Friday, 23 January 2015

Minggu ke 2 persekolahan

Assalamualaikum semua,

Hari ni hari jumaat , habis dah minggu ke dua persekolahan.

Kami dah menjalani rutin macam biasa, dah stat kelas kafa dan dah stat kelas mengaji.


Cuma tahun ini, bezanya kami kena bersiap lebih awal dan bersarapan lebih awal kerana kami semua akan keluar serentak dihantar oleh mama. Ayah dah kena masuk ofis awal  jadi tak sempat hantar abang ke sekolah.

Tahun kami dah semakin dewasa, abang besar dah tingkatan 2, abang im dah tahun 5 dan sibongsu azri dah tahun 3..masing-masing dah pandai siapkan beg masing-masing , jadi tahun ni mama kami relax sikit la.

Cuma mama penatla kena ke sana ke mari hantar dan jemput kami ke 2 sekolah yang berlainan, nasib baik ada si wahab..dia la tempat kami bergantung memandangkan keta BM 5 dah 3 minggu tersadai kat bengkel. 

Sapa si wahab ni?

Keta BM hitam makjah la...yg makjah suruh mama dan ayah jaga tu..rupa-rupanya si wahab ni sama je perangai macam keta BM 5, asyik ada je yg tak kena, hon dah tak bunyi, radio pun ikut mood, mood baik, boleh dengar radio, mood x baik, radio tak leh on, jam pun x tau dah pukul berapa , si wahab rupanya lagi mengada dari BM 5.

Apa-apa pun redha aje la.

Weekend ni mungkin kami balik ke melaka, ayah kata nak lawat ayahlang, ada berita kurang baik tentang ayahlang...ayah kata ayahlang kena kanser paru-paru..risau nye

Harap ayahlang kuatkan semangat untuk melawan sakit dia, lagipun ayahlang masih ada ramai adik beradik yang beri sokongan.

Hari tu ayah kami beli khemah, khemah simple jer.

Hari ahad lepas kami semua pergilah piknik kecil-kecilan kat PD..sekejap je pun..sampai pkl 10.30 , kami balik pkl 1 lebih sikit macam tu.. sekejap tapi kami sangat happy..mama bawa bekal sandwic, nugget dan nasi lemak bungkus.

Tukar baju semua dlm khemah jer...seronok betul rasanya.

Siap bawa mee maggi dlm cup, bawa air panas dalam thermos lagi. 

Ayah kata dah ada khemah ni, boleh la kerap pergi piknik...mama kata boleh beli kerusi malas, tikar besar sikit dan chiller..boleh minum air sejuk.

Lama-lama sok , boleh tido terus kat pantai, buat bbq...wa best nye.

Ok lah ..tak ada apa nak cerita lagi

-3 boys -

No comments: