Wednesday, 10 June 2015

Ayah pergi Perth

Salam Rabu

Bermula sudah cuti sekolah 2 minggu. Dah pun masuk minggu ke dua cuti.


Cerita ayah kami gi Perth ni cerita 3 minggu lepas , ayah gi Perth sorang-sorang aje tau, tak bawak kami pun..company trip katanya.


Bertolak subuh hari Jumaat dan balik lewat malam hari Selasa, tinggal la kami dengan mama je kat rumah, kami tengah periksa pulak tu...tak dapat la hantar ayah kat epot pastu lepak-lepak kat epot beli coklat mahal.

Mama kata ayah gi epot naik teksi, gerak dari rumah pukul 5 pagi, kami bangun jer nak siap-siap ke sekolah pagi jumaat tu rasa rumah sunyi sangat, tinggal la mama jer yang hantar , jemput kami ke sekolah

Weekend tu pun kami lepak rumah jer, mama kata tak berani nak bawa kereta jalan jauh2 sebab takut apa-apa jadi kat kereta, ayah tak de , mama bukannya tahu nak hantar keta gi bengkel semua tu. Isi minyak keta mama tahu la.

Ke mana ayah kami gi jalan-jalan?

Waaa...macam-macam tempat ayah kami pergi, dah namanya ikut travel agent, jadual ketat sampai tak sempat nak shopping. awal-awal pagi lagi dah keluar, malam baru balik ke hotel. Masa di Perth sama jer masa kat Malaysia, pukul 10 malam kat perth, pukul 10 malam la kat malaysia cuma kat sana maghrib masuk pkl 5.30 petang..cepat malamnya.

Jom layan gambar-gambar yang ayah ambik kat sana, gambar adalah banyak jadi kami kutip mana-mana tempat penting-penting aje kat Perth.





Tengok dolphin kat Dolphin Quay

Masa tu hujan jadi memang sejuk gigil-gigil, naik boat masa tengok dolphin ni, agent tu kata nasib grup ayah masa tu sangat baik sebab dolphin rela keluar beramai-ramai masa tu, ayah kata ada dalam 12 ekor posing-posing tepi bot masa tu 




Rumah orang kaya-kaya kat Dolphin Quay, bestnya tak yah gi jauh-jauh , jenguk tingkap dapur dah nampak dolphin!!

Lagi gambar



Ni kat Sand Dun

Ayah kata hujan lebat lepas tu jadi tak boleh nak sand boading


Dekat padang pasir tapi tetiba ada laut..cantik!!



Ni Pinnacle, macam padang pasir berbatu, tempat ni besar..batu-batu rupa lebih kurang sama, kalau jalan sorang-sorang boleh sesat barat

Ayah kata dia jalan la sorang-sorang, tengah syok-syok jalan tiba-tiba teringat rattle snake, tempat ni kan tempat feveret rattle snake, terus takut , patah balik join group semula.

Esoknya ayah pergi tempat yang tersangat wajib pergi kalau melawat Australia ni, kalau tak pergi ke sana , bukan la melawat Australia namanya , apa lagi tengok koala dengan kanggaru la.




Koala, masa ni koala-koala ni tengah tido, bom meletup pun tido tak jaga-jaga, sejuk kot. 

Penjaga tempat ni kata kalau koala ni tengah tido, jangan diusik, nanti dia cakar dan gigit, walaupun nampak comel la sangat, tapi gigi dan kuku dia tajam macam harimau.




Yang ni kalau tak kenal tak tau la.

Species ni agaknya macam kambing kat tempat kita kot, berak dia merata-rata, macam taik kambing la.

Busuk tempat ni. sais ada pelbagai tapi hanya yang sais ni jer yang dibenarkan untuk pelawat pegang, yang lagi tinggi dari manusia pun ada, tapi bahaya ,  buatnya dia tendang , mau pengsan tak bangun-bangun

Ayah kata ekor dia keras , kira macam kaki la gunanya untuk bantu dia berdiri .

Boleh beli makanan dan bagi kanggaru ni makan.

Tapi ayah tak beli sebab semua yang lain dah beli dan bagi kanggaru makan, tengok dan ambik gambar aje la.


Yang si gemok ni dah lupa la apa nama dia, orang ramai, gambar ada gegar sikit. Tasmanian Devil pun ada, macam-macam la ada, kira macam zoo tapi hanya haiwan-haiwan yang berkaitan dengan Australia la banyak kat sini.

Adala beberapa tempat lain yang ayah pergi, kilang coklat , kilang wain pun ada. Kilang buat barang kemas pun ayah pergi jugak tapi emas-emas dia mahal-mahal.

Hari selasa tu ayah balik, sampai rumah dah pukul 12 malam, kami semua dah tido.

Esoknya kami bangun bersiap gi sekolah, seronok tengok ayah dah ada kat rumah dan boleh hantar abang ke sekolah, ayah terus gi kerja pagi tu, kesian tak sempat nak rest.

Ayah belikan kami t shirt sorang satu, coklat-coklat, nougat sekilo dan ada la sikit-sikit benda la. 

Ayah kata kalau ada rezeki kami sekeluarga boleh pergi ke Australia satu hari nanti .. Insya Allah


-3 boys -

No comments: