Sempena bulan ramadhan , bulan yang penuh keberkatan ini kami diminta oleh mama dan ayah untuk memanjatkan doa untuk ayah lang kami yang sedang sakit.
Dulu kami pernah cerita tentang ayah lang, abang no 3 ayah kami. ayah lang telah disahkan menghidap kanser paru-paru dan pembedahan telah dibuat untuk buang tumor pada paru-paru.
Lepas pembedahan ayah lang sihat, dah tak sakit pastu stat la rawatan chemo.
Tapi ayah lang sihat tak lama, lepas chimo kali ke 2, ayah lang stat sakit semula
Abang jemir, kazen kami la yang jaga ayah lang, ulang alik rumah - hospital HKL untuk chimo.
Sakit bertambah kuat , ayah cerita sampai doktor tambah dos untuk ubat tahan sakit. Hari Rabu masa cuti sekolah , kami semua gi rumah ayah lang, terkejut tengok bekalan ubat yang diberi penuh sekotak.
Ayah lang pulak berbaring jer dalam bilik, bila dah makan ubat dan sakit dah lega baru ayah lang keluar minum sama-sama dengan mama dan ayah kami.
Tu cerita 2 minggu lepas.
Berita terbaru yang ayah beritahu kami, tumor tu dah datang semula dan dah merebak ke tulang belakang, tulang pinggul , hati dan paru-paru sebelah lagi, patutlah keadaan ayah lang semakin teruk.
Ayah kata mata sebelah ayahlang dah tak leh nampak lagi, berjalan pun dah tak boleh dan yang paling menyedihkan bila sakit ayah lang kuat , ayah lang sampai tak kenal abang mil lagi.
Semalam ayah gi melawat ayah lang kat HKL...keadaan ayah lang memang nampak teruk, terbaring dan lesu, pipi dah cengkung dan tangan pun menggigil-gigil. Ayah kata tumor tu sangat agresif, dalam masa seminggu keadaan ayah lang berubah 100%, kanser dari stage 2A terus jadi stage 4.
Doktor pun dah bagi 2 pilihan, sama ada teruskan rawatan atau bawa balik rumah dan beri rawatan paliatif sahaja.Buat masa ni kazen-kazen kami masih belum buat keputusan lagi.
Kesiannya kat ayah lang
Moga Allah mudahkan dan kurangkan penderitaan ayah lang..walaupun keadaan dah macam tu, kami masih berharap agar ayah lang sembuh seperti sediakala dan boleh sambut raya sama-sama macam tahun-tahun lepas.Amin
-3 boys -
No comments:
Post a Comment