Monday, 24 February 2014

Hujan, turunlah hujan

Dah lebih 2 bulan hujan tak turun.

Cuaca panas dan kering..aktiviti sekolah petang sekarang dah sangat mencabar, letih!

Masa mula-mula takde hujan dulu, cuaca agak sejuk , sampai heboh satu malaya la, satu tempat yang nama Kuala Krai sejuk sesangat, sampai keluar dalam surat khabar la, semua orang Kuala Krai dah berbungkus sejuk.


















Gambar google- nampak beno penipunye!!

Tapi memang serius sejuk masa tu. Angin sentiasa bertuip kuat.

Kalau balik Jelebu, tido malam memang menggeletar kesejukan.

Sampai kat kampung makcik yang terkenal panas berdenting tu pun sejuk. Ada satu kali tu kami balik rumah makcik, lepas sarapan kami keluar lepak kat buai, waa rasa macam kat Cameron Highland..bila angin bertiup..pehh sejuk.

Memang tak pernah la rasa sejuk camni kat rumah makcik, mama pun kata..selama mama kawin dengan ayah dan selama mama balik kat rumah makcik, ini la pertama kali rasa sejuk nyaman macam kat Cameron Highland masa tengah ampai baju kat luar.

Tak lama lepas cuaca sejuk tu, angin dah stat tak bertiup, dah tak laju macam dulu..ha masa ni dah stat panas.

Hujan masih tak turun dan ditambah dengan cuaca panas berdenting..bila habis waktu sekolah je, bila nak makan kat kantin, im selalu sakit kepala, mama kata sebab panas sangat., mama pun kata tak tahan panas, bila cuaca panas, mama cepat letih. 

Sekarang ni pulak, dah la panas, langit pulak takde awan, habis camne nak hujan?

Nasib baik angin dah stat kuat balik, sejuk lah sikit bila angin kuat bertiup...tapi masalahnya bila angin kuat, awan pulak tak dapat berkumpul, camne nak ada hujan.

Mama kami kata cuaca panas kali ni memang teruk dan tak pernah berlaku rasanya sebelum ini. Habis rumput-rumput semua mati, padang sekolah kami pun dah gondol.. malah padang sekolah abang yang terkenal dengan 'Georgian Green' nya dah tak green dah , dah kaler coklat semua .

Paling teruk padang golf kat Paroi, dah tak green , semua dah kaler perang kekuningan seluas mata memandang.

Mama kata nanti mama ambik gambar fenomena yang jarang berlaku ni, tepi-tepi jalan pun dah macam kat Korea ..ada banyak daun-daun kuning gugur...seronok jugak kan. 

Minggu ni masih tak hujan lagi...hari tu dah keluar berita dalam radio, air kat empangan dah kritikal, 2 sungai kat Negeri Sembilan dah kering..kalau tak hujan juga 2 minggu ni, mungkin ada catuan air, ni dah seminggu , harap-harap biar lah minggu depan ni hujan turun. 

Gambar Google: empangan yang dah kering, 

Rumah kami pun dah stat simpan air, mama dah tadah air minum dan rancang nak beli baldi besar, payah woo kalau tetiba ada catuan air..camne nak mandi, basuh semua.

Kami semua ni berdoa dan berharap agar turun lah hujan. camne lah kalau hujan tak turun sebulan lagi kan? Camne lah keadaan kat Arab Saudi yang memang selalu tak de hujan kan.   

-3 boys -

No comments: