Hari ni hari kedua abang zahin join huffaz cilik...dah terasa seronok dah ..
Sebenarnya abang mula-mula rasa malas sangat nak join....kan lagi best lepak rumah jer. mama dan ayah dah pujuk dari minggu lepas lagi tapi setiap kali mama timbulkan isu huffaz ni mesti abang ada buat perangai sikit .
Macam-macam mama pujuk , mama kata ini langkah nak jadik anak soleh ...program dia tak berat....santai-santai jer, ada hafazan ayat-ayat lazim ...praktikal solat sunat dan banyak lagi, tapi abang buat dunno jer....
Hari Rabu lepas ayah call penganjur Hufaz tu dan daftarkan nama abang...abang macam malasssss sangat nak join..
Maka pagi Ahad tu......semua bangun pagi....mama kata semua pergi nak bagi sokongan kat abang. Abang buat perangai sikit, tak nak pakai kemeja yang mama dah gosok le, seluar tu tak sesuai le..lama-lama mama malas nak layan abang.
Kami sampai kat masjid At Taqwa Paroi dalam pukul 8 pagi camtu ..tengok kat masjid penuh sesak dengan orang ..tengok budak-budak tu ramai yang pakai jubah dengan baju melayu..haa sudah! abang pakai T shirt dengan slack jer... nasib baik pakai songkok, abang dah rasa lain macam je ni.
Mama teman kan abang masuk dalam masjid pastu mama nampak ada satu budak lelaki macam sebaya dengan abang , dia pakai t shirt dengan jeans dan tak pakai songkok...budak tu pun dah macam tak selesa jer...mama suruh abang duduk sebelah budak tu ....nampak budak tu baru abang rasa lega skit ....
Masa abang duduk kat situ , ustaz dah ajar zikir.. sementara mama dan ayah gi daftar ... tak lama lepas tu mama datang dan bagi abang nametag pastu beritau mama dan yang lain-lain balik dulu nanti pukul 12.30 ayah jemput... abang angguk jer...
Taklama lepas tu ustaz bahagikan abang dan kawan-kawan kepada beberapa kumpulan..... dan buat aktiviti hafazan.....lepas tu ada praktikal solau sunat dhuha ..imam nya budak-budak jugak .... masa ini abang dah rasa seronok dah...
Lepas solat sunat tu, kami semua berehat ..ada minum ringan, abang makan mee goreng dan air sirap ....lepas tu sambung hafazan semula dan aktiviti-aktiviti kisah nabi dan sahabat....tak sedar tengok dah pukul 12.30..... kami pun bersurai...tak lama lepas tu ayah sampai dah jemput abang balik..
Rupa-rupanya mama tunggu abang balik dan bila abang keluar je kereta...mama ambik gambar ....haa gambar curi ye....nasib baik abang berjaya melarikan diri ...ha ha paparazzi konon! mama gelak-gelak kan abang ....jahat tau mama ni...mama gelakkan pasal abang dah seronok dan happy , senyum jer padahal pagi tadi muka ketat..
Cubaan mengelak dari mamarazzi , jahat lah mama ni ....gelak-gelak kan abang pulak..mana lah abang tau huffaz cilik tu best....* muka happy
Tadi aktiviti macam semalam jugak, hari ni abang pakai baju melayu dan songkok....dah stat jumpa kawan-kawan..Azrul anak pengasuh pun ada ....abang lepak dengan dia ....tak sabar pulak tunggu kelas esok...
Nanti abang letak gambar-gambar yang mama ambik....
No comments:
Post a Comment