Tuesday, 10 January 2017

Bertemu kembali di 2017

Asalamualaikum diari kehidupan kami,

Entry terakhir,  3 bulan yang lalu!!..lamanya!!


Tahun 2016 dah pun berlalu dan kami pun dah naik satu tahap lagi. macam tak percaya abg im telah melangkah ke alam sekolah menengah. 

Abang besar sekarang di Tingkatan 4 di sekolah yang sama. Walaupun abang dapat keputusan cemerlang dalam PT3 tapi abang tak nak tukar masuk sekolah berasrama, Sekolah KGV abang ni pun memang sekolah kluster berprestasi tinggi. Insya Allah abang boleh mengekalkan kecemerlangan abang masa SPM nanti.

Abang zaim pulak masuk Tingkatan 1 di sekolah menengah harian , dekat jer dengan sekolah azri. Sungguhpun begitu surat rayuan mama dah hantar ke pejabat Pendidikan , harapannya dapat la abang im sekolah yang sama dengan abang , senang la tak kelam kabut pagi-pagi.

Si bongsu azri pula sekarang dah senior la kat sekolahnya. dah masuk Tahun 5, dilantik pula jadi ketua kelas. Sejak dipertanggungjawabkan dengan jawatan ketua kelas ni, aji terus berubah , dah tak clumsy macam dulu baju pun dah kemas, kasut tak kotor dan lebih rajin buat homework. Kerja sekolah pun dah kemas dan teratur. Good job azri.

Setakat minggu ke 2 sekolah ni , rutin kami masih teratur dan dibawah kawalan, keluar rumah pkl 6.40 pagi dan kereta gerak paling lewat 6.45 pagi. Semua orang sampai ke sekolah masing-masing dengan hati yang tenang , tiada lagi mengamuk2 sebab adik-adik lambat.. hahaha.

Cuma waktu balik, jadual nya ada huru hara sikit. setiap sekolah waktu balik berbeza-beza, sekolah abang besar pun dah tukar waktu balik, memang kelam kabut juga mama nak jemput kami balik dari sekolah ..kejap gi sekolah azri, pastu sekolah abang im pastu tunggu pulak kat sekolah abang . letih!

Ok ni cerita pasal rumah resort pulak ye.


Ini lah rumah resort dengan modelnya asyraf. Maktok renovate dan transform rumah stor yang ular pun boleh melepak dalam tu kepada rumah kecil yang cantik.



Kalau ramai-ramai balik dan tak cukup ruang nak tidur, cucu-cucu bujang akan tidur melepak di sini. 


Lengkap dengan porch, senang boleh bakar untuk bbq kat sini.

Apa motif letak gambar rumah resort sedangkan cerita pasal sekolah? gambar-gambar gagal ditransfer kan ..itu aje..hahha

Itu saje la untuk hari ni. Banyak lagi nak cerita..later la

Bye

-3 boys -

Friday, 23 September 2016

Menghampiri PT3 2016

Salam Hari Jumaat,

PT3 semakin hampir 
Lagi 2 minggu je lagi, mama kami semakin risau
Result trial abang besar hanya ada B dan C aje, bayang A tak de. macam mana nak capai angan-angan mama yang mahukan abang besar dapat strait A ni? 

Takpe , mama dan ayah kami berfikiran positif, bagi kami peluang untuk buat ikut kadar kemampuan kami, ada orang yang memang bijak pandai, mampu dapat strait A, ada juga yang kurang bijak dan ada juga yang sederhana macam kami ni, kami  buat sebaiik mungkin, orang putih kata " at our level best" ..Insya Allah , kalau dah rezeki kami, kejayaan pasti milik kami.

Minggu ni sekolah abang buat kem kerohanian...malam ni abang tido kat sekolah , siap bawa sleeping bag la tadi.

Mujur juga abang pernah sertai jambori pengakap jadi dah ada pengalaman, nak packing untuk sleep over kat sekolah jadi mudah, semua dah ada, patch halau nyamuk pun ada.

Memang pack aktiviti 2 hari ni, malam ni aktiviti berlanjutan sampai pukul 12 tengah malam pastu sambung seawal 4.30 pagi untuk qiamulai...pengalaman pertama dalam hidup berqiamulai.

Mama kata ustaz mama pernah cakap , sekali seumur hidup kita mesti lah buat solat tasbih ni, sekali seumur hidup pun jadi lah tapi kalau ada peluang buat banyak-banyak kali, lagi la bagus.

Ok kita tinggalkan abang di sekolah nya..semoga abang enjoy program tu dan dapat mengutip banyak pengalaman.

Sebenarnya banyak up date diari kehidupan kami yang tak sempat dicatatkan disini.

Meh la kami cerita secara ringkas , supaya kami ingat la kisah-kisah hidup kami ni kan.

Sambutan Hari Merdeka 2016


Kali ni mama dan ayah gigih nak bawa kami tengok perbarisan, azri pun belum pernah tengok lagi.

Keluar pagi-pagi sebelum pukul 7, sampai bandar seremban tengok dah tak de parking, terus parking depan sekolah abang, menapak le ke padang MPS

Tengok-tengok....mak aii dah stat!!..dah takde tempat duduk!

Menyelit la kami berlima kat celah-celah orang kat bukit , duduk lah atas rumput jer , tengok skrin besar sambil sarapan..tak syok tak dpt tengok live , tengok kat skrin sangat tak best.

Sudahnya kami tak enjoy langsung perbarisan kali ni, sakit bontot ada lah duduk atas tanah curam tu, war dance pun tak best, tak gagah macam tahun lepas, macam lembik jer war dance kali ni. mungkin sebab campur semua polis, tentera dan bomba.

So ni kira last la kami tengok perbarisan....tahun depan no more, baik layan movie ..kahkah..tak patriotik langsung.

Raya Haji 2016


Raya di jelebu, maktok ada buat korban satu bahagian kali ni, Raya haji tahun ni bersambung dengan cuti sekolah seminggu, raya jatuh pada hari isnin.

Kami semua balik ke jelebu petang sabtu tu, macam biasa la mama kami terlibat dalam banyak aktiviti

 1. aktiviti buat halwa maskat

halwa maskat????? pebenda tu ?..cer google...google..
Mama kata ni kuih super klasik, resepi dari toknek Muar

Image result for halwa maskat

Start kacau pagi2 ahad tu. maktok dan maklong puasa pulak tu, jadi mama la tolong kacau2...kacau api kena kecik jer.

Ada la 3-4 jam mengacau

Hampir tengah hari baru siap...gambar nanti letak, belum transfer lagi.

Dah lunch baru mama kami merendang pulak, rendang daging campur paru , masak 3 kilo jer , tak banyak

Mak tok dan maklong dah letih, puasa kan,   mama sorang aje la masak rendang.

2. Baca yassin dan BBQ kat rumah resort

BBQ ni projek maktom 

Sambil mama merendang, maktom sibuk memerap ayam-ayam dan bahan -bahan lain untuk bbq

Sampai waktu asar , rendang pun kering, hampir siap, lepas jer asar, maktok dan maklong dah panggil semua orang gi rumah resort untuk baca yassin.

Oh ye, kami belum cerita kan pasal rumah resort ni?

Ok, dulu rumah resort ni hanya la stor, pastu bocor teruk
Maktok nak baiki , dapat pulak idea baiki cantik-cantik dan jadikan rumah resort, siap dengan dapur dan bilik air.

Lepas baca yassin , kami pun berbbq la kat rumah resort sambil buat majlis hari jadi abang afiq, abang amir, johan dan asyraf , merangkap juga majlis berbuka puasa untuk maktok da maklong.

Macam-macam menu ada..bbq, laksa, kuih-kuih dan macam-macam lagi..kenyang sangat  

Nanti kami cerita lebih lanjut la, ni high light jer...*poyo

Dah habis semua aktiviti ni, esok nya raya lah

Kamiu semua solat raya kat surau Petaling...mama rancang lepas solat raya nak gi bersihkan kubur maksu..sekali masa kutbah raya, hujan turun mencurah-curah.

Tak dapat la gi kubur..sobs..sobs

3. Kemas dan prepare bilik cuci air tok abah

Tok abah dah ada masalah buah pinggang, dah kena dialisis

Tok abah ada masalah jantung jadi tak le buat cuci darah , kena cuci air, tebuk perut masuk tiub  untuk cuci air. doktor suruh siapkan satu bilik yang sangat bersih untuk cuci air ni.

Bilik kami la jadi pilihan utama sebab dah pasang aircon.

Stat kemas lepas round ke 2 makan-makan lepas solat raya.

Kami keluarkan semua barang-barang dalam bilik tu, tinggalkan katil dengan cermin solek jer,

Maklong beli tikar getah dan terus la bentang tikar getah . kena letak tikar getah sebab bilik tu nanti kena di mop setiap hari dan cadar kena tukar setiap minggu.

Nasib baik kami ada ramai askar-askar kuat untuk angkat-angkat..heronya abang afiq dan uncle nahar...ayah kami dah tak leh angkat berat-berat, sakit lutut dan sakit belakang. 

Nanti kami letak gambar bilik cuci air.

Melalut betul cerita kami ni kan...patut nya cerita pasal PT3, ni ke lain pulak ceritanya.

Lantak lah asalkan ada cerita dalam diari kami ni.

Nanti kami sambung lagi





-3 boys -

Tuesday, 6 September 2016

UPSR 2016

Salam Hari Selasa,

Minggu ni minggu im menghadapi UPSR 2016

Hari ni kertas bahasa Inggeris pemahaman dan penulisan, semalam kertas Bahasa Melayu pemahaman dan penulisan.

Im cerita kertas semalam ok la dia boleh buat, im cerita lagi ada kawan dia tertido masa peksa pastu ada ketua pengawas peperiksaan tu kejutkan, nasib baik kawan ini sempat buat semua soalan.

Kesian kat budak tu, mungkin dia tido lewat buat revision.

Mama dan ayah selalu pesan kena buat persediaan awal untuk exam supaya hari sebelum exam tu boleh santai-santai jer.

Mama cerita dulu mama pernah buat kesilapan yang sama, tertido masa kertas BM SPM ..tersedar lagi 15 minit nak tamat..kelam-kabut siapkan dan akhirnya mama dapat B kertas BM tu...rugi kan.

Ada juga kawan mama masa universiti dulu , study gila-gila sehari sebelum exam, tido pukul 3 pagi pastu pagi tu masa exam, dapat jer kertas soalan terus otak tersangkut, blank, tak tau jawab apa...gagal terus kertas tu, lagi rugi.

Alhamdulillah , im dah buat juga persediaan awal, cikgu-cikgu pun banyak membantu, sekolah pun banyak buat program-program yang bantu im buat persediaan awal. 

Jadinya untuk elakkan stress and tension , mama dan ayah bawa kami semua tengok wayang petang Ahad tu ..kami tengok cerita Pete's Dragon.

Image result for pete's dragon

Image result for pete's dragon

Gambar google ni

Ok la cerita ni, rating pun tinggi jugak.

Cerita dragon yang baik, dragon yang ni tak bersisik macam dragon jahat cerita Hobbits tu tapi dia berbulu tebal macam anjing.

Baguslah cerita nya, kami enjoy cuma mama ada tertido kejap di hujung2 cerita..tu biasa!!

Esoknya iaitu semalam , im ke sekolah dengan gembira dan lapang dada, dan menghadapi kertas BM1 dan BM2 dengan tenang.

Semoga hari ini, esok dan sehingga tamat upsr ni, im dapat menjawab soalan dengan tenang dan dapat result yang cemerlang.

Abang besar pulak minggu ni minggu trial PT3, hari ni paper BI dan Sains.  Paper sains ni abang takut skit sebab hari tu dapat D jer.. harap nya abang mendapat keputusan yang baik-baik saje.

Habis jer UPSR nanti , stat la cuti sekolah seminggu.

Hari isnin dan selasa cuti sekolah tu nanti cuti raya haji...kami balik jelebu raya haji nanti.

Weekend tu nanti kami ada terdengar macam mama dan ayah nak bawa kami ke Kuantan, rumah resort makjah, saje tenang-tenangkan fikiran dan meraikan im dah habis exam.

Harapnya begitu la cuma mama kata kita tak leh bersuka-suka sangat sebab abang besar punya bab belum tamat. Exam PT3 abang lagi besar 

Tak sabar rasanya nak tunggu kami semua selesai exam.

Daa 
-3 boys -

Friday, 26 August 2016

Kami masih di sini

Salam Jumaat.

Kami masih di sini, raya pun dah lama habis...tunggu raya haji la pulak.


Semakin menghampiri hujung tahun bermakna semakin menghampiri exam PT3 dan UPSR...dah tersangat hampir dah ni, seminggu je lagi UPSR.

Minggu ni im sibuk mengharungi trial upsr..berdebar-debar rasanya sebab masa pra upsr dulu, result im teruk...6B

Frust sangat, jadi im nak buat betul-betul trial ni , nak try dapatkan 6A. Kenapa nak dapatkan 6A exam ni?...sebab kalau dapat 6A, otomatik im masuk SMK KGV...satu sekolah dengan abang besar.

Senang lah mama nak mensupir jemput-hantar kami semua, 2 sekolah jer.

Tapi kalau im dapat result yang tak berapa baik, confirm la im sekolah kat Sekolah Seri Ampangan tu, teruk mama ayah nak mengejar 3 sekolah pagi-pagi buta...dengan jem lagi...adoi takutnya.

Abang besar pulak lagi 2 minggu lagi trial PT3 

Abang lagi la risau, exam setengah tahun hari tu abang dapat D jer untuk subject sains, adoi lah risaunya. 

Takpe...insya Allah kami boleh!

Isnin lepas im jumpa dentist, ada masalah pada gigi im, gigi kekal yang cepat mereput, belum apa-apa dah kena tampal.

Gigi depan im yang cantik tu pulak tiba-tiba sumpik, dah kurang hensem  

Dentist tu kata air liur im berasid, kadar asid yang lebih tinggi dari kadar normal.. dengan kata lain im ni kira macam Alien ..air liur berasid dan mengikis gigi im..hahaha


Image result for aliens


Kesian kat im...doktor kata im tak boleh pakai ubat gigi banyak2, saiz kacang hijau jer

Alahai tak puas gosok gigi kata im, tak rasa apa.

Gula-gula pun tak leh makan selalu, makan sekali jer tapi boleh la nak makan gula tu banyak2..supaya kadar asid dalam air liur tu dapat distabilkan.

Apa-apa pun im lebih risaukan nak peksa upsr ni, harap im sihat dan dapat menjalani peksa ni dengan baik.

Nanti kami sambung lagi catatan diari ni

Bai

-3 boys -

Friday, 22 July 2016

Syawal 2016/1437

Salam semua,


Rasanya masih belum terlambat nak bercerita tentang syawal ..hari ni pun baru 17 syawal, mood hari raya masih on lagi.

Hari raya kami tahun ini giliran di kampung ayah, kampung chin chin, rumah makcik kami. Awal puasa lagi makcik dah beritahu kemungkinan besar makngah dan 2 anaknya akan berhari raya bersama-sama dikampung, ok la tu kami pun seronok, ramai-ramai meriahlah.

Ayah pun seronok , tak kisah dengan syarat bilik untuk kami sekeluarga available, makcik kata jangan la risau, bilik tu memang bilik ayah kami sejak kecil, mesti lah bilik tu available untuk kami sekeluarga.

Jeng....jeng..jeng.. 3 hari sebelum raya kami dikejutkan dengan berita semua anak-anak makngah dan cucu-cucu beliau akan beraya bersama-sama nanti dan dikhabar kan mereka akan memenuhi setiap ruang yang ada di rumah makcik....termasuk bilik eklusif ayah!!

Tiada pilihan terpaksalah ayah kami cari hotel, mula tu mama kami bising juga, sepatutnya diaorang la yang kena cari hotel, tu kan memang rumah ayah dan mama kena ada untuk tolong makcik masak.

Ayah takmo bising-bising , cari la hotel, dah last minute semua hotel kat jasin penuh, tiada pilihan lagi terpaksa cari hotel kat melaka la gamaknya. Nasib baik ayah teringat Makteh kami kan kerja kat hotel, maka dapatlah kami apartment hotel satu bilik dengan harga staf...RM150 satu malam.

Ayah terus book 3 malam , memang tak de ruang untuk kami bermalam di kampung, redha aje la duit terbang beratus-ratus.

Kami pun pujuk hati , kira ada kelainan la raya tahun ni, pagi raya nanti boleh rasa pengalaman  solat raya kat Masjid Besar, selama ni solat raya kat masjid kecik chin chin tu dan surau Rumah Murah Petaling jer. * dalam hati merajuk sebenarnya kihkih.

Hari selasa 30 Ramadhan tu kami balik ke kampung singgah hotel dulu untuk check in, Hotel ni namanya Best Western..hotel baru jadi apartment nya sungguh selesa dan cantik.

Apartment satu bilik dengan sofa bed, sungguh selesa untuk kami berlima.



Pintu kat belakang sofa bed tu pintu sliding bilik tido, luas lengkap dengan dapur cuma tak leh masak la.

Petang tu kami gi ke rumah makcik, rumah makcik memang fullhouse, penuh disetiap ruang. Makcik pun dah siap masak rendang ketupat semua, rehat la mama kami tahun ini, tak payah tolong makcik masak. Kami hanya bawa lemang beli jer 5 batang.

Lepas berbuka, kami main la bunga api, habiskan stok bunga api yang lama2 yang makjah beli 3 tahun lepas, kuat jugak la lagi bunyi meletup nya. Puas main bunga api, kami pun balik la ke hotel , sangat gembira sebab dah tak perlu bangun sahur lagi.  


Di pagi raya, dalam lif nak gi masjid, apartment kami kat tingkat 5


Lobi hotel, lengang pagi tu.



Masjid MITC Melaka, satu pengalaman baru kami bersolat di sini, walaupun jemaah punya ramai tapi selesa sangat, kapet tebal, kipas dan air con full blast, bacaan imamnya pun sedap, cara penyampaian kutbah nya pun best.

Selesai solat raya, ayah ajak kami semua makan kat McD, mama tak nak sebab mama pakai telekung, pelik pulak bertelekung makan kat Mc D, kalau kat Mekah tu takpe la. Orait ,tapau McD balik hotel.


Adoi la , tak pernah dibuat dek orang makan Mc D pagi-pagi raya, raya aidil fitri pulak tu, kalau raya haji tu ok la jugak...kihkih.

Tapi ni makan alas perut jer, lepas makan, siap-siap, kami ambik gambar famili dulu.


Selamat Hari Raya semua!!

Pastu kami semua gerak balik kampung chin chin, sampai jer terus serbu dapur makan lemang, ketupat, rendang dan kuah kacang, lemang tu ayah beli 5 batang ..sedap.

Sudah kenyang, mari lah kita bergambar beramai-ramai..ada 4 keluarga di sini, keluarga makcik..berdua jer dengan ayahcik, keluarga kami berlima, keluaga makngah dengan 4 anak2 dan 5 cucu dan keluarga arwah ayah lang.


Bergambar ramai di rumah makcik, alamak azri buat spoil gambar lah.


Free style katanya, azri tetap dengan gaya menspoilkan gambar,..hahaha.

Lepas bergambar, kami semua gerak beraya ke rumah ayah long, sambung makan-makan lagi

Bergambar ramai di rumah ayah long la pulak....tengok lah azri, masih dengan gaya yang sama.

Lepas tu kami lepak rumah makcik jer sampai malam, ramai juga tetamu yang datang dan ada lagi acara bergambar beramai-ramai selepas tu. Seronok jumpa kazen-kazen yang dah lama tak jumpa.

Selesai sudah hari pertama raya, kami pun balik ke hotel. 

Nanti kami sambung ye


-3 boys -