Minggu akhir sekolah sebelum cuti setengah tahun ..yeaaa
Hari ni kami nak bagi cerita hantu..hantu Maya Karin a.k.a pontianak..hiiiiihiiiiiihiiiiii
Ceritanya camni.
Ingat tak malam yang azri demam teruk tu, yang abang besar dah masuk hospital dan tinggal kami bertiga jer kat rumah iaitu mama, im dan azri.
Malam tu azri demam agak tinggi, dan hampir tengah malam, pukul 11 malam , mama perasan tumbuh macam gatal-gatal kat tengkuk , leher, dahi dan telinga azri...orang tua-tua kata sembur rata atau sembur pontianak.
Malam tu mama bawa azri ke klinik dan selesai semua dan sampai rumah dah hampir pukul 1 pagi camtu. Malam tu azri tido dengan mama dan im pulak tido dengan ayah.
Mama cerita dalam pukul 3 pagi, mama terjaga , azri kelihatan pelik, dia pandang tepat kat muka mama sambil tersenyum-senyum pastu jari-jari dia gi gosok-gosok muka mama...mama dah stat rasa pelik dan suruh azri tido.
Pastu azri tunjuk-tunjuk kat belakang mama sambil cakap "baik-baik, baik-baik"..mama pandang belakang, tak de apa-apa..bulu roma dah meremang dah...mama pun baca la ayat Kursi berulang kali dan tepuk-tepuk azri suruh tido. Ok la azri dapat tido.
Lepas tu memang mama kata mama asyik terjaga-jaga jer dan azri pun tak lena.
Esoknya lepas sarapan dan mandi, azri dah agak lega sikit ..mama pun tanya la apa yang azri nampak.
Jeng..jeng...jeng..azri kata dia nampak benda
Benda yang berupa orang perempuan berbaju putih dan berambut panjang, kulit muka dia berkedut-kedut giler.....mata dia putih dan rupa dia sangat menakutkan. benda tu main aum -cak, aum-cak kat belakang bahu mama....kira macam dia menyorok kat belakang mama dan keluarkan kepala dia sikit-sikit camtu.
Memang azri sangat ketakutan malam tu.
Tapi betul ke apa yang azri nampak tu?, mungkin demam panas sangat sampai azri meracau dan nampak benda-benda pelik?
Ayah call ayah Teh untuk kepastian, ayah teh kan pandai scan benda-benda pelik ni....OMG ayah teh kata apa yang azri nampak tu memang betul dan rupa benda tu memang scary tahap maxima!!
Mama la orang yang paling takut sebab benda tu elok jer menyorok belakang mama kan.
Guess what??....malam esoknya kami semua, berempat tido berhimpit-himpit dalam bilik abang...takut punya pasal .
Sebelum tidur, siap renjis keliling rumah dengan air yassin dan mama cerita seriously masa renjis memang ada nampak kelibat-kelibat ..eeii seram!!
Alhamdulillah lepas tu azri tak nampak apa-apa lagi...apa-apa pun benda tu pun makhluk Allah juga dan iblis kan dah berjanji nak kacau anak Adam, jadi kita kena berani , Allah lebih kuat.
Tetapi, cerita ni tak berhenti setakat tu aje.
Minggu lepas hari Rabu malam , hampir pukul 12 malam lebih sikit, tiba-tiba azri pergi bilik mama dengan jantung yang berdebar-debar macam orang berlari 200 meter. Mama dan ayah tak kata apa-apa , ajak jer azri tido sama-sama, berhimpit-himpit la atas katil, ayah gi check dulu bilik abang, ok jer tak de apa-apa, abang dan im pun elok jer nyenyak tidur.
Esok nya masa siapkan azri nak ke sekolah , mama tanya la apa yang dia nampak, ni azri kata " tiba-tiba aji macam terjaga, pasti aji pusing, aji nampak ada benda atas katil abang, tengah pandang aji, pastu aji terus gi bilik mama"
Mama tanya benda apa....azri kata benda yang aji nampak dulu la kat bilik mama, baju putih dan rambut dia lebih panjang dari rambut mama...sudah!! kali ni kami semua la ketakutan, abang lagi la takut sebab elok jer benda tu duduk kat hujung kaki abang..oiiiii.
Malam tu mama renjis bilik kami dengan air yassin, pasang speaker surah Al Baqarah dan letak surah Yassin bawah bantal kami.
Alhamdulillah tiada gangguan lagi.
Kami harap jangan la gangguan berulang , dah la kami ni penakut, nak gi bilik air pun kena berteman, nak gi dapur minum air pun kena ada teman..tolong la jangan kacau kami.
Im siap kata , jangan la rumah kita ni jadi haunted house!
Insya Allah Allah lindungi kami semua...ayah pesan kami kena rajin solat.
Ok nanti kami cerita lagi..x mau letak gambar Cik Ponti, nanti mengigau pulak