Sekarang ni tengah cuaca panas membahang kan... paling seksa masa makan tengahari kat kantin kalau ada kafa .....baju basah peluh..tak selesa hinggakan sebelum makan kena tukar pakai selipar dulu baru selesa sikit nak makan, kaki rasa berangin.
Tadi masa balik dari sekolah ...nasib baik mama dapat parking bawah pokok ...tapi masa berjalan dari gate sekolah ke kereta ..ayoo mata pun tak leh bukak..matahari sangat terik dan panas membahang...lompat jer dalam keta ..bukak aircon full blast...puhh lega.
Tadi kami makan kat Syed Maju..mula tu mama dan ayah plan nak makan kat rabena jer tapi ada satu abang tu teringin nak makan kat syed maju..almaklum lah minggu lepas abang tu kan buat mogok lapar dan dahaga...maka hari ni dia teringin pulak makan makanan mamak tu ...
Tadi kami makan nasi beriyani sepinggan syer 3 orang dan bihun goreng sepinggan syer 2 orang ...kalau nak tau makanan kat Syed Maju tu besar portion dia ..macam nak bagi Big Show makan ....makan syer-syer pun kenyang .
Disebabkan hari ni panas sangat ..mama kami dengan rela hati tukar keta ...mama bawak keta 3 ayah dan ayah bawa keta 5 . keta 3 punya aircon tu dah hazab nanti camne nak bawa kami putera-putera lilin ni nak gi solat jumaat ..kang cair kang camne?
Esok abang takde kelas tambahan tapi ada anugerah kecemerlangan kafa...esok mama dan abang je yang hadir..yang lain semua pakat malas nak pergi....esok juga kami balik kampung chin chin ..balik petang sikit kot pasal mama nak ambil pokok nenas yang ada kat rumah sewa tokbah tu ...
gambar ehsan google
Nanti dah tanam semula ..kami tayang gambar kat diari ni ....mama kata nak ambik 3 pokok , kami ambik jadi pokok angkat sorang satu ..jaga pokok masing-masing...
Dah ....kami nak rehat ni sambil makan donut coklat beli..esok baru stat buat homework...
-3 boys -
No comments:
Post a Comment