Thursday, 27 December 2012

Seronoknya berkumpul ramai-ramai..

Salam Khamis..

Minggu ni Maklong sekeluarga, Adam dan Aqmar duduk rumah maktok di BK.... kami pun join sama. Mama pun happy pasal mama takyah masak..tiap-tiap malam makan kat rumah maktok jer..

Tiap-tiap malam juga ada kazen-kazen yang sleep-over kat rumah kami, seronok sangat ..borak-borak, berwassap. bbm walaupun duduk sebelah je pun. nasib  baik mama dan ayah bagi kami lepak lama sikit tapi bila dah pukul 12 malam , masing-masing kena kerah suruh tido.. 

Bangun pagi pulak makan ramai-ramai ...best ..

Semalam Maklong bawak abang zahin dan kazen yang besar-besar gi main bowling..tension je im dan azri kena tinggal dengan kazen-kazen kecik yang lain...Ni first time abang main bowling...banyak kali jugak lah masuk longkang ..seronok sangat dan rasa macam nak gi selalu tapi bila cakap dengan mama, mama kata mama orang kampung , tak reti dan tak ingin main bowling. hu hu tak de le harapan nak bowling lagik...

Semalam hari pendaftaran sekolah adik bongsu kami.... awal lagi dah semangat bangun dan bersiap ..mama sorang je yang hantar azri pasal hari tu ramai tetamu kat rumah ...susah pulak nak keluar ramai-ramai...mesti lambat nanti .Mama cerita hanya ibu-bapa je yang dibenarkan berada di dewan untuk dengar taklimat..Azri dah dibawa ke kelas masing-masing untuk aktiviti suai-kenal ..Oh ye azri dah tukar kelas ...dan guru kelas azri sekarang adalah cikgu yang sama yang jadi guru kelas abang zahin dan abang im masa tahun 1 dulu...Abang im dah beritahu azri yang cikgu ni baik....cuma suara dia je macam petir ..

Ow dah tak sabar nak stat sekolah ni...bilik belakang dah siap kemas... cuma nak kena balut buku je...            

-3 boys -

No comments: