin tu mama lega sikit sebab abang dibenarkan balik rumah dan azri dapat masuk wad biasa. Tapi lama juga la ketiga-tiga kami melepak kat hospital sebab kena tunggu ayah balik dari kerja jemput abang dan tunggu bilik kosong untuk azri. 

Bilik kosong untuk azri lambat gile siap, ayah dengan abang dah sampai rumah dan dah lepak-lepak,  mama dengan azri masih tersadai kat HDU.

Lepas makan malam baru bilik azri siap


  
Dapat bilik 436, wad Sri Angkasa.

Ada satu masalah..cadar adalah cadar Frozen!!

Jadi azri tak nak baring atas katil..nasib baik ada extra selimut dari bilik HDU, mama balut tilam tu dengan selimut sampai tak nampak cadar asal, baru la azri sanggup baring atas katil tu.


Baru la rela baring atas katil tu.


Malam tu azri memang tak dapat tido semalaman..badan tak selesa..merengek aje la sepanjang malam...mama letih sangat dah la dapat roomate yang bising , bertahan aje la.

Hari selasa, palet darah azri dah semakin meningkat, naik ke 106 tapi doktor tak kasi balik, doktor suruh tunggu esok. jadi malam tu ayah datang hantar keta , parking kat KPJ supaya senang mama nak balik sebab esok ayah dah gi Ipoh. 

Esoknya ayah dah gerak ke Ipoh, tinggallah mama dan azri berdua aje kat hospital ..tak sabar-sabar tunggu nak balik.....mama dah siap-siap kemas beg dah.

Result darah siap..Alhamdulillah palet naik 189 , confirm boleh balik.

Tapi nak tunggu bil, ubat, mc itu ini, lambat juga la dapat balik ..pukul 5.30 melangkah lah mama dan azri keluar dari hospital ke parking lot dengan rasa yang amat-amat gembira.


Dapat upah sebab masuk hospital, circuit board Tony Hawk


Ni muka dah tak sabar nak balik


Ni muka sehari sebelum balik, muka dah bosan teramat bosan.

Alhamdulillah kami semua sihat-sihat dan dah boleh mula sekolah.

Hari khamis nanti ada check up dengan Dr Wilson , Abang pulak ada check up dengan Doktor Dato Marina tengah bulan nanti.

Teruknya penangan denggi.

Nak tau berapa bil? ....Bil Abang RM 8,900++, Bil Azri RM7,900++ ..nasib baik semua insuran bayor...ada gst.

Mahal tak??? kalau mahal pak menteri kata gi masuk hospital kerajaan..

-3 boys -

Wednesday, 22 April 2015

Anniversary mama dan ayah kami

Cerita ke 2 hari ni.

Hari ni 22/4/2015 adalah hari ulangtahun perkahwinan mama dan ayah kami 

Yang ke 15


Tapi dugaan yang diberikan oleh Allah, mama dan ayah tak dapat nak celebrate best-best ..sebabnya abang besar kami masuk wad sebab denggi dan azri pun demam sejak semalam.

Abang besar stat demam hari sabtu lepas..weekend tu ayah takde, ayah ikut company trip naik StarCruise...jadi hari sabtu pagi ayah dah ke KLIA nak flight ke Penang, kami tak kemana-mana sebab hari Ahad hari sukan sekolah KGV rendah

Kami tinggal berempat jer kat rumah weekend tu.

Sabtu petang tu abang stat sakit kepala, mama bagi panadol 2 biji dan terus bagi setiap 4 jam sebab badan abang dah stat panas dan kepala dah sakit.

Malam tu abang tak dapat tido...asyik bangun jer kejutkan mama....mengadu macam-macam sakit.

Pukul 1.30 pagi bangun, pastu pukul 2.30 pagi bangun lagi ....last pukul 5.00 pagi bangun lagi...mama kami dah sakit kepala, terus terlajak pukul 6.30 pagi baru terjaga.

Kelam kabut sebab pukul 8 im dan azri dah kena ada kat sekolah ..mama dah rancang nak lepak tengok sukan sampai tamat sebab im masuk perbarisan dan azri masuk lari berganti-ganti.

Dah abang nampak tak larat sangat...terpaksala mama hantar aje im dan azri dan balik semula ke rumah. pastu hantar abang gi klinik ....suhu abang tinggi sangat, dapat la antibiotik.

Hari isnin , im dan azri cuti peristiwa sempena sukan, ayah kami gi kerja macam biasa. Abang tak larat nak ke sekolah sebab masih demam.

Hari  tu abang masih demam , tinggi suhu dan sendi-sendi dan kepala pun sakit-sakit..mama dah risau.

Malam tu im dan azri tido cepat sebab esok sekolah, tengah-tengah malam azri terjaga pastu menangis mengadu sakit kepala, badan pun dah panas. 

Tapi mama hantar juga azri ke sekolah sebab mama nak kena teman maktok gi klinik tulang, tapi dah demam, pukul 9 pagi sekolah kgv dah call mama suruh jemput azri. Mama tak dapat la teman kan maktok hari selasa tu, dapat hantar jer pastu terus ke klinik bawa azri dan abang terus.

Kat klinik, demam abang kami masih tinggi, doktor tu terus buat surat rujukan ke hospital dan bagi azri mc 2 hari.

Petang tu ayah kami balik cepat...sama-sama la hantar abang buat ujian darah kat KPJ.....confirm la denggi, kena ka check in malam tu kat kpj.

Lagi haru malam tu mama dgn im aje kat rumah jaga azri, azri demam teruk, tiba-tiba mama perasan badan azri keluar ruam merah-merah dan besar-besar.....tengah-tengah malam tu jugak mama kami kejut im, bawak azri cari klinik 24 jam..terus check darah, palet darah azri pun dah rendah...adoi mak!!  kena berjaga-jaga

Makanya hari ini, mama dan ayah kami sibuk bergilir-gilir menjaga 2 orang sakit, sorang kat hospital dan sorang lagi kat rumah.

Tak de makan-makan special, takde kek kek....kesian kan.

Yang ada berbotol-botol air badak dengan air 100plus..hihihi

Tadi azri kena paksa makan habatus sauda...harap esok keadaan abang bertambah baik dan azri juga bertambah sihat.

Ayah kata ini anniversary gift yang paling hebat mama dan ayah dapat....Allah sayang kata ayah..Aminnn

-3 boys -

Alamak!! dia buat lagi

Salam semua, 

Bertemu kembali di diari yang kadang kadang diisi ini.

Oh No! he did it again!!...who???...josh la
Josh buat perangai lagi...kencing dalam rumah

Ayah kata dia nak mark territory dia tapi masalahnya dia kencing kat beg-beg sekolah kami.


Ok..Kali pertama dia kencingkan beg sekolah kami, hanya beg sahaja yang basah..mama rendam guna sampai setengah botol sabun...bila kering harum semerbak beg-beg kami, sampai buku-buku pun bau wangi.

Tu takpe.

Tiba-tiba satu petang mama perasan ada bau pelik kat bilik study kami...check punya check , rupanya beg-beg sekolah kami dah basah lencun kena  kencing dan paling parah buku-buku kafa azri basah kuyup kena kencing ..karpet pun basah kuyup...adoii.mama kami sangat marah.

Rendam lagi beg-beg sekolah tu dan dengan buku-buku tu kena basuh sekali.

Kali ni Josh dilarang keras masuk rumah.

Masalahnya lepas 2-3 hari bau kencing kucing dalam bilik study sangat keras , kami semua nak termuntah.

Last-last satu petang lepas balik dari sekolah, mama ajak kami gi beli karpet baru.

Dan esoknya, tak sabar punya pasal, mama kami sorang-sorang buat projek tukar karpet...karpet lama dah hancur, buang terus, siap basuh lantai dan hamparkan karpet baru berbau kedai.

Peh..segar terus bau bilik study kami, baru la semangat nak buat homework. hahaha

-3 boys -

Friday, 10 April 2015

Next time let the driver decide!!

Kenapa?, kenapa?

Pagi tadi macam biasa mama hantar kami semua ke sekolah.
Keluar rumah pkl 6.59 pagi....maknanya pasti awal sebab pantangnya mesti keluar rumah pkl 6 lebih, jangan sampai cecah no 7 , nanti lambat.

Trafik banyak macam biasa tapi mama drive relak aje la

Tetiba phone mama bunyi...ayah call...ayah beritahu trafik light kat Shell Paroi tu jem , mesti mama lambat, mama kata mama dah hampir sampai ke trafik light tu , kereta banyak macam biasa tapi ok jer.

Ayah kata dia dah potong ikut forest heigh....abang besar pun sibuk la suruh mama de-tour ikut Forest Height, mama kata jauh tp abang insist kata dekat jer.

Mama macam teragak-agak tapi abang kata dekat jer kalau ikut forest height ..ha ambik kau,mama pun potong la ke kiri , tengok-tengok trafik light Shell tu clear jer...tapi dah terpusing kiri nak buat camne.

Dipendek kan cerita memang tragis betul la ikut Forest Height..tetiba kat depan ada lori tangki, kereta semua merangkak-rangkak belakang lori.

Pastu trafik light ke forest height pun mangkuk, hijau selama 2 saat jer pastu kereta banyak pulak tu.

Kami yang dalam kereta terpaksa la tadah telinga dengar mama kami membebel..mama kata lain kali jangan kacau driver, let the driver drive, let the driver decide..bla.bla..bla...whateverr..

Siap abang kena warning, 'don ever mention ikut jalan ni lagi, jauh' ..stupid decision la apa la.....marah nampak!!!

Akhirnya ketiga-tiga kami lambat sampai ke sekolah..abang besar sampai pkl 7.26 dan kami sampai pkl 7.35 ...abislah semua kena ambik nama.

Tu la ...ayah selalu kata kita kena bersangka baik...mana tahu Allah sengaja de tour kan perjalanan kami ke sekolah, kami lambat gile tapi alhamdulillah selamat..mungkin nak jadi kemalangan ke ? bak kata ayah..semua yang berlaku mesti ada sebabnya.

Harap sejuk la hati mama kami...hahaha....kesian sampai ayah pun kena marah..mama bebel kata lain kali tak yah le call beritahu apa-apa , tau la mama buat camne.

Tapi mama tak bebel terus pada ayah ler, kang kena marah baru tahu, mama bebel pada kami aje la, kesian kami kena tadah telinga..chill out ma, jangan stress nanti cepat tua.

Ok tu je nak cerita

-3 boys -

Saturday, 4 April 2015

Beli untuk keperluan bukan kemahuan

Salam,

Itu yang mama kami beritahu kami
Mama kata kerajaan dah kena kan GST(???)
Barang semua jadi mahal

Jadi mama kata mulai sekarang kami hanya shopping barang-barang untuk keperluan sahaja , dan bukan kemahuan.

Maka ini bermaksud hasrat kami nak menambah koleksi senjata Neft dan techdeck kami terkubur begitu sahaja...sedihnya.


Ni koleksi senjata Neft kami, yang hijau tu abang im yang punya.

Azri ada pasang angan-angan nak beli type Ravern masa birthday nanti, nampak gaya permintaan azri tu confirm akan di tolak mentah-mentah..huhu


Ni pulak koleksi tech deck.
Yang sandar kat kotak hijau tu hadiah birthday im, yang pink tu Penny board tu pulak kepunyaan azri.

Nampak kecik kan tapi harga mahal
RM25 setiap satu, abang besar pun ada satu tapi x de dalam gambar.

Kami ada pasang angan-angan nak menambah koleksi tapi semalam mama cakap kita tak kan beli techdeck lagi sebab harga seketul kecik ni sama dengan harga 10 kilo beras, jadi lebih baik beli beras..kenyang satu family sebulan...oh nooooo!!

Semalam kami teman mama gi Tesco, mama kata ni kali pertama kami bershopping lepas benda alah GST tu dikenakan...apa yang kami dengar mama kami mengomel aje....tu mahal...ni mahal....tu naik harga, ni naik harga ...APA!...susu pekat pekak macam ni 3 inggit lebih!!! dah macam-macam lagi la.

Tapi memang betul pun, semalam kami beli sikit aje, tujuan nak cari mentol dengan kapet kecik tapi dua-dua tu x de, jadi kami beli coklat, bahan-bahan nak buat kek batik dengan jellybean jer ...semua mama kena bayar lebih RM50 ..mak aii.

Nampak gaya terpaksa la kami kurangkan aktiviti minum milo tabur sebab mama kata milo 2 kilo yang biasa mama beli dah mahal bebeno...

Dah tak leh ratah milo lagi.

Oh Noooo....

-3 boys -