Friday, 6 March 2015

Hari demi hari....

Salam hari Jumaat,

Minggu ni minggu pertama ayah kami mula kerja di tempat baru.

Kali ni di Shah Alam, ayah drive ulang-alik seremban-shah alam tiap-tiap hari.


Kalau dulu ayah kami naik komuter tapi kali ni tiap-tiap hari kena drive, maknanya bila ayah balik kerja, ayah mesti penat dan kami semua mesti kena behave la.....kalau tak mesti kena marah free.

Pagi-pagi ayah kena keluar awal, pagi tadi ayah gerak pukul 6.40 pagi...tu pun masih lambat.

Kami pulak macam biasa setiap pagi kelam kabut bersiap ke sekolah, keluar rumah mesti sebelum pukul 7, mama akan hantar abang besar dulu , lepas tu baru hantar im dan azri.

Sekarang ni mama kami dah jarang gi court, mama dah sibuk dengan jadual check up maktok dan tokbah.  Sejak tokbah keluar hospital hari tu, tokbah nampak tak sihat dan lemah. Maktok minta mama hantarkan tokbah gi akupuntur. Lepas 3 kali rawatan akupuntur, keadaan tok bah bertambah baik, tokbah lebih bertenaga, tak la asyik tido jer.

Sekarang ni mama aturkan hantar tokbah gi rawatan akupuntur 2 minggu sekali.

Maktok pulak mama hantarkan ke klinik chiropractor...klinik untuk sakit tulang. Lutut maktok dah lama sakit, doktor dah lama cadangkan maktok  buat pembedahan tukar lutut tapi maktok takut .

Klinik chiro ni adalah rawatan alternatif, tak payah bedah...tu yang maktok nak sangat buat rawatan kat klinik ni walaupun kos rawatan hampir RM18 ribu jumlahnya.

Rawatan kat situ seminggu sekali dan lepas sebulan nanti seminggu 3 kali...agak letih juga la mama kami sebab kena jemput maktok dari jelebu bawa gi klinik dan hantar balik ke jelebu semula...phewww.

Kami tak sabar nak cuti seminggu ni......sekolah ada seminggu je lagi pastu cuti panjang...cuma kami tak gi mana-mana sebab ayah baru mula kerja tempat baru pastu maklong sekeluarga pulak nak jalan-jalan europe 3 minggu, jadi abang besar tak dapat la nak sleep over rumah maklong.

Tu je la nak cerita...tak ada idea lah   

-3 boys -

No comments: