Sunday 2 February 2014

Hujung minggu yang panjang... dan robocop

Gong Xi Fa Choy...sorry terlambat wish

Hujung minggu ni cuti panjang, paling panjang cuti adalah abang besar, dari khamis hingga ke Selasa...6 hari strait...dengan homework berlambak tentunya..hahaha

Im dan azri cuti ikut cuti umum biasa sahaja, hari isnin ni dah sekolah macam biasa , homework pun dah siap.

Cuti panjang ni dan juga raya cina ni, dah tentunya jalan jem dan sesak ...maka ayah dan mama kami ambik keputusan untuk tidak ke mana-mana..duduk rumah sahaja bersantaian.

Semalam kami semua pergi tengok wayang..

Robocop!!!

gambar google

Kami pergi MBO Seremban...ramai manusia rupanya..plan nak tengok show 3.40 petang, sampai sana awal, susah nak cari parking, mama dan abang turun dulu, tapi bukan pergi beli tiket tapi gi Mydin beli jajan!!

Mana la nak tau ramai manusia nak tengok robocop, selesai beli jajan kat mydin, naik tinjau kaunter tiket, tengok-tengok que panjang giler.

Mama pun berjalan la sepanjang-panjang garisan tu cari ayah...tapi takde, abang call rupanya ayah kata baru dapat parking, cepat-cepat la mama masuk dalam garisan beratur ...lama giler beratur , hampir 40 minit.

Sampai kaunter, show pukul 3.40 petang masih ada seat lagi tapi seat tak cantik ler...betul-betul depan skrin tu..langsung ayah beli tiket untuk show lepas tu, pukul 5 petang.

Tiket wayang sekarang ni dah mahal giler...semua tiket untuk kami berlima , ayah bayar  RM60-00...dewasa RM14 dan kanak-kanak RM9..mahal kan.

Jadi untuk membunuh masa, kami semua gi minum, jalan keluar dari bangunan terminal 3 tu, terus ke restoran Azhar Maju..kedai mamak yang dah up-grade macam kedai kat Bangsar tu.

Kami minum je dan order satu murtabak syer ramai-ramai.air kat situ pun mahal...nescafe ais harganya RM2.20...adoi mahal.

Selesai minum pukul 4.30 camtu, ayah ajak naik dan cari surau...jumpa surau tapi ayah kata jom beli popcorn dulu. tengok-tengok nak beli pop corn pun beratur panjang giler..yang herannya cina pun teramat ramai...oii cina-cina..korang ni dah kenapa, tak beraya ker? tak gi ke beraya rumah tokngah, tokcik, toksu korang?? buat apa menyibuk tengok wayang beramai-ramai ni?

Mama pulak dok gelak-gelak fesyen baju diaorang nih...mama kata kelakar, ada yang pakai sarat barat macam nak gi formal dinner, ada yang pakai tak cukup kain, macam-macam rupa ada...hahaha.

Apa-apa pun robocop sangat best, suit dia sangat la smart..mama dan ayah dok compare robocop ni dengan robocop lama, mama kata robocop baru ni sebiji mulut diaorang sama...ntahle kami tak tau, nanti lah kalau rajin, kami tengok robocop lama dalam youtube ....kalau ada.

 gambar google

Smart kan...


Ha ni robocop lama...mana lebih smart.

Ayah kata tak payah ler tengok robocop 1987 tu , sebab kami dah tengok robocop 2014, mesti rasa tersangat kelakar dan lembabnya robocop 1987, tapi mama kata robocop 1987 pun best..ntahler.

Apa lagi aktiviti hujung minggu ni?

Tadi mama dan ayah kami gi rumah jiran , ada kenduri tunang, kami tak nak pergi sekali, lagi best main game secara berjemaah...esok kami semua balik rumah maktok ...hari ni semua adik-beradik mama ada berkumpul kat rumah maktok, mesti rumah maktok sesak..hihih

-3 boys -

1 comment:

Unknown said...

Ya.. Balik kampung rupanya ada 'live' robocop.. Tapi dia dah di program utk boleh memancing ikan. Harap boleh upgrade software dia utk application budi pekerti, kesopanan & kesusilaan..atau mungkin ada ketidak seimbangan hormon...