Thursday, 19 March 2015

Cuti Sekolah -Zoo Melaka yang mengecewakan

Salam Khamis 

Minggu ni minggu cuti sekolah
Tapi kami tak jalan ke mana-mana sebab ayah kan baru stat kerja tempat baru.
Takut kami rasa bosan, hari ahad lepas ayah bawa kami gi jalan-jalan.

Mula tu cadang nak pergi Zoo Negara sebab azri kata dia tak pernah tengok gajah hidup..Last kami gi zoo masa azri umur 3 tahun, dah tak ingat apa.

Sekali check harga tiket, mak aii...punya mahal
Dewasa RM50, kanak-kanak RM30..ni tiket pakej tengok panda
Kami adalah berlima, 3 dewasa dan 2 kanak-kanak jadi semua sekali dah RM220.

Mama kami kata mama pernah tengok panda kat zoo Beijing, panda ni satu haiwan gemok pemalas, aktiviti dia makan aje sepanjang hari. Jadi hanya nampak panda ni duduk terkangkang dan sibuk kunyah bamboo..tu aje yang dapat tengok pun.

Image result for panda

Mama kata macam gambar google ni la....duduk jer makan bamboo tak pandang kiri kanan
Rasa macam tak berbaloi pulak kan bayar punya mahal padahal haiwan-haiwan lain sama aje kan.

Jadi tukar plan
Ke zoo melaka kita
Kebetulan kat MITC ada PC expo..mama kami nak beli laptop baru untuk kegunaan ofis mama, laptop sedia ada penuh dengan game, mama dah tak larat berebut dengan kami.

Sampai Melaka dah tengah hari. kami lunch dulu.
Mama dan ayah tahu kalau bawa kami berjalan-jalan dengan perut lapar, boleh mengundang mala petaka..hahaha.

Lepas makan, solat dulu kat masjid MITC tu 
Siap solat kami terus ke zoo
Orang dah sangat ramai, que beli tiket pun panjang gile.

Done beli tiket , semua RM63 untuk kami sekeluarga
Melangkah ke dalam zoo dengan penuh kegembiraan
Rancang tak nak naik tram..apa kes pergi zoo naik tram kan.
Kami dah siap sedia pakai kasut selesa, baju selesa dan siap cab untuk berjalan jauh untuk tengok setiap haiwan puas-puas.

Baru suku perjalanan , kami perasan zoo melaka ni macam tak berjaga, dah run down
Banyak juga haiwan-haiwan yang kami tengok dulu tak de
Kuda padi tak de, unta takde 
Banyak kandang kosong

Mama gi tengok kat tempat pemeran ular....sekor ular pun tak dak
Pergi tempat buaya , ada 2 ekor je buaya
Dah tak happening macam kami pergi masa dulu-dulu

Dulu ada orang utan dilepaskan
Ada elephant ride, horse ride, elephant feeding
Tapi sekarang semua tu dah takde.
Pendek kata , sangat mengecewakan

Nasib baik harimau cergas, gemuk dan comel, tapi singa pulak dah kurus menggelebeh, seekor aje singa yang ada dan dia nampak macam sangat kebosanan.

Pastu kandang harimau bintang takde rimau bintang dalam tu, yang ada harimau kumbang si hitam legam tengah tido....kurus aje 


Beliau ni tengah tido tapi mata kejap-kejap memandang kat orang, perasan hensem la tu


Ha yang ni cergas, cantik betul belang-belang dia.

Tapak tangan dia punya la besar, habis penuh satu muka orang dewasa...patut la sapa-sapa kena serang harimau tak selamat, dia tampar jer manusia , terus takde harapan.

Pastu kami jumpa Caeser , ala pelakun cerita Rise of the planet of the Ape tu, kesian dia keseorangan dan nampak sangat bosan.

Tapi walaupun dia bosan, dia tetap beri kerjasama menggembirakan pengunjung yang-bayar-tiket mahal-tapi-haiwan banyak dah takde.


Mula tu dia ni melepak jer atas tower ni..kesian kan, jelas bukti tengah bosan giler ni


Bila kami datang dekat, tetiba dia turun dan menuju dekat dengan kami


Dan mula berbual dengan kami gunakan bahasa isyarat tunjuk-tunjuk, tak tau apa yang cuba disampaikan
Memang chimp ni haiwan yang pintar yang boleh diajar.
Besar juga saiz dia ni, bila berdiri hampir sama tinggi dengan mama kami. 

Lepas tu dah tak ada apa nak tengok dah, tempat burung-burung pun tak banyak burung ..burung ostrich pun nampak kurus aje.
Merak ada la 2 ekor tapi tak berapa baik mood kot

Terlalu banyak kandang kosong, rasa rugi la pulak
Tak tau la kot-kot zoo ni tengah dibaik pulih atau dinaik taraf .

Patutnya kena la bagi harga tiket murah kan

Tak lama lepas tu kami pun balik, sempat beli ais krim kat gerai , mahal betul, kami ambik ais krim murah je pun, ais krim matkool dengan aiskrim potong, air tin satu dah RM10 lebih

Masa nak balik, hujan pun turun, nasib baik la kami sempat tamatkan lawatan.

Pastu terus ke MITC semula, gi PC Expo.

Orang agak ramai, 
Jalan-jalan survey laptop
Azri mengadu kaki sakit
sampai nak menangis tak larat nak jalan

Tak nak ambik masa lama, jumpa je laptop yang berkenan di hati, terus ambik 
Kali ni mama beli laptop Asus..nampak ok lah
Sebelum ni laptop Acer, 
Ok senang nak guna dan  dapat banyak free gift

Lepas tu kami terus balik, singgah solat Asar...dah lewat asar sebenarnya , pastu tu terus balik seremban.

Sampai seremban dah lepas maghrib. 
Semua tido lambat malam tu sebab tengok abang besar  set kan laptop baru mama.

Seronok la juga walaupun kami tak berjalan ke tempat hebat-hebat macam abang afiq dan abang amir

Family maklong sekarang ni sedang bercuti ke UK ...duk sana seminggu lepas tu mereka akan ke Paris dan terus ke Milan....percutian selama 3 minggu, kami tumpang seronok.

-3 boys -

No comments: