Monday, 15 September 2014

UPSR 2014 yang kebocoran

Tahun ni Adam ambik UPSR.

Lepas habis UPSR, Adam sekeluarga akan pindah ke Doha, Qatar.

UPSR telah pun berlangsung pada 9-11 September yang lalu.

Peperiksaan kali ini panasss....memang panas..panas hati lebih 40 ribu pelajar tahun 6 yang ambik peksa tahun ni..kenapa???




Kesannya kertas Bahasa English kena periksa balik dan kertas sains pulak tangguh ke 30/9/2014 dan sekali dengan kertas english tadi.

Kwang..kwang kwang..

Ingatkan dah merdeka dah..rupanya belum lagi!!

Kesian Adam, mesti tension giler dia kan.

Nasib baik diaorang nak pindah Qatar bulan 11 nanti..buat nya nak kena pindah lepas tamat nya UPSR ..acamner??

Dalam paper dah ada berita satu family kena cancel trip ke Vietnam sebab anak dia kena re-sit balik paper, ada yang kena proceed gi Haji sebab dah tak leh cancel tapi apa pulak halnya tak re-sit paper?? kesian semua orang-orang ni.

Dan si penjahat yang bocorkan soalan ni tak pikir ke kesan perbuatan jahat dia orang?

Kesian sangat kan..dah penat-penat study pastu dah penat-penat jawab kertas peksa English pastu kena study balik dan peksa balik..ayoooo.

Kami harap ada hikmahnya perkara ni buat Adam..mana tau kali ni semua soalan adam dapat jawap dengan cemerlang, haa dapat 5A terus Adam dan tercapai lah cita-cita Adam nak masuk MCKK.

Sebenarnya Adam tak nak pindah Qatar..dia kata kat Qatar panas sangat.

Kalau kami la dapat peluang tinggal di negara orang, kami tak akan lepaskan peluang ni..cuma struggle kena belajar bahasa asing la...mula-mula mesti la azab kan, tapi lama-lama mesti bestkan.

Mama kami mesti lagi seronok ..mama cerita dulu ayah ada pernah interview kerja kat Arab Saudi..dah hampir dapat dah tapi kuasa Allah kan..tetiba post tu cancel..so here we are , masih di sini kalau tak pasti dah pandai cakap arab dah..hihihi.

Gambar hiasan.....saja nak tunjuk pic terkini abang besar yang dah jauh lebih tinggi dari mama.

Mama selalu tanya, ini ke budak yang mama lahirkan ?? tetiba dah besar camni? 

Ok , itu aje..selamat bercuti semua

-3 boys -

Tuesday, 9 September 2014

9.9.99

Salam.

Dah lama kami tak up date diari kami ni.

Hari ni 9.9.2014 adalah hari jadi abang amir, kazen kami yang ke 15.

Beliau lahir pada 9.9.99.

Tarikh yang cantik.

Untung abang amir Allah bagi tarikh lahir yang unik ni.

Maklong kata patutnya abang Amir lahir lagi 1 minggu lebih lagi.

tapi dia nak keluar cepat, nak jumpa boyfriend baru mama kami masa itu..ayah kami la.

Jadi kelahiran abang Amir amat menggembirakan di mana untuk pertama kali dalam hidup mama kami, mama kami dapat share dengan seorang lelaki yang bergelar pakwe mama.. hahaha.

HAPPY BIRTHDAY ABANG AMIR!!

-3 boys -

The Miz @ Paradigm Mall

Salam semua.


Al kisah the Miz, star WWE kesayangan kami datang ke Malaysia dan beliau juga datang ke Paradigm Mall pada sabtu 6/9/2014 yang lalu.



Kami amat teruja dan nak sangat pergi.

Beritahu ayah, ayah kata jom kita pergi..yahoo!!


Beritahu mama, mama kata kita kan nak balik kampung...rumah tokbah. tapi ayah back up kata ini la peluang nak jumpa WWE star, dapat tengok glimpse pun jadi le .nak beli tiket tak mampu la pulak, mahal beno

Sabtu tu kami bangun pagi dengan hati gembira dan berkobar-kobar nak jumpa the miz nih. 

Mama kami pun teruja, packing baju semua siap-siap sebab lepas tu nak balik jelebu terus, mama cakap dengan ayah kita kena gerak awal, takut jem...ayah kata jangan risau kalau jem, kita ikut jalan belakang.

Ayah kami siap cuci kereta, cuci porch, keluarkan basikal dan buat bermacam-macam kerja ...rajin sungguh!

Pukul 12 tengah hari, mama dah risau, tanya ayah bila nak gerak.?

Ayah kata lepas zohor, mama tanya sempat ke ni..nanti jem, lagipun orang mesti ramai, tolak-tolak nanti risau pulak bawa budak-budak.

Ayah kami relak aje.

Lepas zohor....

Lepas masukkan barang dalam kereta, kami pun gerak.

Tapi pergi makan dulu..mata mama kami asyik tengok jam jer...dah pukul 2 ni..mama kata kita gi je, kalau tak sempat jumpa the misz , kira kita gi jalan-jalan aje la.

Tetiba dalam radio kata the miz akan berada di Central Court , Paradigm mall sampai pukul 4.30 petang, wahhh kami happy la...mesti sempat punya jumpa the misz ni.

Lepas makan, jam dah menunjukkan pukul 2.40 pm...kami pun gerak la dengan hati yang gembira dan berdebar-debar juga.

Ayah ikut jalan pintas belakang KPJ seremban, agaknya nak elakkan jem depan muzium ..pastu ayah kata kita jangan parking dalam paradigm mall tapi kita parking tempat lain, kena jalan kaki sikit.ok no hal.

Sampai kat trafik light , ayah kata kita parking kat situ pastu kita jalan kaki aje..boleh??..jari tunjuk kat shop lot sebelah KPJ seremban .

Kami yang lain semua kehairanan, apsal parking kat sini..mama pun tanya la ayah..you nak pergi mana?..kita ni nak pergi PARADIGM MALL kat Kelana Jaya nuh..

HAAA!!!!!! ayah kami kata ..bukannya PALM MALL??????

Gambar google.

Terjerit mama kami, apa kes the Miz nak gi seremban??

Allah!!! ayah kata, ayah mati-mati ingat kat Palm Mall....mulut kata paradigm mall, telinga dengar paradigm mall tapi otak ingat Palm Mall..

Ayah pun terus check waze...ada repot jem le, accident le kat highway pastu ayah kata mana sempat nak gi Kelana Jaya ni..

Huwaaaaa.....mata abang besar dah berair..kami semua patah hati....kecewa...mimpi aje la nak jumpa the miz.

Untuk mengubat hati yang berduka lara , ayah terus bawa kami ke Jusco S2.

Berjalan-jalan la kami kat Jusco dengan muka abang yang masam mencuka dan lepas tu kami terus balik jelebu.

Kah kah kah...gelak untuk diri sendiri.

Mama kami pujuk , mama kata mesti ada hikmahnya Allah halang kami semua ke KL jumpa the misz...entah-entah ada langgar kereta ayah ker...terjatuh orang langgar ke?? redha aje la.

Dan nak lagi sedih..malam tu maklong hantar gambar kat wassap...gambar the miz kat Paradigm Mall!! Last-last Maklong yang dapat tengok The Miz live..walaupun  dari jauh...maklong kata kebetulan dia pergi sana nak beli barang, tengok ramai orang..ambik lah gambar.

Oh....nampak macam tak le ramai sangat orang, siap peminat boleh naik atas pentas berselfie dengan the misz..ohh sedihnya. 

Moral of the story, lain kali kena sebut tempat dan negeri sekali, jangan sebut bangunan saje. Kami patut beritahu ayah camni..ayah, the Miz nak datang kat Paradigm Mall, Kelana Jaya di Petaling Jaya, Selangor..begitu!!

-3 boys -

Friday, 22 August 2014

Malaysia Berkabung@22 Ogos, 2014

Salam Hari Jumaat,



Hari ini telah diisytiharkan hari berkabung seluruh negara bagi menghormati kepulangan 20 jenazah mangsa MH17. 

 

Mama cerita seluruh malaysia bertafakur tepat jam 10.58 pagi bila tertutupnya pintu van jenazah yang terakhir..bendera juga dikibarkan setengah tiang sebagai tanda bersedih.

Mereka yang terkorban ini diberikan penghormatan negara sebagaimana penghormatan kepada kematian wira negara dan pembesar negara...sesungguhnya mereka ini tidak bersalah..menjadi mangsa pertelingkahan 2 negara yang tak ada kena-mengena langsung dengan negara kita.

Mama cakap mangsa yang pertama iaitu yang bernama Mastura Mustafa tu akan dikebumikan di tanah perkuburan Paroi Seremban..masa mama jemput kami balik dari sekolah tadi, mama bawa kami ke kawasan tanah perkuburan tu.

Kami nampak persiapan rapi telah dibuat...banyak khemah-khemah kat situ, jalan pun dah ditutup..polis dan tentera dah mula memenuhi sekitar kawasan tu. 

Tempat tu pun dah mula jem...kalau ikutkan hati nak je kami duduk kat situ je..nak tengok upacara pengkebumian tu tapi mesti tempat tu jadi sangat sesak.....mama pun tak berani ambik risiko lagipun kami semua ni lapar, belum makan lagi, jadi kami balik rumah tengok kat tv jer.

Jenazah semua sampai dalam keranda dan kalau tak silap mama kata keranda tak dibenarkan dibuka..terus disembahyangkan dan dikebumikan.. itu la ..kawan mama kami cerita, kawan mama kami pergi ke masjid, masa keranda sampai, anak arwah pramugari tu minta sangat-sangat nak tengok muka mama dia, nak peluk, nak cium..tapi tak dibenarkan.

Kawan mama kata budak tu dah nak rentap dah bendera yang tutup keranda mama dia... sedih sangat masa itu ..sebak sangat-sangat.

Tapi mama kata jenazah tu dah sebulan ..tak tau macam mana keadaannya ..kalau dibenarkan mungkin akan datangkan kesan buruk pada anak dia..anak dia baru umur 10 tahun..sebaya je dengan im...mesti dia ingat keadaan mak dia sama macam mana keadaan masa mama dia masih hidup.

Kesian dia, masih terlalu muda untuk hadapi dugaan macam ini.

Kami berharap baki lagi 23 mangsa rakyat malaysia semua dapat dibawa pulang...harap yang enam sekeluarga tu dapat disatukan .sedih sungguh mereka pergi sekaligus semua sekali..tapi ini semua kuasa Allah..Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya.

Cerita raya tak yah sambung la...orang lain berduka, kita tak sepatutnya bersuka ria

-3 boys -

Tuesday, 5 August 2014

Cerita Hari Raya 2014 kami

Salam Selasa  , 9 Syawal.

Sudah pun berlalu cuti raya selama seminggu.

Tahun ni giliran kami beraya di kampung ayah kami , ring village ler.


Kami bertolak balik ke kampung chinchin pada hari Ahad tengahari..perjalanan sangat tenang, jalan tak jem sebab ayah ikut jalan biasa , tak ikut highway,.


Ayah kami kalau balik kampung raya memang suka ikut jalan biasa sebab seronok tengok rumah orang-orang kampung yang sesak dengan anak-anak balik beraya..terasa sangat suasana raya.

Kami singgah di Rembau beli lemang...beli 5 batang lemang kat situ pastu kami singgah pulak kat Kendong , beli 2 batang lemang...kos semua RM70-00 , satu batang lemang harga RM10...boleh lah dari kena bakar sendiri kan. 

Sampai je kat rumah makcik, yang ada hanya makcik dan ayah cik jer...ketupat dan sambal kacang dah siap dimasak....Rendang dan sambal daging pulak sedang mendidih atas dapur.

Mama kami pun tak yah tolong apa pun....relak aje mama kami malam raya tu.

Hidangan berbuka terakhir Ramadhan 1435 malam tu adalah lemang, rendang, ketupat dan kuah kacang...azri dan im tak makan yang lain, makan lemang sahaja ..malam tu kami belah 2 batang lemang..Alhamdulillah lemang-lemang yang dibeli semua sedap dan tidak mengecewakan. 

Malam tu lepas Isyak Makngah anak beranak sampai , makngah, kak cik dan suaminya abang nas dan juga kak nana. tidur kat rumah makcik malam tu ..meriah lah ada ramai orang malam tu..kami lepak main pop pop ajer. tak beli mercun lain pun..harommm.

Pagi esoknya kami bangun awal dan mandi sunat hari raya...pakai baju lawa-lawa dan beramai-ramai berjalan kaki ke masjid chinchin untuk sembahyang raya.

Tahun ni jemaah terlalu ramai ..mama kata mama tersepit masa solat sunat raya.tangan tak boleh letak kat sisi badan ..kena kecikkan badan pastu masa duduk antara dua sujud, seksa kaki kena hempap..sabar je la..solat raya 2 kali je setahun.

Bersambung.....




-3 boys -