Thursday, 6 December 2012

Catatan pendek....

Assalamualaikum semua, 

Kejap je dah khamis..sedar tak sedar tengok-tengok esok sekolah!....boleh ke kami ni bangun awal nanti , sekarang ni kami bangun pukul 8.45 pagi camtu. Biasanya bila bangun jer, mama dah masuk dalam keta nak gi kerja ..

Kejap lagi nak keluar makan dengan mama, biasanya mama dah masak lauk makan tengahari siap-siap...tak payah le nak keluar makan tapi kami pulak boring duduk rumah tak keluar-keluar pastu asyik bergaduh jer.......last-last ayah kata jom le keluar makan....

Bagus jugak keluar makan ni. kalau lama-lama lepak rumah, sah jadi pemalas macam budak bulu ni....

Ni je kerja dia hari-hari, tido,tido, tido....pemalas....makan banyak tapi tak gemuk-gemuk...dia memanjang jer...
Esok mama kami cuti , kami nak gi shopping-shopping pekakas nak sekolah..tadi mama dah beli buku-buku dari kedai buku sekolah....banyak juga nak kena beli esok...kasut , beg sekolah, baju, jam tangan untuk azri dan macam-macam lah..kasut lama kami semua dah tak muat..stokin semua dah berlubang..kena lah beli baru semua ...Eh tak sabar pulak nak sekolah ni....     

Ok, kami dah nak gerak ni..lapar dah ni, pagi tadi makan kuih udang jer..


-3 boys -

No comments: