Wednesday, 5 September 2018

La lupaaaa

yang kami ni ada blog diari untuk dicatatkan...dah bulan 9, catatan diari baru 2 jer 😂 

Salam Rabu semua,

Ye banyak betul catatan kehidupan yang kami belum catat disini, untuk rujukan dan kenangan kami masa depan juga 

Tahun 2018 ni dah boleh dikira complete dah ..mama kata kalau dah raya puasa, dah raya haji dan dah sambut hari merdeka , kira dah complete la tahun tu, looking forward untuk tahun depan la. TAPI kan bagi abang besar dan si bongsu azri yang keduanya adalah calon SPM dan calon UPSR, tahun 2018 ni belum complete lagi,masih banyak onak dan duri untuk ditempuhi. 

Jangan buang masa jom kita flashback apa berlaku tahun ni..secara ringkas je la..nama pun diari kehidupan bukan novel kehidupan. 

RAYA KAMI 

Raya tahun ni kat Jasin kampung ayah. disambut dengan  sederhana , mama kami pun sambut ala kadar je sebab masih kesedihan dan terasa kehilangan tok bah. mama pada awalnya tak mo beli baju raya , nak pakai baju raya 2 tahun lepas yang kaler grey tu tapi mama kesian pulak dengan kami, tak nak spoil kan kegembiraan kami beraya.



Kami di Eid 2018

Yang baju melayu peach tu bukan adik kami ye...hahaha  tu cucu saudara ayah 

Tema hitam grey ni tema pilihan kami sejak tahun lepas lagi, tak sangka ramai rupanya yang berhitam kelabu macam kami. bila gi beraya rumah orang, ada jer yang bertema kaler yang sama. 

Geng yang raya kat jelebu adalah geng maklong dan maktom sekeluarga . Maklong ada sent gambar raya ramai-ramai kat jelebu tapi terasa lain gambar raya family mama...maktok je yang sorang-sorang kat tengah, selalu maktok diapit oleh tokbah ..sayu juga tengok gambar raya kat jelebu tahun ni. 

Raya Haji pulak kami semua di jelebu, maktok ada buat korban 3 bahagian tahun ni. 

Raya mate kami adalah makjah and the gang. makjah gigih bakar lemang 20 batang tapi buluhnya kecik2 jer. rendang maktok masak, mama masak ayam masak merah , kuah kacang dan nasi tomato. 

Tak yah letak gambar la sebab kami ulang tayang baju yang sama jer.

Ok habis dah cerita raya..next

BIBIK MAKTOK LARI

Buat sekian kalinya bibik maktok lari lagi. ni bibik ke 4 lari kot...adoiii

Bila bibik ni dah lari , bermakna maktok tinggal berseorangan dirumah, risau dengan keadaan tu semua adik beradik mama nak maktok tinggal kat rumah masing-masing , jadi maktok gilir-gilir lah tinggal di rumah maktom 2 minggu, pastu rumah kami 3 minggu pastu rumah maktom semula pastu rumah makjah

Tapi maktok sedih tinggalkan rumah jelebu ..terasa macam tinggalkan tok bah sorang-sorang kat sana. hari tu maklong cerita maktok nangis sedih jadi pelarian katanya .terapung sana terapung sini.  apa la maktok ni ..ada ke?

Kami suka je maktok duk rumah kami sebab maktok rajin potong buah..hahaha..nak tunggu mama, buah sampai lebam lembik tak de sapa nak potong .

Sekarang ni maktok ada kat rumah makjah , minggu depan maktok duduk dengan kami pulak, mama suka sebab mama ada teman dan kawan berbual masa masak. mama kata maklong tengah usaha carikan pembantu baru. ye lah bukan apa, maktok lebih suka tinggal di rumah sendiri lagipun maktok ada geng surau, pagi2 ada kelas mengaji, malam ada kelas agama dengan ustaz..tak lah boring. dulu masa bik erna ada, maktok bawa bik erna sekali ke surau. tak tau apa salahnya lari pulak si bik erna ni.

Harap semuanya baik-baik saja untuk kami semua dan permudahkan urusan dapat pembantu untuk maktok. tu lah mama kami kata ...nak jaga anak ramai2 memang senang bagi seorang ibu tu tapi nak jaga ibu seorang, memang payah sangat bagi seorang anak. mama selalu pesan kat kami nanti bila mama dan ayah dah tua, jaga mama dan ayah baik2. 

Sekian dulu. next story pasal dental surgery azri pulak   


-3 boys -

Wednesday, 30 May 2018

Menuju pertengahan ramadan

Assalamualaikum semua, 

Hari ni dah 14 Ramadan, esok 15 ramadah terawih nanti dah kena baca doa qunut.

Ramadan kami macam biasa , kami berbuka secara bersederhana, hanya beli air dan kuih sejenis sahaja dari pasar ramadan, lauk pun mama masak sejenis jugak sebab masak banyak-banyak jenis pun, kami bukan nya makan pun, masa sahur tak lalu nak makan banyak2..loya tekak.

Tapinya, sama macam tahun-tahun lepas, masa sahur kami mesti ada coklat-coklat , wajib!..untuk tenaga katanya..jadi stok coklat dalam peti sejuk memang tak putus lah.

Mama kami tak berapa ceria ramadan tahun ni, mama kata mama asyik teringatkan tokbah , sedih juga mengenangkan maktok yang kesunyian di kampung, berbuka berdua je dengan bibik. maktok kata tahun lepas tokbah sentiasa menemani maktok berbuka.. tahun lepas tokbah dah tak berupaya berpuasa...tapi masih gagahkan diri turun ke dapur temankan maktok berbuka. Maktok kata kalau maktok puasa sunat pun setiap kali berbuka tokbah akan temankan..hanya sekadar duduk semeja dan minum air je dah menyeronokkan buat maktok.

Tapi puasa kali ni maktok dah tak de orang teman berbuka, maktok kata maktok sunyi tapi alhamdulillah setiap hujung minggu akan ada adik beradik mama yang balik menemani maktok, tambahan pula dua orang kazen kami dah bersekolah kat MRSM Jelebu jadi setiap weekend memang maktom atau maklit akan balik temankan maktok. 

Tahun ni giliran kami beraya kat Jasin, ayah dah cakap dengan makcik yang kami booking siap-siap bilik tido kami tu jadi tak perlulah ayah booking hotel nanti. Dah dua tahun berturut-turut kami balik beraya ke jasin tapi tido hotel sebab bilik kat rumah makcik semua fully booked...seriously tak de rasa macam raya sungguh sebab malam je kena balik hotel pastu pagi keluar balik jasin beraya...tak syok la camtu.

Ok tinggalkan bab balik raya...lama lagi tu.

Kami sekarang ni sedang musim exam, seksanya rasa ada exam dalam keadaan berpuasa, kering tekak dan letih lesu jadinya. Azri dah setel semua examnya...tinggal abang besar dan abang im nak habiskan paper yang ada.

Minggu ni insya Allah abang im habis exam pastu minggu depan abang besar pulak tamat exam.. yess pastu cuti sekolah 2 minggu. mama kata cuti sekolah nanti baru nak buat kuih raya back to back..hahaha.


oh, kami tak sempat nak cerita, kami dah ada kucing baru, baka kacukan persian dengan Maine Coon...Mojie nama dia ni. ni gambar lama, mojie dah besar dah sekarang ni, hampir setahun la umurnya . Dah namanya kucing jantan, dia dah stat menanda kawasannya..jadi dia ni memang dilarang keras masuk dalam rumah, mimpi la dia dapat baring-baring mcm ni..hehe

Ok la sampai sini dulu, ada masa kami bercerita lagi. 

Cerita pasal rumah kami syurga kami ni lah...make over rumah ...jumpa lagi ya

-3 boys -

Wednesday, 25 April 2018

Kehilangan

Salam Rabu , 25 April, 2018


Bertemu kembali di catatan kehidupan kami tiga adik beradik lelaki ni. Sungguh cepat masa berlalu sampai tak perasan tahun 2018 dah hampir mencecah ke bulan Mei. 

Tak lama lagi bulan Ramadhan akan bertandang namun bagi kami puasa dan hari raya tahun ni tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. tahun kami kami akan beraya tanpa tokbah ..😭 ye kami kehilangan tok bah yang kami sayangi , tok bah telah pun pergi menghadap Penciptanya pada 21 Februari, 2018 jam 2.55 pagi. 




Mama dan tokbah, gambar tahun lepas masa mama teman tokbah renew lesen senapang tokbah. Masa ni tokbah dah mula tak sihat...takde selera makan.

Tokbah mula dialisis buah pinggang pada awal 2016 , kira dah lebih setahun tok bah cuci buah pinggang, guna capd, cuci air buat kat rumah jer 4 kali sehari, maktok la nursenya yang uruskan cuci air tokbah ni.

Mama kata kesihatan tokbah semakin bulan semakin merosot, bermula bulan 10 tahun lepas, tokbah dah stat tak de selera makan, susah nak telan ubat dan malam pun tak tidur nyenyak. 

Kesihatan tokbah jelas merosot masa kami sekeluarga menumpang tinggal di rumah Bukit Kelana, ayah renovate rumah masa tu. Kebetulan pula maid jahat maktok lari dan menyamun duit tokbah. jadinya maktok dan tokbah pun tinggal lah bersama kami kat rumah bukit kelana. 

Masa tu memang tokbah tak berapa sihat dan semakin pelupa.. makan pun sikit sangat, dua tiga sudu jer pastu tak mo dah..mama risau sebab tokbah semakin kurus. setiap pagi mama bangun tido pukul 5 suku pagi mesti nampak tokbah duduk kat hujung meja dalam gelap. tau lah mama yang tokbah ni memang tak dapat tido.

Seminggu sebelum sekolah buka..rumah kami pun siap renovate , kami pun pindah semula ke rumah kami, maktok pulak dah dapat maid baru dan balik la tinggal kat rumah jelebu. 18/1/2018 , mama hantar tokbah check up kat HTJ ditemani maktok. ye rutin biasa mama kami sejak 4 tahun lalu. Maktok beritahu doktor yang tokbah ni lemah je , tak nak makan, tak dapat tido. Doktor suruh tokbah masuk wad, untuk pemerhatian lebih lanjut katanya .

Tokbah pun masuk wad dan ditemani maktok malamnya . esoknya jumaat mama jaga tokbah sampai hari sabtu. keadaan tokbah elok-elok saje.. makan sikit jer, kena suapkan selalu, ubat kena minta nurse tumbuk halus , malam pun tak tido. Sabtu tu 20/1/2018 maklong pulak take turn jaga. Tiba-tiba masa tokbah cuci air maklong kata tokbah tergigil-gigil dan mencungap-cungap..cepat-cepat hantar ke wad dan bagi bantuan pernafasan. doktor kata tokbah kena serangan jantung masa tu...Allahu Akbar, kesian tokbah.

4 hari seterusnya tokbah cuci air pakai mesin APD je lah..pasang masa malam, esok baru bukak. 10 jam...kesian tokbah, memanh kena pakai lampin pakai buang je all the time. Sebenarnya kejadian hari sabtu tu bukan hanya serangan jantung je...doktor beritahu tokbah ada jangkitan kuman dalam darah...patut lah tokbah lemah sangat...kena la antibiotik melalui drip untuk 14 hari...14 hari tu!

2 minggu berikutnya keadaan tokbah bertambah baik, kalau dulu kena pakai oksigen, sekarang tak perlu pakai , makan pun dah bertambah, mama dan adik beradik mama memang take turn jaga tokbah kat wad, untuk jaga belah malam pulak maklit ada guna khidmat nurse lelaki untuk jaga tokbah....sampai doktor dengan nurse kat wad ingat abang nurse tu cucu tokbah. Abang nurse tu pulak bila orang tanya dia , ni cucu pakcik ke?, dia mengiyakan aje.. hahaha.

Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya..dikala tokbah semakin sihat, dan di kala doktor dah plan untuk discaj tokbah dari wad, tiba-tiba malam ahad 4/2/2018. tokbah sekali lagi macam mengigil2, kali ni lebih teruk, macam kena sawan, telan air pun tak boleh.

Isnin pagi 5/2/2018, lepas hantar kami ke sekolah, mama bergegas ke hospital menjenguk maktok dan tokbah dan bawakan sarapan, alangkah terkejutnya mama lihat keadaan tokbah ..macam orang hilang ingatan dan mulut tak berhenti-henti macam mengunyah..mama kata tokbah asyik mengerang sakit dan memegang perut, mama agak mungkin tokbah sakit perut, angin tak lepas...tokbah pun ada masalah prostat , susah untuk buang air.

Doktor pun kelam kabut juga sebab tak sangka tiba-tiba jadi macam ni..doktok syak mungkin jangkitan kuman dalam darah tokbah tu semakin serius , mungkin jangkitan kuman yang baru sebab jangkitan kuman yang dulu tu nampaknya semakin berkurangan dan    antibiotiknya berkesan.

Pagi tu doktor terus masukkan antibiotik yang paling kuat..kesian tokbah, mama kata doktor cucuk jarum kat serata badan tokbah, kat leher pun ada. mama cerita lepas doktor masukkan ubat semua tu, tokbah macam nak duduk, tangan pegang perut macam perut tu sakit sangat. mama pun bantu tokbah duduk dan urut-urut belakang tokbah....tapi pastu tokbah baring semula. 

Tapi lepas tu tokbah tarik badan maktok , nak duduk semula , mama bantu tokbah duduk tapi kejap jer...tokbah baring semula. Mama berdiri je sebelah katil tokbah tu , gosok-gosok perut biar tokbah rasa lega sikit . Dalam pada tu nurse pun datang bawa peralatan nak masuk tiub kat saluran kencing, jadi mama pun capai henbeg dan berjalan ke arah maktok, kira menjauhi katil tokbah. Tiba-tiba keadaan katil tokbah jadi kelam-kabut, doktor dan nurse tiba-tiba silih berganti pergi ke katil tokbah..lepas tu mama dengar doktor tu panggil-panggil tokbah, ' pakcik, pakcik , dengar tak? bangun pakcik'. mama kehairanan , pastu mama nampak kaki tokbah yang tadinya resah bergerak-gerak dan tak bergerak lagi. stay jer macam tu.

Mama hairan lah kenapa tiba-tiba jadi macam tu, yang buat mama lagi risau , mama terdengar doktor cakap ' CPR, CPR...2 minit, 2 minit' pastu dengar doktor kata 'intubate, intubate' masa tu maktok dah nangis-nangis dah, mama masa tu lebih pada terperanjat dan kehairanan tapi bila doktor kata tokbah kena stroke dan terpaksa diintubate..mama kami dah menangis dah...tak sangka sampai jadi macam ni. 

Malam tu tokbah dipindahkan ke wad CCU tapi tak lama...esoknya hari selasa 6/2/2018, tokbah terus dipindahkan ke wad ICU. Sejak dari hari tu kami memang tak dapat nak tengok tokbah, hanya dapat tau dari mama je. mama kata doktor dah offkan sedation tapi tokbah tak sedar-sedar . doktor terpaksa buat dialisis darah pada tokbah tapi buat pada kadar paling perlahan sebab jantung tokbah dah teruk.

Doktor kata pagi isnin tu tokbah kena stroke yang teruk, x ray tunjuk kat otak tokbah banyak kesan-kesan stroke....mungkin tu sebabnya tokbah tak sedar-sedar walaupun dah off kan sedation. Ya Allah harapnya tokbah tak lah rasa sakit.  

Tokbah berada dalam ICU tu selama 2 minggu, memanh tiap-tiap hari mama akan bawakan maktok visit tokbah, bacakan yassin untuk tokbah. Maklong, Makjah, Maklit dan Maktom silih berganti ambik cuti bawakan maktok visit tokbah, Namun keadaan tokbah masih tk berubah malah semakin tenat.

Hari Isnin 20/2/2018...ayah jemput kami semua dari sekolah dan terus bawa kami ke ICU...ayah kata tokbah dah semakin tenat. Buat pertama kalinya sejak tokbah masuk ICU, abang besar dan abang im dapat tengok tokbah..sedih sangat tengok keadaan tokbah. kesian kat azri la tak dapat masuk langsung tengok tokbah sebab belum umur 12 tahun.

Hari tu memang ramai yang balik tengok tokbah tapi petang tu semua balik rumah masing-masing , ye la tengah-tengah minggu kan, semua sibuk dengan kerja dan sekolah.

Tengah malam tu pukul 2.15 pagi , mama kami dikejutkan dengan panggilan dari ICU..mama diberitahu tekanan darah tokbah semakin rendah ..bacaan diberi , memang sangat-sangat rendah ..mama kata mama dengar bunyi mesin tu kuat sangat. pastu doktor tu kata tokbah dah nazak ni...mama kata saya datang sekarang.

Mama terus bangun, masih mamai-mamai , tukar baju dan call maktok. Maktok pulak memang terkejut sangat sampai mama tak berpeluang nak beritahu hal sebenar, maktok asyik cakap ' abah kenapa, abah kenapa; pastu mama suh maktok siap jer kita ke hospital tengok abah sekarang.

Ayah kejutkan kami dan minta kami jaga rumah. ayah dan mama gi ambik maktok dan terus ke hospital. 

Mama kata semasa berjalan ke lif , hp mama berdering lagi, tepat pukul 2.52 pagi ,  wad ICU call, mama jawap terus kata 'saya ada kat bawah, saya naik sekarang" mama kata mama takut sangat sampai tak sempat nurse tu nak kata apa2. 

Sampai jer, mak guard kata tunggu dulu,mama memang nak rempuh je pintu wad ICU tu, pastu sorang doktor keluar, dia cakap tokbah dah takde, baru je beberapa minit tadi, beberapa ketika selepas panggilan telefon yang ke dua tu ..tepat jam 2.55 pagi, 21/2/2018, tokbah kami telah pulang ke rahmatullah. AL Fatihah tokbah yang kami sayangi.

Dengan lemah maktok dan mama melangkah ke katil tokbah, mama nampak tokbah tak lagi mencungap-cungap, dah tenang jer, tiub pernafasan masih dalam mulut, muka tokbah nampak pucat , mata pun terbuka.. mesin-mesin pun dah senyap dengan tiada apa-apa bacaan. Mama kata mama terus panggil tokbah dan menangis semahu-mahunya . maktok pulak raup muka tokbah tutupkan mata dan berkata.."abang, kenapa awak tak tunggu kita, kan awak dah janji nak tunggu kita, kita tak sempat jumpa awak' . Memang mama dan maktok tak sempat mengadap tokbah di akhir nafas tokbah ..semoga kalimah syahadah yang dibisik di telinga tokbah tak berhenti-henti tu dapat menemani tokbah di alam sana. Mama kata terbit rasa terkilan namun Allah lebih mengetahui segala-galanya..Allah knows best..mungkin maktok trauma tengok tokbah di akhir nafasnya.

Kini dah 2 bulan tokbah pergi, kami semua masih sangat-sangat merindui tokbah...mama masih terkenang-kenang saat2 menjaga tokbah di wad. Seminggu lepas pemergian tokbah, mama masih teringta-ingat macam nak masak cepat-cepat pastu nak gi hospital tengok tokbah. 

Ya Allah rindunya pada tokbah.



Happy moment..masa birthday abang tahun lepas.

Al Fatihah untuk tokbah, kami semua kan sentiasa merindui tokbah.

-3 boys -

Wednesday, 16 August 2017

Bertemu kembali

Salam Hari Rabu,

Entry terakhir kami adalah pada bulan Februari lepas, macam tak percaya dah 6 bulan berlalu tanpa apa-apa catatan di sini, sekejap je dah nak habis tahun 2017.

Tak banyak peristiwa penting berlaku, hari-hari kami berlalu seperti biasa, mungkin sebab itu kami tak teringat nak mencatat apa-apa di sini.

Tahun ni pun tak de sapa yang ambik peperiksaan besar jadi memang kami menjalani kehidupan harian dengan santai-santai dan bergembira hehehe. Tapi lain pulak ceritanya kazen-kazen kami, tahun ni 3 orang kazen kami akan berjuang mengharungi UPSR. 

Good luck untuk arif, aqmar dan johan.

Mama-mama diaorang lah yang kalut, last weekend siap buat tutorial perdana kat rumah maktom. 

Kami gelak-gelak aje la, bagi can bergumbira sementara menunggu tahun depan untuk SPM bagi abang besar dan UPSR bagi azri. 



Ni masa birthday abg im bulan januari lepas, kebetulan makjah berkunjung ke rumah, dapat la potong kek sama-sama. makjah masa ni baru je balik ke malaysia for good, dah tak duduk kat qatar lagi. Cuba tengok azidane, happy sungguh agaknya nampak strawberry berketul-ketul atas kek. 



Ni pulak abang besar kami dengan BFF nya..terpisah untuk 3 bulan jer.. kawan baik abang ni sebenarnya dah berpindah sekolah, masuk Saser, asrama penuh. Tapi sekejap je la, mohon balik masuk kgv, tak sesuai tinggal kat asrama agaknya.

Maka hidup abang besar kami kembali ceria dengan adanya BFF di sisinya. hahaha.

Abang besar kami pun memang tak nampak kelayakan duduk kat asrama pun, baju sekolah masih mama siapkan pagi2, cuma bangun pagi jer abang dah boleh sedar sendiri. tapi mama kata nanti kalau abang ada rezeki masuk Matrikulasi, memang tak de pilihan, kena juga tinggal kat asrama , masa tu memang abang besar kena redha je la. 

Sekarang ni sekolah tinggal 2 minggu je lagi, tak lama lagi cuti seminggu yang termasuk cuti hari merdeka dan raya haji tu. Raya Haji kali ni kami akan sambut di jasin, raya puasa hari tu kami sambut di Jelebu.

Bila dah hampir cuti ni memang macam biasa mood nak ke sekolah pun macam hambar jer, mula la badan rasa letih la, lesu la. Bila la agaknya nak hiking kat Bukit Broga ni, dah lama mama ajak gi Bukit Broga tapi hari tu ayah sakit pinggang la pulak.

Lepas bukit broga, kami cadang nak pergi Tanjung Piai, tempat penghujung semenanjung Malaysia tu. insya Allah kalau cuaca baik, sampai la kami ke sana.

Kami stop dulu lah...moga-moga kami diberi kerajinan untuk terus mencatat di sini. 

Bye

-3 boys -

Wednesday, 22 February 2017

Cerita Budak Sekolah

Salam hari Rabu,

Alhamdulillah dapat juga kami mencatat di diari kami hari ni.

Syukur segala yang diharapkan menjadi kenyataan. Abg Im dapat juga tawaran ke SM Kgv, satu sekolah dengan abang. Mama tak lah huru hara lagi menjemput kami dari sekolah.

Seperti yang dijangkakan , im menjadi perhatian abang-abang yang satu geng dengan abang besar. Macam-macam la diaorg tanya pasal abang besar, abang besar pulak mula tu macam malas nak layan im, kan dia kata im menyibuk je kat sekolah dia kan. Tapi lama-lama bagus juga abang besar menjaga im, sayang juga abang besar kat adik dia kan. 

Tahun ni tinggal azri seorang aje lah kat sekolah rendah. Sk Kgv ada guru besar baru..macam-macam juga perubahan guru besar baru ni buat, antaranya bubarkan rumah sukan Ungu. Sudahnya semua la kena ubah, azri terpaksa masuk rumah sukan merah. Mama kata kan membazir tu , dah kena beli t shirt sukan warna merah.

Sekolah abang besar dan im juga ada pengetua baru. Abang kata pengetua baru ni bosan. Ala kan manusia ni susah nak terima perubahan. mama kata bagi la masa kat pengetua baru tu, dia pun stress juga nak maintain rekod bagus kat sekolah sm kgv ni. Nanti lama-lama kita sesuai la dengan pengetua baru ni.

Tahun ni juga azri akan ambik Peperiksaan UPKK. kira ni tahun akhir la azri berkafa. 

Bila dah jadi senior ni ,lagi banyak masalah juga, sekarang ni setiap kata tak hadir ke kelas kafa, kena ada surat tunjuk sebab kerana tak hadir. letih juga mama asyik kena buat surat je sebab boleh dikatakan setiap minggu azri ponteng kelas kafa. sabar je la.

Sebenarnya kami tak tau nak catat apa dalam diari kami ni, kehidupan kami berjalan seperti biasa , tiada apa yang baru. 

Cuma minggu lepas yang kami tahu abang tiri Presiden Korea Utara kena bunuh kat KLIA 2 dan kerajaan Korea Utara sudah marah dan buat statement yang keras terhadap kerajaan kita ni. Kami terdengar prerbualan mama dan ayah .. takut juga sebab Korea Utara mama kata memang terkenal dengan ganasnya. mana tau tiba-tiba dia serang negara kita.

Azri dah ketakutan masa dengar cerita-cerita tu tapi ayah kata Malaysia baik dengan China, susah Korea Utara nak buat apa-apa sebab kalau dia nak datang Malaysia, dia kena melepasi perairan China dulu. lega...

Apa-apa pun mama kata kita berlindung dari Allah. sentiasa berdoa kepada Allah.

Ok Nanti kami sambung lagi

-3 boys -