Wednesday, 31 July 2013

Hidangan Berbuka puasa pilihan kami..

Salam Rabu @ 22 Ramadhan

Dah hampir ke penghujung puasa dan kami dah tak de idea nak makan apa untuk berbuka. 

Mama dan ayah kami memang minta kami ni bergilir-gilir bagi idea nak makan apa . kejap -kejap berbuka pilihan abang  , kejap-kejap pilihan im pulak tapi kalau ikut pilihan azri, hari-hari dia nak makan nasi dengan kicap dengan ayam goreng!!. 

Hari Jumaat lepas im nak berbuka dengan bihun sup tapi ayah minta up grade jadi bihun sup ala steambot ..makan dengan sos cili ala johnny ..pehh sedap!!


      
Kenyang tak terkata .. sepanjang bulan puasa ni kami memang kurang makan nasi, makan nasi hanya masa sahur je , tu pun sikit je tapi untuk tenaga kami banyak makan kurma dan benda-benda manis macam coklat dan kuih muih. 

Semalam , kami berbuka dengan fettucine goreng, masak dengan sos prego berkeju tu ..air pulak cincau campur dengan air soya kotak ..emm sedap...

Hari tu azri minta nak makan nasi lemak, mama pun masak nasi lemak tapi bagi kurang lemak sikit, makan dengan sambal dengan ayam goreng black pepper..air pulak air kordial mixed fruit ..sedap memang sedap tapi lepas tu rasa mengantuk sesangat ..sampai tak sempat nak siapkan beg sekolah untuk esok nya. 

Hari ni tak tau lagi nak makan apa, ada juga teringin nak makan Mc D jer , semalam keluar iklan samurai burger tu , macam best jer...nanti beritahu ayah la kot-kot ayah setuju..

Hi tak sabarnya nak raya, sekarang dah hujung-hujung puasa ni , kami semakin keletihan , bila petang-petang tu kami tidur jer, tak pun main game je.. saje mensibukkan diri supaya tak terasa lapar dan haus ni .

Tapi kadang-kadang tu bukan kami je keletihan , Min yang tak puasa pun sibuk lah nak letih sekali ..

  
Amboii tido pun siap tutup muka dengan tangan.. tak kuasanya..   

Masa cuti raya nanti Min duduk kat rumah jer.. makanan nanti letak banyak-banyak kat bekas makanan dan letak air dalam bekas besar .. Hujung minggu lepas kami bawa Min balik rumah tokbah , kami lepaskan dari cage bila Min ni memekak je.. lepas je terus hilang!!

Kami dah cuak dah , takut Min terima nasib macam Grey , kena ngap dengan Pak Awe, mama cari min sungguh-sungguh, nasib baik jumpa ..kalau tidak?? emm tak tahu ler..

Ok lah , tu jer, minggu ni minggu terakhir sekolah , lepas ni cuti panjang 2 minggu ..seronok sungguh , yang tak syok nya abang la, kena study untuk exam..
 
-3 boys -

Monday, 29 July 2013

Ramadhan ke 20 , tak sabar nak raya..

Salam Isnin @ 20 Ramadhan.

Lagi 9 hari umat islam seluruh dunia akan menyambut Aidil Fitri, bagi kami kanak-kanak Rebina ni dah tak sabar-sabar nak raya , lagipun masa raya nanti cuti panjang , lagi la seronok. Yang tak seronok abang zahin je la. UPSR dah dekat je.

Persiapan raya kami setakat ni kira separuh siap la..baju baju jalan dah beli cuma masih belum basuh. Baju Melayu mama kami kata nak beli hari sabtu nanti.

Hujung minggu ni pulak mama kata nak pulun buat kuih raya.ala kejap je siapnya tu , mama ada tiga pembantu professional ni.    

Hari Sabtu lepas kami semua balik rumah tokbah, macam biasa balik lepas zohor, pagi tu lepas hantar abang ke kelas tambahan, kami ke klinik haiwan , bisul kat belakang Min dah pecah tapi Min relaks je , macam tak sakit.

Bila doktor tu tengok, doktor tu cukur sikit bulu balakang Min tu , tengok-tengok eh rupa-rupanya luka bisul Min tu dah berlubang..


 
 Ngerikan...kesian Min mesti sakit . kena lah cucuk kat tengkuk sedas.

Semalam luka ni dah kering dan dah kecut sikit , patutlah minggu lepas Min monyok jer...rupanya bisul tu agak besar . Doktor tu kata mungkin Min kena gigit dan melarat jadi bisul ..lepas ni tak boleh merayap kat luar lagi.

Dah luka besar camni, kena lah bawak Min balik rumah tokbah sekali. Kat rumah tokbah macam-macam projek kami buat. Tolong mama dan ayah cat pagar rumah dan pasang rel langsir . Haa tahun ni rumah tokbah berlangsir serba baru.. Mak tom dan Mak Jah tempahkan langsir , mama kata mahal.. ribu-ribu harganya. mesti tokabah happy rumah dia lawa dan ceria di hari raya..hihih 

Raya kali ni kami di rumah maktok dan tokbah , balik ke rumah makcik mungkin petang raya ke 2.. kami cuti panjang jadi sangat tak sabar nak raya ni.

OK tu je...
   
-3 boys -

Thursday, 25 July 2013

Diari Ramadhan kami: Ramadhan ke 16, Selamat Hari Lahir Ayah..

Hari ni 25/7/2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434H adalah hari lahir ayah kami.

Happy Birthday Ayah , kami semua sayang ayah.. Ayah adalah bapa yang terbaik bagi kami di dunia ini. walaupun ayah agak garang tapi ayah tak pernah pukul , ayah membebel jer..

Tapi jangan tak tahu, bebelan ayah kami lebih sakit lagi dari kena pukul..huhu  panas je telinga nih!!

Sempena hari istimewa ni , tentunya ada hidangan menarik untuk berbuka hari ni...hidangan istimewa tu adalah pilihan kami , anak-anak birthday boy...Birthday boy balik nanti makan aje lah ye.

Mama kata lepas balik kerja nanti, mama nak bawa kami sama-sama beli makanan special untuk berbuka nanti ..emm tak sabar.

Jom kita cerita pasal birthday boy kita ..ayah kami anak bongsu dari 7 adik beradik, dah namanya bongsu tu semestinya manja kan..hik hik  manja dan dimanjakan .tiap kali balik kampung mesti makcik masak apa yang ayah nak makan dan makcik tak akan masak apa yang ayah tak suka ..contoh letak tougeh dalam mee/bihun , letak tempe dalam lauk.

Ayah kami ada nick name..dan nama panggilan ni dah digunakan sejak ayah kami kecil sehingga dah dewasa ni...nama panggilan tu adalah Ricky atau Rick ..pehhhh!! terkejut jugak kami bila makcik ke, ayah long ke, ayah lang ke panggil ayah kami Rick .

Makcik cerita dulu masa ayah kami kecik-kecik, ayah suka baca buku cerita Ricky the Tough, baca sampai hafal dan sangat menghayati karakter Ricky tu sampai lah semua orang panggil ayah kami Ricky atau Rick.     

Ayah kami juga suka bergurau dan suka buat kelakar ..kadang-kadang tu sampai sakit perut kami semua ketawa bila ayah buat kelakar tapi dalam kelakar-kelakar tu tegas pun tegas jugak... bila ayah kami dah stat marah , kecut perut !! selalu juga mama kami cepat-cepat tenangkan ayah sebelum ayah bertukar kaler hijau.mama selalu gosok belakang ayah dan kata sabar yang, sabar yang ..tapi kadang-kadang tu mama pun kena marah sekali..jalan selamat bila dah bertukar hijau tu, diam aje lah. 

Ayah kami pemalu juga orangnya .jadi kalau nak tahu macam mana rupa ayah kami, lihat saja pada im, im paling hampir menyerupai ayah, kira macam photostat ayah ler..tu pasal ayah dan im ehem ehem agak panas !! 





Im dan ayah , ayah nampak sipi-sipi je. 

Selamat Hari Lahir sekali lagi pada ayah.. Semoga ayah panjang umur dan murah rezeki , nanti cuti panjang kita gi jalan-jalan ye ayah..

-3 boys -

Tuesday, 23 July 2013

Kuatnya dugaan berpuasa..

Salam Selasa @ 14 Ramadhan .

Ayah kami kata maksud ramadhan ialah panas , maksudnya bulan ramadan adalah bulan panas. Bagi kami bukan panas sikit-sikit tapi panas sungguh-sungguh , paling tak tahan masa time balik sekolah..peh kepala berdenyut-denyut.

Tiap-tiap hari lepas balik sekolah , kami akan duduk ofis mama dulu...ha lega skit pasal aircon sejuk , bila dah pukul 2.40 kami keluar ikut mama jemput abang pulak. ha masa ni berpanas la semula..air con dalam kereta pun tak terasa . Lepas tu mama terus hantar kami balik rumah, baru lega.

Bila hari panas, yang buat kami tak tahan tu tekak kering, lapar boleh tahan lagi.

Hari ni menu berbuka adalah pilihan im. Im nak makan ayam tandoori dengan roti nan.. tentunya dari restoren Syed Maju....kat situ cheese nan dia terbaik..

Yang bestnye menu berbuka pilihan im tapi imnya awal-awal lagi dah berbuka , sampai je ofis mama dah mengadu sakit kepala sesangat..oo tak salah la pasal hari ni bahangnya lain macam ..tak kisah lah kan, puasa ni pun satu latihan je. rugilah RM5 untuk hari ni.

Esok dah setengah bulan kita berpuasa, tak lama lagi mesti mama dan ayah sibuk buat persiapan raya pulak . hujung minggu depan mesti mama bawa kami beli baju melayu .harap ada la lagi stoknya .  

-3 boys -

Monday, 22 July 2013

Ramadhan ke 13, jerebu datang lagi..

Salam Isnin @ 13 Ramadhan ,

Alhamdulillah,  dah 13 hari kita semua berpuasa..mama kami dah stat takde idea nak masak apa untuk berbuka.

Jerebu datang lagi...sangat mencabar kalau berpuasa dalam cuaca berjerebu, terasa sangat panas dan kering.  

Kami sebenarnya tak perasan yang jerebu dah menyerang kembali. Semalam masa kat kampung, kami semua ke Telok Mas, saja nak melawat gerai pasar ramadhan yang Mak Ngah jaga tu..tengok-tengok kat sana kelabu asap je kiri kanan..  masing-masing hairan, eh , jerebu ke.

Sampai la ke hari ini, baru perasan dah kena serang jerebu dah ni...bau asap je . Balik dari sekolah tadi pun cuaca panas terik tapi cahaya matahari kelam-kelam je..im pun dah stat sakit tekak.

Alhamdulillah im dan abang dapat sempurna puasa penuh hari ni..tapi letihnya yang amat..azri tadi dapat bertahan sampai pukul 3 petang , berbuka dengan air kotak, makan twiggie dengan nugget. 

Menu berbuka kami tadi ada bihun goreng, kuih akok , kurma mesti ada dan air soya ..kenyang  sampai malam , tak payah makan nasi, kami makan nasi time sahur je. Lauk untuk sahur pulak, mama kami masak ayam goreng berempah pastu ada lauk paprik beli dan baki lauk-lauk bekal dari kampung..haa lebih dari cukup.

Kami dah buat list kuih raya apa nak buat ...kuih raya wajib kami tentunya biskut coklat chip, biskut arab dengan cornflake madu, pehhh sedap!...biasanya kami akan tolong mama bila mama bakar biskut tu..tapi tak tahan la bau semerbak ...mesti rasa lapar nanti .

Mama kata minggu depan baru gi beli bahan-bahan buat kuih pastu baru ambik cuti untuk  projek kuih raya . Macam biasa mama kami akan buat kuih raya lebih sikit..nak hantar rumah maktok skit dan hantar rumah makcik sikit .  

Ok  sebagai penutup, mari kita sama-sama baca niat puasa esok ye..daaa

-3 boys -

Friday, 19 July 2013

Ramadhan ke 10, sakit gusi la pulak

Salam Jumaat @ 10 Ramadhan ..


Hari Rabu im berjaya menghabiskan puasa penuh sehari walaupun bibir kering berdarah dan gusi yang sangat bengkak. 

Masa berbuka semalam, im makan slow-slow je pasal gusi bengkak , ayah check , ayah kata gigi geraham bongsu im nak keluar , ayah kata gigi geraham bongsu ni memang lambat keluar , ada yang dah dewasa baru nak tumbuh.  

Rupanya tumbuh gigi ni rasanya sakit gile!!..gusi im bengkak sampai pipi pun bengkak sekali...ayah suluh dan tunjuk pada im , gusi tu bengkak dengan ada bentuk gigi dalam tu tapi gigi belum keluar.

Pagi semalam lepas sahur, im gosok gigi , tetiba darah keluar banyak sangat dari gusi bengkak tu , ayah kata gusi tu nak pecah sebab nak keluarkan gigi .. ayoo sangat seksa .. dah le bibir kering berdarah, gusi lagi..

Sahur semalam pun im makan sikit sangat ..pasal gusi sakit , mama kata hari tak yah puasa la...im rasa rugi lah RM5 untuk hari ni...tapi takpe lah.

Masa mama jemput balik dari sekolah tadi, im dah lega dah, bibir dah tak sakit, gusi bengkak pun dah tak darah lagi...ingat nak terus je puasa tapi rasa lapar la pulak...azri pulak sakit perut , nampak je mama terus nangis , sakit perut .

Nasib baik dalam kereta mama ada roti, mama dah beli siap-siap untuk buka puasa...mama bagi ubat angin kat azri pastu bagi azri makan roti . Bila nampak azri makan roti, semakin menjadi lah lapar perut im, maka im pun tumpang sekaki buka puasa dalam kereta mama. 

Semalam , hanya mama dan abang zahin je yang berbuka, mama masak ikan siakap stim pastu beli yong tau foo..sedap.. ayah kami balik lambat semalam, kesian ayah , berbuka dalam train komuter jer..dah dekat pukul 8 baru sampai rumah..

Hmm hari ni dah pun 10 Ramadhan..cepatnya masa berlalu kan... hari ni ayah kami kerja dari rumah je , maka dapat lah kami semua sama-sama gi solat jumaat ..azri sebelum gi solat tadi sempat juga azri makan dan minum...azri memang tak tahan puasa....rasanya tahun depan kot baru boleh puasa penuh sehari.  Im dulu masa umur macam azri ni dapat juga puasa penuh 10-12 hari.   

Esok kami balik rumah makcik , insya allah balik lepas kelas tambahan abang.. Abang kata nak makan lontong ..

Eh! sebelum terlupa .semalam kucing kami si Min sakit..sepanjang hari monyok jer.


   
Tengok lah muka pun sedih jer..mama syak ada bisul kat perut belah kanan pasal bila mama tekan-tekan kat situ , Min marah-marah dan cakar siap..Malam tagi ingat nak bawak gi klinik, tapi call klinik tak berangkat pulak..doktor gi sembahyang terawih agaknya..

Tapi pagi tadi nampak dah ceria ...mama kata tengok sehari dua ni, kalau kat perut tu bengkak...kena bawak ke klinik ...mama kami sayang Min ni, min ni pandai tengok jam...bila masa bulan puasa ni, pukul 4.30 pagi dia dah stand by depan pintu bilik mama..bila bulan tak puasa , pukul 5 suku pagi dia dah stand by..lepas tu turun sama-sama dengan mama teman ke dapur.. bagus Min ni.

Ok tu je lah...malam ni rasanya macam nak gi terawih ..
 
-3 boys -

Wednesday, 17 July 2013

Diari Ramadan kami: Ramadan ke 8

Salam Rabu @ 8 Ramadan


Alhamdulillah sudah lebih  seminggu kita berpuasa, maknanya ada 3 minggu lagi sebelum kita beraya.

Setakat hari ni kami masih belum gi sembahyang terawih lagi...letih sesangat..Azri tu , tengok-tengok dah pengsan je depan tv * alasan..

Minggu ni adalah minggu peperiksaan percubaan UPSR untuk abang zahin. abang zahin cerita , peperiksaan tu memang macam periksa betul-betul, buat kat dewan besar pastu tak dibenarkan berbual ..pandang kawan pun tak boleh , tu yang buat suspen tu .

Semalam berbuka dengan pasta, otak-otak dan air teh bunga..kami memang tak boleh berbuka dengan nasi, berat sangat ..kuih-kuih manis mesti ada, tak lupa juga kurma..kurma kegemaran kami adalah kurma mariyami

Gambar google

Kurma macam ni best..rasa dia liat-liat pastu manis ..tapi mama kami kata harga dia sangat mahal.. semalam mama beli satu bekas kecik tu harga dia RM10..semalam berbuka , kami makan dah tinggal separuh .

Hari tu mama kami ada buat homemade sneakers ..jumpa dari website mana ntah.. tapi tak jadi.. bab yang karamel tu ada fail sikit - karamel dia cair ..tapi tak kisah la asal sedap 



Gambar yang di bawah , sebelum di potong dan di atas selepas dipotong - disebabkan ada kacang besar-besar, bila nak potong , yang lapisan coklat dia jadi hancur dan patah-patah .

Ni gambar sebenar dari google, benda alah yang mama kami buat tu..tapi tak jadi ..tak kisah lah asal rasa sedap...dapat juga makan -makan masa sahur .

Hari ni tak tahu lagi nak berbuka apa..nanti fikir 

-3 boys-














Monday, 15 July 2013

Kejayaan berpuasa kami setakat ini...

Salam Isnin @ 6 Ramadan 

Kami rasa berpuasa semasa hari sekolah lebih mudah berbanding dengan berpuasa semasa hari cuti sekolah.

Buktinya im tidak berupaya berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad lepas ...tak tahan dugaan lapar dan dahaga dan ditambah pula dengan batuk dan selsema.

Berbalik pada cerita berpuasa hujung minggu kami..hari Jumaat lepas, tokbah masuk hospital dan kami bergegas balik ke jelebu ..sampai dah dekat pukul 7, tak sempat tengok tokbah kat hospital , balik rumah untuk buka puasa dulu. 

Sampai je rumah tokbah, rasa sedih pulak pasal tokbah takde kat pintu sambut kami balik..biasanya setiap kali balik mesti tokbah sambut pastu mesti ada bunyi radio siaran klasik nasional. sunyi je rasa bila tokbah duk kat hospital ni.

Lepas berbuka mama, ayah dan maktok je yang pergi hospital, ayah tak bagi kami pergi , lagipun dah malam . Kami lepak je main game dan tengok fb je.. 

Tak lama lepas tu mama, ayah dan maktok pun balik ...lega rasanya bila maktok beritahu keadaan tokbah tak serius, kalau sihat , esok dah boleh balik dah ..tokbah tak kena serangan jantung tetapi kena vertigo... Alhamdulillah.

Esoknya ayah dan abang zahin balik ke Seremban, abang ada kelas tambahan..tinggal im dan azri je ..tengah hari tu kami ikut mama dan maktok ke hospital lawat tokbah


Wad lelaki, hospital jelebu ni dah lama ,  bangunan semua bangunan lama, tapi dah cat baru , nampak lawa la.


Pandangan dari pintu masuk, pesakit tak ramai, lampu pun nurse malas nak bukak ...senang pergi hospital daerah ni , tak de pak guard jaga. 

Sampai je kat katil tokbah , ada doktor tengah check, mama suruh kami salam doktor tu, kami malu-malu...pastu mama kata doktor tu bukan orang lain, doktor tu kazen kami jugak , kira cucu saudara tokbah... waa senang la...doktor tu kata hari ni boleh balik!! waa senyum jer tokbah ..tapi petang nanti baru boleh balik.

Tak kisah lah asalkan boleh balik ...tokbah pun halau kami semua balik....masa nak ke kereta baru kami perasan benda nih.. yuck !! geli !!

  
Tak senonoh betul....letak lah "tempat berkumur" ke ..ni.....Haish tak selera ..nasib  baik puasa...

Masa keluar dari wad , kami nampak bilik kosong, tulis situ 'kelas dua' . mama cerita bila malam-malam dalam wad kelas dua tu spooky je ..nasib baik tokbah tak masuk kat situ ..menakutkan ..

Patut lah menakutkan , kami jenguk ikut tingkap, nampak ni......



 Scary kan....hi hi hi

Anyway petang tu tokbah dah balik ke rumah  dengan riang, boleh la tidur nyenyak dan makan dengan selesa. kesian tokbah , tak dapat puasa 2, 3 hari ni , banyak ubat kena makan ..

OK ..rekod puasa kami, abang , puasa penuh sampai hari ni, upah terkumpul RM25, im dapat 3 hari, upah terkumpul RM15, manakala azri 0..hihi cuma hari ni dapat tahan sampai pukul 3 petang.. ok lah tu..
 
-3 boys -

Friday, 12 July 2013

Hari ni jumaat tapi takde special friday..

Salam Jumaat @ 3 Ramadhan

Masa mama jemput kami balik dari sekolah tadi, ada je suara minta penampar tanya , hari ni kita nak makan kat ne? woi puasa laa.....eh lupe!!! 

Takde la special friday lagi, kena tunggu lepas raya nanti lah nampaknya. 

Kami masuk je dalam kereta , azri dah mengadu kata lapar sesangat, im pun cakap lapar jugak dan abang besar pun taknak kalah..ngadu lapar la jugak. 

Mama kami terus bawak kami balik rumah, goreng nasi goreng , nugget dan bagi azri makan, offer jugak kat im, kalau lapar tak tahan berbuka je la..tapi untuk abang..bolayan!! lapar macamana pun kena tahan jugak sampai waktu berbuka. 

Im pulak bila dah tukar baju dan tengok tv tadi, terus hilang rasa lapar ..tak jadi nak berbuka.

Mama beritahu tadi tokbah masuk hospital, mama kata tokbah kena macam serangan jantung la...kesian tokbah , hari ni kami balik jelebu teman maktok berbuka dan sahur , kesian maktok sorang-sorang je , mana nak jaga tokbah lagi, nak masak lagi ..kalau ada maksu, boleh jugak buat teman-teman.   

Kami dah pun pack baju-baju nak bawa balik jelebu ni. Biasanya kami keluarkan je baju-baju dan letak atas katil, nanti mama akan check baju-baju semua cukup ke tidak pastu baru masuk dalam beg.

Ha untuk rekod kami , puasa hari ke 2 , im dan abang puasa penuh sehari , azri pulak sampai pukul 1 lebih , puasa ke 3 hari ni azri bertahan sampai pukul 12.30 je, im dan abang pulak insya Allah , bertahan sampai waktu berbuka ni.

Kami mesti rekodkan bilangan hari kami berpuasa ni, nanti senang mama kami nak sediakan ganjaran RM5 sehari tu . best tu..boleh beli game..hi hi tapi sebenarnya upah puasa semua mama masukkan dalam bank . 

Kami tengah tunggu mama balik ni, jap lagi nak balik jelebu, tak sabar nak jenguk tokbah kat hospital.. Semoga Tokbah sihat dan dapat bershopping di Giant macam biasa ..tokbah selalu belikan kami jajan, nugget, telur sepapan dan macam-macam lagi..tiap kali balik jelebu mesti kami tak lupa buka almari Giant tokbah , macam-macam benda ada dalam , ambik je apa nak , dah giant kecik namanya , semua ada...bak kat tokbah. 
 
-3 boys -

Thursday, 11 July 2013

Ramadan kedua kami

Salam 2 Ramadan @ Khamis 

Hari kedua ramadan dan kami masih bertahan.

Hari pertama puasa semalam adalah hari yang memenatkan dan meletihkan. Semalam sekolah kan cuti maka kami duduk kat rumah sepanjang hari.

Abang dan im berjaya puasa penuh sehari , azri pulak hanya berjaya bertahan sampai pukul 10.30 pagi jer.

Sebenarnya duduk di rumah sangat meletihkan berbanding kalau hari sekolah. Semalam sangat letih sampai nak main game kat laptop pun tak bermaya. 

Sahur pertama kami semalam dihidangkan nasi, gulai lemak ikan dengan nugget. Kami sekeluarga memang jenis yang bangun sahur tiap-tiap hari dan kami akan bersahur dengan nasi , cuma lauknya yang simple-simple jer 

Macam pagi tadi, im makan nasi 2 suap jer tapi makan "fried egg with sunny side up" 2 bijik ..kenyang sampai sekarang, masih bertahan. 

Hari kedua puasa ni, im dan abang masih bertahan dan insya Allah dapat puasa penuh sehari ni. Azri pulak dah kalah pukul 1 lebih tadi ..

Harap esok azri boleh bertahan lama lagi.

Hari ni nak berbuka dengan spagetti, abang pulak teringin nak murtabak...yang tu kena beli kat bazar la ..spagetti mama nak masak balik nanti ..

Ok tu jer..harap malam nanti kami bertenaga nak gi terawih 
-3 boys -

Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadan 1434 H



Salam hari Selasa...

Esok puasa.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas..Amin. 

Kali ni kami amat teruja nak berpuasa , terutama si bongsu Azri , dari bulan lepas sibuk nak ikut mama ganti puasa..mama kata tunggu je bulan puasa nanti , puasa la betul-betul.

Alhamdulillah tahun lepas abang zahin berpuasa penuh sebulan, abang im pulak dapat jugak 18 hari , dan azri memang tiap-tiap hari puasa la tapi berbuka awal ikut mood.

Tahun ni macam tahun-tahun lepas , mama kata upah berpuasa RM5 sehari tapi mama kata kalau dah baligh nanti, ganjaran Allah lebih hebat . Upah puasa ni hanya untuk budak-budak bawah umur je, ala saje nak bagi semangat.

Tengah hari ni sempena lunch terakhir sebelum puasa ni, mama belanja kami makan nasi beriyani kat Syed Maju , maggi goreng untuk abang juga ..nanti sebulan lagi baru boleh lunch kat sini...

Semalam mama kami cuti , sepatutnya hari Ahad lepas sekolah kami ada sukan tahunan dan hari isnin nanti dapat cuti peristiwa, jadi mama ambik cuti pasal tak de sapa nak jaga kami dan mama nak beli baju raya kami sekali. 

Tetiba cikgu beritahu sukan tunda sampai lepas UPSR dan hari isnin ni sekolah la..tak kan nak cancel cuti pulak ..mama kami terus je cuti dan semalam lepas sekolah kami semua di bawa shopping baju raya.

Semalam dapat shopping dengan senang lenang nye..orang tak ramai, kami boleh pilih baju seluar dengan santai dan sempat bergurau-senda lagi dalam fitting room.. selesai shopping baju semua , boleh pergi Watson beli air dan coklat lagi...

Tak macam tahun lepas , shopping baju raya kat Parkson T1 tu, masa tu dah puasa dah, orang punya la ramai..jadi mama kami main ambik je baju seluar yang muat pastu nak bayar pun beratur ...kami dah mengamuk pasal lapar letih, pastu bukan nye boleh makan minum pun...tension...

Mama kata baju melayu je belum beli..tu tak kisah, balik kampung Jasin nanti boleh beli. 

Tak sabar nak puasa esok, yang bestnya kami cuti esok, boleh tidur balik lepas sahur dan boleh bangun lambat..yahoo.

Kalau sekolah nanti , dapat lah tidur-tidur ayam 20-30 minit , jadi la..

Ok , selamat berpuasa sekali lagi..
   
-3 boys -

Friday, 5 July 2013

Hari Terbuka Akademik sekolah kami..

Salam hari Jumaat,

Hari ni hari terbuka akademik sekolah kami, bermula pukul 9 pagi sampai 11.30 pagi dan lepas tu murid-murid boleh balik ikut mak masing-masing .

Hari ni macam biasa lah mama kami akan ke sekolah kami dan akan ke kelas ketiga-tiga kami. Mama kata kali ni mama nak datang seawal mungkin supaya tak jadi macam tahun-tahun sudah, datang lewat kena tunggu lama , last-last tak sempat jumpa cikgu abang besar.

Maka, pagi tadi kami ke sekolah macam biasa, dihantar oleh ayah kami, sampai je tengok-tengok kawan-kawan semua teruja nak balik cepat dan yang syoknya hari ni tak belajar . Cikgu kasi im dan azri kertas lukisan untuk kaler jer tapi untuk abang besar , cikgu bagi ujian sains. 

Tepat pukul 9 pagi, mama kami sampai kelas abang dulu, maklumlah kelas super senior kann.. mama orang ke dua jumpa cikgu abang.. teruja mama kami jumpa cikgu abang tapi hmm cikgu kata prestasi abang drop teruk!!....macam-macam jugak lah cikgu abang cakap kat mama tadi . abang dpt no 32 dari 40 dan subjek sains abang teruk sangat markahnya..

Mama ada kat kelas abang tak lama ..pastu mama terus gerak ke kelas im, abang belum  boleh balik lagi pasal soalan ujian sains belum siap lagi.

Sampai ke kelas im , ada 3 penjaga menunggu ..im nampak je mama terus cover line , nampak alim jer tapi sesekali membuas jugak 

Im tengah budget baik..

Cikgu kata im ok , semua subjek tahap band 6, cuma tulisan masih kecik-kecik , cikgu kata im pendiam tapi pendiam bila dengan cikgu jer tapi bila dengan kawan-kawan ..bole tahan..

Fail yang tebal tu semua ada rekod kerja-kerja kelas yang murid-murid ni buat , im punya memang dah ada atas meja cikgu .

Selesai im , mama terus ke kelas aji pulak , im ikut balik sekali ..sampai kelas aji tengok-tengok ramai pulak kena beratur..lama juga tunggu kat situ sampai im naik boring,  dah lapar. ada mak bapak yang tanya cikgu macam-macam padahal kan baru tahun 1 je tu. 

Sampai giliran mama, mama tak ambik masa lama . 3-4 minit jer selesai , sebelum balik mama check meja azri dulu.. Masya Allah !! bawah meja aji macam sarang tikus, kemas sikit -sikit pastu balik lah .

Sebelum balik kami ke kantin dulu, im dah lapar dan kena tunggu abang besar ..kami makan nugget, hotdog dan keropok lekor dan terus balik ke ofis mama.  Selesai semua dalam pukul 10.30 pagi camtu.

Masa nak ke kereta mama beritahu hari ni ayah tak ke KL, kerja dari rumah jer dan hari ni boleh lunch dengan ayah ..wow best! 

Lepas lunch, masing-masing kata letih dan tak nak gi solat jumaat , kami pun balik lepak ofis mama, ayah je sorang gi solat, ayah gi solat kat masjid belakang ofis mama je pun. 

Selesai solat ayah jemput dan dapat lah kami melepak di rumah petang tadi.  

Mama kata ada meeting sikit malam ni..nak bincang pasal prestasi abang yang merundum tuh ..apa lah agaknya yang nak diputuskan oleh mama dan ayah je..saspen ni.

Esok kami semua akan balik rumah makcik, makcik ada buat kenduri kesyukuran dan tahlil.. malam ni mama nak bakar kek , ulang tayang balik kek yang mama buat untuk kenduri maktom minggu lepas. ayah kata kek tu sedap tapi hari tu tak sempat makan banyak.

Ok tu jer...baii..

Ehh sebelum tu , puasa lagi 4 hari je lagi..tak sabarr.. 

-3 boys -

Wednesday, 3 July 2013

Cerita semalam dan hari ini

Salam Rabu,

Orang kata kalau kita ada diari, kita kena tulis kat diari kita tiap-tiap hari..cerita apa yang berlaku tiap-tiap hari...ye ke? 

Kalau dah hari-hari benda yang sama, boring je nak tulis kat diari.....bangun pagi, pergi sekolah , balik sekolah, makan , gi kafa, balik , mandi, makan, homework , tido pastu bangun balik, sekolah , bla bla bla....

Begitu la rutin harian kami dan macam boring je semua nak tulis kat sini kan...

Tapi bila kami dewasa nanti , best jugak bila baca balik apa benda yang kami buat masa kecik kan..sekarang boring la , esok-esok mesti best , mama kami kata masa tak boleh diundurkan jadi setiap masa mesti dihargai...kan... kan ..

Semalam apa cerita kami ? 

Hmmm tak de yang luar biasa, kami gi kafa , mama jemput dan terus ke RK nak beli makanan untuk dinner, malam semalam abang ada tusyen ...kena beli dinner pasal tak sempat masak.

Sementara tunggu makanan siap, mama order ABC special untuk kami syer ramai-ramai..

Makan ramai-ramai dan makan rebut-rebut sampai kena minta sudu satu lagi dari abang RK tu...tapi ABC dia tak mengancam sangat ..biasa-biasa jer, ABC kat stadium lagi bestt..

Sampai rumah kami main bola takraw dulu pastu main bola sepak pulak, gilir-gilir jadi penyerang dan penjaga gol ..tengah syok-syok main , terdengar mama kata  ' dah nak maghrib ni , naik cepat , mandi'..

Nanti kejap ler...main lagi, mama pun masa tu tengah siapkan meja makan .

Tak lama lepas mama jenguk lagi dan kata ok semua 5 minit lagi ..orait kami pun sambung main...dah habis 5 minit pun masih syok main lagi kan.

Tu la tak dengar cakap orang tua kan, pastu dah nak maghrib pulak...berlaku lah kemalangan....Im nak sepak bola tapi tersepak tiles. apa lagi ibu jari kaki terkopak ler....menangis tak ingat!!

Darah dah meleleh keluar ni, mama tengok pastu membebel pulak dia ..ayoo. mama dokong Im masuk rumah dan lap darah tu ..masa ni abang dan azri pun cepat-cepat naik mandi ..takut kena marah...siap mandi cepat-cepat gi makan.

Im pun dah reda sikit, mama suruh makan dulu. tengah makan , ayah kami sampai...nasib ayah tak marah. ayah kata biasalah budak lelaki kalau tak kopak kaki, lutut mana sah jadi budak lelaki ...sib baik.

Tu cerita semalam..cerita hari ni pun sama juga la..gi sekolah , hari rabu tak de kafa , mama jemput dan kami makan kat rabena , air teh o ais limau kami masuk lalat besar ..nasib baik makcik tu tukar yang lain.

Tu cerita hari ni, cerita esok ? ..hi hi hi yang sama la jugak , cuma hari jumaat nanti sekolah kami ada hari akademik...nanti semua mak bapak datang ke kelas anak masing-masing pastu cikgu akan bagi report kad untuk di sign.

Mama kami la datang nanti , kena pergi 3 kelas yang berbeza..kalau cepat boleh lah balik cepat dan oh ye jumaat adalah special friday..mana lah mama nak bawak kami makan kan?
  
-3 boys -

Monday, 1 July 2013

Isnin yang basah kuyup..hujan buatan atau semulajadi?

Salam Isnin..

Hari pertama bulan Julai ....9 hari lagi nak bulan Ramadhan 

Hari ni hujan sangat lebat, ramai kawan-kawan yang masuk kelas dalam keadaan basah kuyup...nasib baik tadi mama tolong payungkan sampai masuk dalam sekolah , tak le basah sangat. 

Kami terdengar mama kami mengomel..hujan lebat ni hujan buatan ke atau hujan betul-betul ...kami yang dengar ni pun heran la jugak ...rupa-rupanya ada hujan buatan ..proses untuk paksa hujan turun tapi mama kata hanya dalam keadaan tertentu aje. 

Semalam dalam suratkhabar rupanya ada tunjukkan proses nak buat hujan nih....ia dipanggil proses pembenihan awan ..

Laa senang je rupanya ... mula-mula buat air garam ..1,000 liter air campur dengan 150 kg garam ...waa boleh buat laut kecik ni..

Pastu masukkan dalam kapal terbang ..
 
  
gambar cilok google  

Masukkan air garam ni dalam kapal terbang ni...biasa pakai kapal terbang tentera.

Pastu terbang lah sampai lebih tinggi dari awan, dan semburkan air garam ni atas awan 

  
Begitu cara sembur, uncle google kata ...kena ada pakar ikut terbang sekali..dia yang arahkan mana tempat sesuai nak sembur air garam ni..kena mata mesti pedih nih!! 

Dah sembur , hujan akan turun dalam masa 10 -15 minit camtu..cepatnye!!

Kalau macam tu punya cepat , kami rasa hujan pagi tadi mesti hujan Allah bagi pasal takde pulak dengar bunyi kapal terbang ke apa di udara ..apa-apa pun syukur sangat dah hujan ...

Banyak juga benda-benda baru yang kami tahu kesan jerebu ni...bagus jugak hujan ni..sejuk sikit .

Ha hari ni ayah kami balik lambat...mama kata nanti ayah akan sibuk sangat..kesian ayah kami. tak mau nakal-nakal lah...

OK tu jer ..sebelum tu , ni kazen terkecik kami yang dah pun membesar sikit 

  
Tido aje la kerja dia, besar sok mesti suka main game macam kami ..
 
-3 boys -

Hujung minggu kami..

Salam Hari Isnin.

Alhamdulillah hari ni hujan lebat, tapi kesian pulak tengok kawan-kawan yang pergi sekolah naik motor , habis basah pasal hujan tetiba je jadi lebat dalam perjalanan tadi.

Aktiviti hujung minggu macam biasa amat menggembirakan kami kanak-kanak ribena ni ...Sabtu pagi macam biasa abang besar ada kelas tambahan , kami lepak rumah jer sementara mama kemas-kemas rumah.

Masa mama kemas bilik kami , mama dapati katil kami patah!! patutle tilam dia macam mendap jer..

 
Bukti katil patah...

Habis im dan azri kena soal-siasat sapa yang main  lompat-lompat sampai patah ni...tak kan le kami lompat-lompat atas katil camni, kami kan dah besar ...

Nasib baik masa cina perabot tu datang tukar rupanya kayu tu memang jenis rapuh , tak tahan, apek tu sendiri kata "sikalang kilang mau untung lebeh, kayu tatak bagus punya" haa tau takpe....tuduh kami lagi.  

Lepas lunch, mama kami kelam kabut bakar kek bluberry cheese, nak bawak gi rumah maktom untuk kenduri malam nanti.

Pastu dalam pukul 3 lebih Maktok call beritahu dah sampai dan pukul 4 lebih kami pun bertolak ke rumah Maktom kat Bukit Jelutong.

Jem sepanjang jalan , ayah kami biasa le lan, arlegic dengan jem , mula lah nak marah-marah ..tapi cover-cover lagik pasal maktok dan tokbah ada dalam kereta sekali ..hi hi hi...pukul 6 lebih baru sampai .

   
Pulut kuning dan rendang special maktok ..

Hidangan utama nya nasi beriyani , beriyani kambing dan segala mak nenek yang lain..tu maktom upah orang jer...sedappp....


Dessert dan pai pic special makjah..

Makanan yang lain-lain hidang kat luar tapi tak dapat ambik gambar pasal ustaz-ustaz dah sampai....mama kata segan nak ke depan pasal nanti kena lalu depan ustaz hensem tu.... ha ha ha...

Kenduri stat dengan azan maghrib pastu sembahyang maghrib berjemaah , baca yassin, doa selamat, tahlil pastu makan!!

Lepas makan, ustaz hensem tu laungkan azan pastu sembahyang Isyak berjemaah.



Masa ni dah selesai solat berjemaah ..semua tunggu nak serbu lauk pauk yang kat depan tuh..

p/s ...ada muka seseorang tu terpaksa diblurkan atas sebab-sebab keselamatan..kih kih kih    * terlalu kacak!!

p/ss..ustaz hensem yang pakai baju melayu coklat....

Habis semua tu ...acara tapau-menapau pun dah selesai ..kami pun diarahkan berkumpul untuk balik .

Sampai semula ke seremban pukul 11 lebih..semua orang tido dalam kereta ..kesian ayah kami sorang-sorang je bawak kereta ..ayah kata kereta banyak dan sesak...lagi tengah malam, lagi banyak kereta ...tak tido ke orang-orang semua?  

Hari Ahad esoknya, kami lepak-lepak je kat rumah , petang gi Jusco jap beli sushi , pastu siapkan homework, siapkan buku-buku , beg semua dah bersedia untuk esok harinya iaitu hari ni...

Hari ni sekolah la macam biasa kan ...im dan azri ke kelas kafa, abang lepak di ofis mama.. 

OK tu jerr

-3 boys -