Mama kata 14 tahun yang menggembirakan.
Happy 14th. Anniversary mama dan ayah.
Mama dan ayah ni sebenarnya tak pernah berjumpa sendiri-sendiri, Mak Lang yang perkenalkan ayah dengan mama .
Masa tu mama tinggal kat rumah B Kelana berdua je dengan maksu.
Kereta Iswara merah mama selalu la ulang alik depan rumah ayah lang dan mak lang , kira depan rumah jiran ler. Ayah cerita ayah ternampak mama dan hati pun terpaut..chewahh!!!
Mama cerita satu petang tu tetiba maklang datang ke rumah bersama dengan 2 lagi wanita ..hihihi yang 2 orang tu rupa-rupanya makcik dengan makngah .hahaha.
Yang 2 orang berdiri jauh la sangat, mama ajak lah masuk , "masuk lah kak" ..hihi takpe, takpe, kata yang 2 org tu.pastu maklang kata nak ajak mama datang rumah maklang, esok ada kenduri . Tapi mama kata sori tak dapat datang, sebab petang ni mama nak ke KL , rumah maklong , ada kenduri la jugak.
Mama masa tu baru mandi, dengan kepala berbungkus towel macam gaya Hussin hantu kak limah tu.
Macam gini le.
Jadi mama ada segan la sikit.
Lepas tu , mama pun bersiap la nak ke KL, mama ke KL dengan maksu.
Singgah Petronas isi minyak dulu.
Tetiba mama cerita , dah siap isi minyak , mama nampak kereta maklang kat belakang, dalam kereta penuh dengan perempuan-perempuan..pastu mereka semua senyum-senyum ..rupanya dlm kereta tu ada makcik, makngah, kak idziani dan sapa lagi ntah...gi usha mama.
Mama memang tak tau apa-apa , terus lah ke KL.
Next week pastu, maklang datang rumah dan beritahu mama yang ayah nak berkenalan ..kih kih kih...bagi gambar sekali.
Dan esoknya kat ofis , dengan keadaan mama tak sihat, batuk dan bersuara garau..ayah call mama buat kali pertamanya ..mama cerita jantung mama macam nak luruh !! kami faham le pasal mama kami tak pernah ada boyfriend. muka garang, sapa yang nak!!.
Dan ayah ajak mama jumpa
Tempat date pertama ..kat Seremban Parade.
Dan mama terlambat di date yang pertama, sebab maksu hilang kat sekolah .
Mama kena bawa maksu sekali masa date pertama tu.
Makan kat Pizza Hut ..dan yang paling kelakar sekali, ada pula 2-3 orang lawyer yang mama kenal dalam pizza hut tu.
Yang mama punya bendul, siap beritahu kat lawyer-lawyer tu yang ayah ni kazen mama, mesti diaorang kata " ada aku kisah" kah kah kah.
Sebenar nya date yang pertama memang kelam kabut bagi ayah dan mama ...yang mama kelamkabut maksu hilang , pastu dah terlambat gile di hari date yang pertama ..yang ayah pulak rambut dah tersalah potong, tergonjeng pulak di hari date yang pertama ...macam-macam hal.
Dan 4 bulan selepas tu mama dan ayah kami pun bertunang..tarikh nya 10.10.99. unik kan.
Dan berkahwin lah mereka sehingga lah 14 tahun hari ni.
Dan mama dan ayah berharap mama dan ayah bergembira dan kekal sehingga akhir hayat. Amin.
P/s ...cerita maksu hilang, cikgu dia siap pakai motor gi carik, maksu kan masuk kelas khas, kanak-kanak istimewa, rupanya maksu gi berjalan sampai jalan besar, tunggu kat bus stop ..kesian maksu...nasib baik tak de apa-apa.
No comments:
Post a Comment