Friday 15 March 2013

Ada sikit pembetulan di sini...

Salam Jumaat , 

Sekarang ni cuaca panas membahang dah berlalu ..dah 3 hari berturut-turut bila petang je hujan..maka sejuk lah sikit TAPI ada lagi yang lagi panas membahang..  

Hari tu kan kami beritahu abang zahin dapat 3A 2B masa ujian kan..rupa-rupanya silap ..sebenarnya abang kami dapat 3A 1B dan 1C ....mama sudah panas membahang nih...daripada tak marah terus jadi marah.

Ye la ..mana boleh ada gred C dalam diari hidup kami kan..tu tanda malas belajar ..dah le abang masih ada kebebasan berinternet dan bergame...habis lah abang ..lepas ni semua kebahagiaan berinternet akan dibatalkan serta merta ..

Tapi abang kata abang dah salah kira markah ..ada 10 markah tersilap ..lupa nak campur ..kalau campur markah tu maknanya gred tu adalah B ..dan mama tak akan marah lagi... masalahnya abang takut nak beritahu cikgu pasal salah kira markah tu ..

Dalam perkara silap kira markah ni, ayah kami suruh abang settle sendiri .makna nya kena beritahu cikgu..kalau tak ..gred abang akan kekal C dan kebebasan berinternet akan kekal terbatal serta-merta...acaner tu bang?

Kesian jugak im dan azri tengok abang zahin..tapi nak buat camne ,abang kami nak peksa ..kena lah berkorban ..

Ohh hari ni azri tak sekolah ..semalam selsema teruk ....lepas makan malam azri makan ubat dan terus tido tak sedar sambil tangan pegang tisu...kesian azri tapi bangun pagi tadi segar pulak dia mengadap laptop..

Disebabkan azri tak sihat...im dan abang dapat peluang cuti solat jumaat hari ni..mama balik rumah jap jaga azri pastu ayah kami sorang je pergi solat jumaat.

Malam ni ayah kata kalau azri sihat ..nak bawa kami semua tengok movie the Oz tu ..tengok lah petang nanti ...kalau jadi ..dapatlah im makan pop corn caramel tu ..dah lama tak makan...

Oklah ..selamat berhujung minggu ...kami balik rumah tokbah pulak weekend ni.   

-3 boys -

No comments: