Friday 29 March 2013

Kenangan cuti-cuti - muzium perang Pulau Pinang

Salam hari Jumaat..

Cuti sekolah dah hampir ke penghujung ...tak puas rasanya menikmati cuti...rasa macam nak sambung cuti je...

Hari ni mama kami balik rumah untuk makan dan solat....boleh lah azri dan im menumpang cuti solat jumaat sekali..Ayah dan abang zahin je yang pergi solat jumaat..sebenarnya abang zahin pun liat juga nak pergi solat tadi tapi mama paksa ......masam je muka abang masa masuk dalam kereta ayah tadi.

Bila cuti dah hampir habis ni ..baru lah datang angan-angan nak berjalan masa cuti setengah tahun nanti ...dulu beberapa tahun lepas kami semua pergi berjalan ke Pulau Pinang ..kalau nak tau kat Penang ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati ..

Dalam banyak-banyak tempat ada satu tempat ni yang sangat best dan kami nak pergi lagi kalau mama dam ayah kami nak pergi ke Penang lagi..

Tempat yang best tu adalah "Penang  War Museum"..kat sini ditunjukkan macam masa zaman perang askar British dan askar Jepun dulu -dulu...pastu ditunjukkan juga bilik seksaan tahanan perang dan bilik di mana ramai askar british mati diserang askar Jepun.

Pada pengalaman kami ..berada di sana amat menakutkan ....memang rasa seram jer terutama bila berada kat bilik-bilik yang pernah ada orang mati kat dalam ...eei tegak bulu tengkuk .



Ini lah bilik askar British yang diserang askar jepun tu ..ada ramai orang mati dalam bilik tu ...cuba tengok kesan tembakan kat dinding tu ....Azri dan abang nampak relak je padahal dah stat rasa takut tu.

Terowong bawah tanah pun ada...ni jalan ke terowong tu ...terowong yang ini ada lampu dan terang ..ikut jalan ni dan akan sampai ke bilik bawah tanah tempat rahsia askar british..




 
Bilik mesyuarat rahsia, bilik simpan senjata dan markas bawah tanah askar british ...sebenarnya ada satu lagi terowong...jalan dia gelap sangat ..kami tak de lampu suluh dan ada amaran kat situ "beware of bats and snakes" eei tak ada nye nak masuk situ ....


Ni bilik-bilik askar ..memang direka bumbung macam tu supaya askar musuh tak nampak dari udara ..nampak macam hutan jer ...tanah yang kami berdiri masa ambik gambar ni pun ada bilik di bawah nya...

Bila tengok semua tu kami syukur lah lahir masa zaman moden dan aman damai ni....

Sebenarnya ada banyak lagi area belum sempat pergi hari tu ... kalau larat boleh jalan sikit sampai ke pantai dan ada pondok askar kat pantai tu ..tempat hukum gantung jeneral Jepun pun ada.tu kami sempat tengok ......tempat tu lagi menyeramkan ..

Bagi sapa-sapa yang berani kat muzium ni ada night tour ..boleh le try ..kot-kot jumpa hantu jepun ke...

Tahun ni memang takde rancang nak jalan mana-mana ..kena korban sikit pasal abang nak peksa... mama kata insya Allah hujung tahun ada rezeki boleh kita jalan-jalan jauh sikit ....naik kapal terbang ke... ei tak sabarnya  

-3 boys -

No comments: