Selamat Tahun Baru 2015 ..walaupun hari ni dah pun 8 haribulan.
Ambang tahun baru kami kali ni sangat sibuk, penuh dengan segala macam hal yang berlaku.
Hari Ahad 21 Disember, tokbah mengadu sakit dada dan susah nak bernafas....maktom bawa tokbah gi hospital jelebu, maklong pulak bawa maktok ke seremban, ke rumah kami sebab mama nak bawa maktok gi Darul Syifa seremban.
Tengahari tu tokbah kena masuk wad
22 Disember ..Isnin, kami semua balik jelebu tengok tokbah, mama gilir jaga tokbah kat wad. Kami lepak kat rumah jer sebab kazen-kazen girl semua ada tinggal kat sana.
Mama cerita lepas Asar tokbah dah lain macam...dah cakap merapu macam orang hilang ingatan, mama dah cuak, baca macam-macam ayat
Lewat petang kami semua balik ke seremban.
Pukul 10 malam, maktok call beritahu tokbah kena transfer ke seremban...oksigen level dah rendah dan tokbah dah tak ingat.
Kami semua gerak ke hospital seremban, kesian kat ayah letih baru balik kerja.
Tokbah masuk zon kritikal, kami dengan ayah tunggu dalam kereta jer..mama tunggu kat zon merah tu dengan maktok. Lama kami kat sana sampai pukul 2.30 pagi, dah tertido dah kami semua dalam kereta.
23 Disember, selasa jam 2.50 pagi, mama suruh semua balik tido, mama sorang je stand by kat hospital teman maktok.
Mama tak tido sepanjang malam, pukul 3.30 pagi tokbah tolak masuk wad 7B, zon kritikal, kena pakai mesin ventilator.
Ayah ambik EL hari tu, maklong pagi-pagi lagi dah sampai jemput semua yang ada kat jelebu pindah ke rumah b kelana.
Sejak itu kami semua berkampung di bukit kelana
26 Disember....pagi-pagi lagi mama bawa im ke klinik ENT untuk buka jahitan, luka bedah dah kering, jahitan pun dibuka.
Telinga im sebelum buka jahitan, benang panjang-panjang.
Balik dari klinik terus ke b kelana..ada arif dan Iman, apa lagi cukup korum, kami lancarkan nerf war...sambil perang-perang ada main tolak-tolak pulak, azri tolak im, im jatuh atas sofa , alih-alih telinga dah berdarah, banyak darah keluar sampai bergenang dalam cuping telinga im.
Tengok-tengok luka bedah im dah ternganga, darah keluar banyak sangat..mama dah panik.
Gambar kabur sikit, tangan gigil.
Mama bawa gi klinik , nasib baik x yah jahit semula, letak gam jer.
Sudahnya im kena perintah berkurung, duduk diam-diam .
29 Disember, yeaaa..tokbah keluar hospital, kami masih berkampung di bukit kelana..nasib baik ada kak su.....kak su yang masak semua.
1 Januari, 2015 Khamis ...kami semua hantar maktok , tokbah dan bibik balik jelebu, guna 2 kereta, mama hantar dengan Gen2.
Lepak jelebu jap , lewat petang kami semua balik.
Sampai rumah, mama kami stat sakit perut , semalaman tak boleh tido rupanya .
2 Januari, jumaat...pagi-pagi lagi ayah dan abang besar naik komuter ke Bangi, jemput BM5 yang masuk bengkel kat Bangi
Kami yang lain dengan mama duduk rumah jer mama layan perut sakit .
Petang tu, ayah hantar mama ke klinik, seronok naik BM5 , macam segar aje.
Tapi tak lama, tetiba BM5 gegar balik..macam dah ada dibaiki apa-apa ...RM750 dah terbang dah ke bengkel Bangi tu.
3 Januari, Sabtu..ayah bengang dah...BM5 buat hal lagi..ayah dan abang besar ke Melaka la pulak hantar BM5 ke bengkel Ah Meng, yang lagi pakar uruskan kereta-kereta yang banyak makan wang ni.
Kami duduk rumah je lagi dengan mama yang sakit perut lagi tu.
Lepas Asar, kami semua keluar jemput ayah dan abang kat T1...guna keta BM hitam makjah pastu terus gi jalan-jalan sikit, mama tak leh jalan laju, teruk pulak sakit perut mama kali ni.
4 Januari dan seterusnya sampai hari ni kami duduk bertepu di rumah aje la.
Gitulah ambang tahun baru kami.
Walaupun begitu, kami bersyukur, kami tak dilandas musibah yang teruk macam di Pantai Timur, banjir besar ke Kelantan yang khabarnya dah macam dilanda tsunami Jepun.
Disebabkan itu sekolah pun tangguh seminggu lagi ni.
Banjir yang sangat dahsyat, air sampai tingkat 3 kat sekolah tu..stadium pun tenggelam
Masih tak sabar menunggu detik masuk sekolah ni, rindu kat kawan-kawan.
Semua dah siap, baju-baju dah siap gosok dah, tahun ini kami semua pakai beg sekolah baru sebab beg sekolah kami semua dah macam roti kirai, mama dah tak larat nak jahit dah. Alhamdulillah semua baru.
3 boys
No comments:
Post a Comment