Umur Azri tahun ni mencecah 8 tahun tapi gigi susu masih kuat dan teguh.
Kawan-kawan azri yang lain semua dah rongak menanti tumbuh gigi kekal tapi gigi susu azri masih penuh dan cantik lagi.
Mama pun hairan bila lah agaknya gigi kekal azri nak tumbuh dan bila gigi susu ni nak tanggal.
Sehingga la ke suatu di rumah Tok Abah.
Azri dan abang besar bergusti ala WWE...sorang jadi Daniel Bryan, sorang lagi Big Show..agaknya yang jadi Big Show tu abang besar la kot sebab dia sangat besar banding dengan Azri.
Tengah-tengah gusti tiba-tiba abang besar terpukul mulut azri dengan lutut!! di ulangi ...pukul dengan lutut!!!..budak umur 13 tahun pukul adik umur 7 tahun lebih dengan lutut!!
Meraung lah adik yang kecik tu.
Bila mama check mulut tengok-tengok gigi kacip bawah dah goyang, dah goyang sangat-sangat sampai boleh tolak-tolak dengan lidah je tapi masih lekat kat gusi lagi.
Tok Abah suruh cabut je tapi azri tak nak , takut katanya.
Malam tu nasib baik tak ada apa-apa berlaku.
Malam kedua , pukul 5 pagi azri dah kejut mama beritahu gigi tu dah tanggal...nasib baik tak tertelan.
Gigi yang tertanggal itu..hihihi
Kecik jer giginye, gambar je yang besar
Ha yang ini, tuan punya gigi tu.
Bagus lah kalau macam ni, nak gigi tanggal dan nak jimat , tak perlu pergi jumpa dentist, hanya bergusti sahaja dengan abang besar..gigi pun tanggal.
-3 boys -
No comments:
Post a Comment