Itulah rezeki yang Allah kurniakan pada kita, kita perlu redha.
Ayah selalu pesan jangan kita selalu memandang ke atas..maksudnya hanya pandang kawan-kawan yang bapa dia jemput dengan kereta Alpard, Estima, Audi, BMW...hanya pandang kawan-kawan yang dah pakai I phone 4, I Phone 5, Samsung canggih manggih ke..ayah kata kalau kita selalu memandang ke arah golongan ini, kita tidak akan bersyukur kepada Allah malah komplen lagi..mengapa kita tak mampu beli I phone 5, mengapa ayah tak belikan X Box , mengapa ayah tak pakai Alphard..
Tapi sebaliknya jika kita memandang ke bawah, lihat pada kawan-kawan yang bapak dia pakai keta biasa-biasa jer, tak ada handphone pun, belanja kantin pun cukup-cukup, I Pad, i pod, x box pun tak pernah ada, kita akan bersyukur kepada Allah kerana memberi kita rezeki yang cukup, mampu untuk ada smart phone, ada kereta yang selesa dan dapat jugak lah gi cuti-cuti tidur hotel walaupun hanya dalam negara aje.
Mengapa kita kena bersyukur dengan keadaan kami sekeluarga sekarang?..Bukti nya abang dah nampak sendiri..hari Selasa lepas, abang kan masih bercuti..abang ikut mama pergi bank dan lepas tu ke Giant.
Kami beli keperluan harian macam syampoo, makanan macam nugget, hotdog, coklat-coklat, biskut-biskut dan macam-macam lagi lah....gula-gula pun ada, kira agak penuh la troli tu.
Sudah keluar dari Giant tu mama kata nak beli je nasi ayam dan sizzling mee bungkus sebab dah lambat ni..takut tak sempat teman im dan azri makan kat kantin. Abang pun nak coolblog oreo coklat...mama pun gi lah beratur kat ATM nak keluar duit.
Mama cerita ada satu pasangan beratur depan mama, dia nak keluarkan duit tapi dia check baki card tu dulu..mama kata mama bukan sengaja nak sibuk tengok baki akaun dia tapi mama ternampak. Mama kata baki akaun pakcik tu RM28-60 ..terus pakcik tu tak jadi keluarkan duit dan blah dari situ.
Lepas mama keluarkan duit , kami pun pergi lah ke booth coldblog tu , ternampak lah pakcik tadi duduk kat kerusi dekat situ..mama kata kesian kat pakcik tu.syukur lah kita mampu beli barang-barang hampir penuh troli pastu ada duit nak beli coolblog dengan nasi ayam lagi. Pakcik tu?
Mungkin pakcik tu nak beli barang-barang keperluan untuk keluarga dia tapi tengok-tengok gaji dia belum masuk lagi ker.. dah tak jadi beli.
Mungkin dia beli untuk masak lunch hari tu ke? masak untuk anak-anak dia yang kat sekolah ke? baki RM28-60 ? berapa yang dia boleh keluarkan dan apa yang boleh dia beli?
Mama kata tu la abang, betapa bersyukurnya kita dengan rezeki yang Allah bagi pada kami sekeluarga ni.
Petang tu bila ayah balik dari kerja, mama cerita pada ayah, ayah kata keadaan macam tu dah selalu sangat ayah jumpa. Kat KL tu, ramai yang gi check balance dulu pastu tak jadi keluarkan duit pasal tak cukup duit.
Semua barang pun dah mahal sekarang ni , jadi ayah kata jangan kita berlebihan , alhamdulillah cukup segala rezeki yang Allah berikan ..bersyukur lah atas apa yang kita ada, ingat mungkin ada orang lain yang tak ada apa yang kita ada.
Walaupun kami sekeluarga tidak mewah, tapi kami dapat jugak gi makan-makan luar, makan ais krim, tuti fruiti , tengok wayang , beli hadiah atau beli apa-apa yang kami mahu kan. Syukur Alhamdulillah ke atas rezeki yang di berikan. Amin
-3 boys -
1 comment:
Tapi keadaan ni sentiasa menjadi cabaran... Sebab kita selalunya berada diantara golongan2 ni... Hari ni insaf, esok tgk ada org loaded2 timbul pulak sakit hati, bengang & tak puas hati.
Tapi apa2 hal ini soal hati....
Asalkan tak sepanjangnya kita lupa... Alhamdulillah....
Atau bila datang sakit hati.... Allah tunjuk insan2 kekurangan...dpt la lembutkan hati semula.....
Alhamdulillah....
Bila keadaan2 yg kita nampak ni terkesan kat hati pun mudah2an itu petunjuk hati yg telah dilembutkan....
Alhamdulillah....
Post a Comment